• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sejarah Pembinaan Keretapi Di Sabah Yang Anda Perlu Tahu

Oleh
Nazihah AN
25 Oktober 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Sejarah Pembinaan Keretapi Di Sabah Yang Anda Perlu Tahu

Keretapi ini menjadi tulang belakang perhubungan perdagangan di Sabah

Sejarah Pembinaan Keretapi Di Sabah Yang Anda Perlu Tahu. Perkhidmatan keretapi di Sabah telah wujud sejak zaman British North Borneo Company (BNBCC) lagi. Pembinaan keretapi telah dicadangkan oleh Pengerusi dan Pengarah Urusan BNBCC pada ketika itu iaitu William Clarke Cowie.

Landasan keretapi yang pertama dibina pada tahun 1896 bermula dari Beaufort ke Weston yang diketuai oleh Arthur J.West yang merupakan seorang Jurutera Awam Inggeris.

Landasan keretapi yang pertama dibina dari Bukau ke Weston sepanjang 37 kilometer dan dari Beaufort ke Melalap sepanjang 65 kilometer.

Pada awalnya pembinaan landasan keretapi dibuat kerana perkembangan permintaan barangan getah asli dan tembakau yang terletak di daeah Tenom manakala Weston pula dijadikan sebagai pelabuhan untuk mengeksport barangan buatan dari Tenom dan Beaufort.

Kesemua landasan keretapi telah disiapkan oleh British iaitu pada zaman pemerintahan British North Borneo Chartered Company.

Sejarah Pembinaan Keretapi Di Sabah Yang Anda Perlu Tahu
Sejarah Pembinaan Keretapi Di Sabah Yang Anda Perlu Tahu

Pembinaan landasan keretapi ini telah menghubungkan bahagian timur dengan bahagian barat Utara Borneo.

Selain itu, pembinaan landasan keretapi juga telah membantu mengembangkan industri getah dan tembakau yang ditanam di kawasan pedalaman Sabah seperti Melalap, Tenom dan Beaufort.

Ketika zaman pentadbiran British keretapi digunakan untuk mengangkut hasil tanaman getah dan tembakau ke pelabuhan Kota Kinabalu (Jesselton) untuk dieksport ke luar negara.

Selain itu perkhidmatan keretapi juga digunakan untuk mengangkut barangan luar kepada penduduk di kawasan pedalaman. Perkhidmatan landasan keretapi juga berfungsi untuk mengangkut penduduk-penduduk yang tinggal di sepanjang landasan keretapi dan juga mengangkut barangan penduduk seperti beras, sayur-sayuran dan buah-buahan untuk dijual di pekan Tenom dan Beaufort.

Pembinaan landasan keretapi dari Beaufort ke pelabuhan di Jesselton telah disiapkan pada tahun 1906 dan pembinaan telah membolehkan bandar-bandar di sepanjang landasan berkembang dengan pesat.

Sejarah Pembinaan Keretapi Di Sabah Yang Anda Perlu Tahu
Sejarah Pembinaan Keretapi Di Sabah Yang Anda Perlu Tahu. Kredit: Amazing Borneo Tours

Pembinaan landasan keretapi dan aktiviti yang dilakukan telah mewujudkan pekan-pekan kecil dan bandar-bandar seperti Membakut, Papar, Kinarut, Putatan dan lain-lain telah membangun di sepanjang landasan keretapi tersebut.

Perkhidmatan keretapi juga menjadi sistem perhubungan yang utama pada waktu itu dan menjadi penyumbang penting kepada perkembangan ekonomi Negeri Sabah.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

Hotel Unik Pertama Di Dunia, Hotel Ini Dari Pelantar Minyak Terbiar Di Sabah
Mayat Disimpan Dalam Tempayan, Ini Adat Unik Kematian Kaum Murut Di Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dari Perkampungan Nelayan Ke Bandar Pelantar Minyak, Ini Sejarah Miri Yang Anda Perlu Tahu Dari Perkampungan Nelayan Ke Bandar Pelantar Minyak, Ini Sejarah Miri Yang Anda Perlu Tahu
Next Article 5 Kafe Ais Krim Yang Anda Mesti Cuba Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?