Siapa-siapa yang craving ais krim tu, jomm ‘nguja’ kafe ais krim di Kuching
5 Kafe Ais Krim Yang Anda Mesti Cuba Di Kuching. Seperti yang diketahui umum, makan ais krim boleh meningkatkan mood kerana ianya manis dan sedap, malah boleh merangsang pengeluaran hormon serotonin dan endorfin yang membuatkan kita berasa gembira.
Kadang-kadang kita mengidam untuk makan sesuatu yang manis sambil lepak, chill-chill dekat satu tempat kan? Tak pun kepada anda yang baru sampai ke Kuching tapi tiba-tiba mood nak makan manis tu datang tanpa diundang, meh kita usha 4 kafe ais krim yang anda patut pergi di Kuching. Confirm nyaman!
1. Affogato Ice Cream Cafe

Kafe ais krim yang menyediakan menu ais krim yang berbeza setiap minggu. Soft-served ais krim nya dihidang di dalam cawan plastik dengan trademark Affogato membuatkannya nampak eksklusif.
Menu yang paling popular di sini ialah ais krim perisa Dark Chocolate, Matcha, Earl Grey Milk Tea, Coconut Charcoal dan Thai Tea with Pearls. Menariknya juga, ais krim perisa affogato di sini dihasilkan dengan topping menggunakan kopi espresso yang dibru segar bersama-sama sirap dark chocolate. Untuk peminat boba yang inginkan kelainan, kafe ini menawarkan aiskrim berperisa Thai Tea bersama topping boba kegilaan ramai. Fuh, lain macam ais krim ni!
Maklumat penting
Lokasi: Ground Floor, Lot 3239 (SL.26 TT3 Commercial Centre, Jalan Canna, 93350 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: Selasa hingga Ahad – 11:00am hingga 10:00pm. Manakala, tutup pada hari Isnin.
2. Cocopuri

Cocopuri adalah sebuah kedai aiskrim yang unik di Kuching yang menghidangkan pelbagai perisa tradisional Malaysia yang menarik. Aiskrim Wafel Kelapa Pandan Kaya mereka sangat lazat sementara Sandwich Aiskrim Kelapa Pandan Kaya mereka juga wajib dicuba.
Mencampur aiskrim dengan manisan tradisional, kedai aiskrim ini di Kuching dikenali dengan hidangan aiskrim yang diilhamkan daripada rasa Malaysia.
Mereka juga mempunyai versi Cendol, Kuih Lenggang dan Bubur Pulut Hitam yang dihidangkan dengan aiskrim. Jangan lupa, presentasi hidangan mereka juga terbaik dan layak dimuatnaik ke Instagram!
Maklumat penting
Lokasi:Ground Floor, Sub Lot 4, Block A Emporium Kuching, Jalan Tun Jugah, 93350 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: Selasa hingga Ahad – 12:00pm hingga 9:00pm. Manakala, tutup pada hari Isnin.
3. ICE+ Garden

Ini satu lagi kedai ais krim shaved ice yang tak kurang hebatnya di Kuching. Kalau anda tinggal berdekatan dengan kawasan Tabuan dan tidak mahu memandu jauh, Ice+ Garden turut menawarkan pelbagai pilihan menu bingsu dan ais krim. Ada ais krim popsickle juak!
Kafe aiskrim ini menyediakan pilihan ais krim shaved ice dengan perisa yang paling popular iaitu Matcha. Siapa tak suka perisa teh hijau kan? Menariknya juga, bingsu mereka dihiasi dengan kepingan waffle untuk presentation yang lebih wow.
Jadi, apa tunggu lagik? Like dan share post ini serta ajak kawan-kawan anda untuk lepak sama di sini sambil menikmati semangkuk ais krim yang memuaskan selera manis anda.
Maklumat penting
Lokasi: Saradise, 93250, 93250 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: Isnin hingga Khamis dan Ahad – 11:00am hingga 10:00pm. Manakala, pada hari Jumaat dan Sabtu – 12:00pm hingga 10:00pm.
4. Dolce Dessert Cafe

Dolce adalah kafe aiskrim di Kuching yang sesuai untuk dimuatnaik ke Instagram anda bagi menghiasi ‘feed’ yang estetik dengan suasan minimalis. Kafe ini menghidangkan ais krim yang lembut dan unik. Perisa yang popular dan menarik pelanggan termasuk Lavender, Teh Thai, Avokado, Lotus Biscoff, Pudina Coklat dan Keju.
Malah, mereka juga ada perisa unik yang mungkin anda tidak pernah dengar sebelum ini seperti Bluepea, Madu Chrysanthemum dan Laut Garam Peppermint.
Anda boleh makan aiskrim anda di dalam balang comel, kon atau dihidangkan dengan Wafel Belgium mereka.
Maklumat penting
Lokasi: Level 1, Sublot 27, Block A2 Saradise Kuching, Off, Jalan Stutong, 93350 Kuching, Sarawak.
Waktu operasi: Setiap hari – 12:00pm hingga 10:00pm.
5. Dekori Dessert Cafe

DEKÕRI adalah pencuci mulut yang menghidangkan ais krim atau bingsu gaya Jepun yang asli. DEKÕRI singkatan untuk Dessert Kakigori. DEKÕRI telah bekerjasama dengan pakar-pakar pencuci mulut Jepun dalam membangunkan menu mereka untuk mewujudkan sensasi rasa yang baru untuk pelanggan Malaysia kami.
Dekori akan terus mengembangkan menu untuk memenuhi citarasa tempatan dan jangkaan pelanggan. Bahan-bahan yang digunakan oleh Dekori adalah semulajadi dengan pensijilan HALAL jakim dan mesra Muslim. DEKÕRI dikhususkan dalam Signature Kakigori ( Shave Ice Dessert ) , Signature Toasts , Signature Taufufa , Signature Taro Balls dan Signature Drinks.
Maklumat penting
Lokasi: Gala City, Sublot 83, Ground Floor, Jalan Tun Jugah, Gala City, 93350 Kuching, Sarawak.
Waktu operasi: 10:30am-10:30pm
Jadi, ini adalah beberapa ais krim yang anda patut cuba. Jika anda ingin memuaskan keinginan untuk makanan manis, cubalah melawat beberapa kedai aiskrim ini di Kuching bagi membantu menyegarkan badan terutama pada cuaca yang panas dan ia juga boleh melegakan tekak apabila makan pedas.