I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: 5 Pencapaian Paling Power Atlet Sarawak Sepanjang 2019. No. 3 Paling Outstanding
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

5 Pencapaian Paling Power Atlet Sarawak Sepanjang 2019. No. 3 Paling Outstanding

Oleh Nur Afifah 13 April 2020
Kongsi
8 Min Bacaan
5 Pencapaian Paling Power Atlet Sarawak Sepanjang 2019. No. 3 Paling Outstanding

Tahun “Ong” Buat Atlet Sarawak!

5 Pencapaian Paling Power Atlet Sarawak Sepanjang 2019. No. 3 Paling Outstanding. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Semakin menghampiri penghujung tahun 2019, rupanya tahun ini merupakan tahun yang cukup bertuah bagi atlet Sarawak. Mana tidaknya, ramai atlet Sarawak yang mengharumkan nama negara dan juga negeri atas pencapaian luar biasa mereka. Haa tepuk!

Tahukah anda 5 pencapaian paling power atlet Sarawak sepanjang tahun 2019? Justeru, kami dengan bangganya membawakan kepada anda pencapaian anak Sarawak dalam bidang sukan pula.

1. Stephanie Mary Ensol – Pingat Emas Angkat Berat Wanita di Kazakhstan

5 Pencapaian Paling Power Atlet Sarawak Sepanjang 2019. No. 3 Paling Outstanding
Stephanie Mary Ensol bersama jurulatih, Neil Pick. Kredit : DayakDaily

Atlet Sarawak yang berusia 31 tahun, Stephanie Mary Ensol berjaya merangkul pingat emas keseluruhan dalam acara angkat berat wanita bagi kategori bawah 47 kilogram. Kejuaraannya itu dimenangi di kejohanan Asian Classic Powerlifting Championship 2019 di Almaty, Kazakhstan.

5 Pencapaian Paling Power Atlet Sarawak Sepanjang 2019. No. 3 Paling Outstanding
Kredit : cikguemmet.com
5 Pencapaian Paling Power Atlet Sarawak Sepanjang 2019. No. 3 Paling Outstanding
Kredit : cikguemmet.com

Stephanie yang dibimbing oleh jurulatih, Neil Pick, turut memenangi pingat emas dalam acara deadlift, selain dua pingat perak dalam acara bench press dan squat disciplines.

Terdahulu, wanita yang berasal dari Kampung Lebor, Serian ini pernah memenangi pingat perak dalam kejohanan angkat berat IPF Asian Pacific Classic and Equipped Powerlifting and Bench Press Championship di Gold Coast, Australia pada Mac lalu. Dalam kejohanan ini, beliau memenangi pingat emas dalam acara bench press, dan pingat perak dalam acara deadlift.

5 Pencapaian Paling Power Atlet Sarawak Sepanjang 2019. No. 3 Paling Outstanding
Stephanie ketika memenangi kejohanan angkat berat di Australia Mac lalu. Kredit : Borneo Post Online

Stephanie yang berkecimpung dalam sukan angkat berat secara serius sejak lebih 4 tahun lalu telah memenangi beberapa gelaran antarabangsa. Kini, beliau dianggap sebagai atlet angkat berat wanita yang terbaik di rantau Asia. Padu beb!

2. Tim Taekwondo Sarawak – 7 Pingat Emas Pelbagai Kategori di Kathmandu, Nepal

5 Pencapaian Paling Power Atlet Sarawak Sepanjang 2019. No. 3 Paling Outstanding
5 Pencapaian Paling Power Atlet Sarawak Sepanjang 2019. No. 3 Paling OutstandingKredit : The Borneo Post

Pada bulan September yang lalu, pasukan atlet Taekwondo Sarawak yang terdiri daripada 5 atlet muda berjaya menggondol 7 pingat emas pada temasya Tensberg 3rd Kathmandu International Taekwondo Championship di Kathmandu, Nepal.

Lima atlet Taekwondo Sarawak yang diketuai oleh Joseph Chang memastikan pingat emas menjadi milik mereka menerusi acara perseorangan, berpasangan campuran dan berpasukan untuk kategori lelaki dan wanita.

Untuk pengetahuan anda juga, pasukan ini dibimbing oleh jurulatih dari Korea, Seonwoo Min.

Setelah menjalani latihan intensif, mereka dikatakan semakin mahir dari segi kepantasan, skil poomsae dan strategi kyorugi sehingga berjaya mengalahkan atlet-atlet negeri lain dari seluruh Malaysia. Wow! Syabas!

3. Bonnie Bunyau Gustin – Pecah Rekod Dunia, Pingat Emas Angkat Berat Para di Kazakhstan

Kredit : Getty Images Mark Metcalfe

Walau pun dilahirkan sebagai orang kelainan upaya, kekurangan tersebut tidak menghalang seorang lagi anak jati Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin untuk melakar sejarah dunia dalam acara angkat berat paralimpik.

Tahukah anda bahawa Bonnie telah menggemparkan dunia kerana berjaya mengalahkan juara Paralimpik, Paul Kehinde dari Nigeria dan Liu Lei dari China!

Beliau meraih dua pingat emas dan memecahkan rekod dunia dalam masa tiga hari kejohanan menerusi acara ‘Para Powerlifting‘ yang berlangsung pada Julai lalu di Nur Sultan, Kazakhstan.

Kredit : Hiroki Nishioka/International Paralympic

Pingat emas pertama atlet berusia 20 tahun ini disumbangkan melalui Kejohanan Dunia Remaja Powerlifting setelah beliau mengalahkan pencabar terdekat dari Iraq, Ahmed Al-Karkhi dengan angkatan seberat 190 kg.

Dua hari kemudian, beliau sekali lagi menjulang pingat emas dalam Kejohanan Dunia Para Powerlifting selepas melakukan angkatan seberat 207 kg untuk kategori 65 kg, mengalahkan juara Paralimpik, Paul Kehinde dan Liu Lei. Angkatan ini sekaligus memecahkan rekod dunia bagi angkat berat para kategori remaja.

Untuk pengetahuan anda, Bonnie merupakan anak kepada atlet angkat berat para antarabangsa, Jenang Gustin, serta adik kepada atlet angkat berat para negara, Bryan Junency.

Dengan pencapaian luar biasa ini, Bonnie mendapat tiket secara automatik untuk bertanding di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 tahun depan. Well done, Bonnie!

Keluarga angkat berat. Kredit : FB Kuala Lumpur 2017

4. Abigail Kee – Pingat Perak Gusti Lengan Dunia di Poland

5 Pencapaian Paling Power Atlet Sarawak Sepanjang 2019. No. 3 Paling Outstanding
Abigail Kee, pemenang pingat perak Kejohanan Gusti Lengan Dunia. Kredit : Utusan Borneo

Anda fikir Malaysia tiada wakil sukan gusti lengan? Anda mungkin terkejut kerana Malaysia merupakan pemenang dua pingat perak dalam Kejohanan Gusti Lengan Dunia Persekutuan Gusti Lengan Antarabangsa (IFA) 2019 di Poland. Lebih mengejutkan, dua pingat perak ini disumbangkan oleh atlet wanita dari Sarawak iaitu Abigail Kee.

Abigail yang baru berusia 15 tahun ini berjaya memperoleh pingat perak menerusi kategori sub-junior (70 kg ke atas kiri) dan (70 kg ke atas kanan). Dua-dua belah tangan dia kuat macam besi wei!

5 Pencapaian Paling Power Atlet Sarawak Sepanjang 2019. No. 3 Paling Outstanding
Kredit : Utusan Borneo

Kemenangan Abigail serta rakan senegara di Poland itu merupakan kemenangan pertama Malaysia di peringkat antarabangsa dalam sukan gusti lengan.

Walaupun tewas kepada juara dunia, Sunnea Stromberg dari Sweden, beliau menyifatkan kemenangan ini merupakan sesuatu yang sangat membanggakan baginya, apatah lagi berjaya sampai ke peringkat antarabangsa. Menurut Abigail, acara kegemarannya ialah gusti lengan kanan.

Kredit : Giphy.com

Siapa tak bangga, baru tingkatan 3 dah dapat pingat perak dunia!

5. Malcolm Ting Siong Hung – Juara Keseluruhan Golf Remaja Antarabangsa

Atlet golf Sarawak, Malcolm Ting Siong Hung. Kredit : Berita Harian

Sebut sahaja sukan golf, mesti ingat nama Tigerwood saja. Apa kata kita tukar pula namanya ke Malcolm Ting? Pada bulan November yang lepas, atlet Sarawak iaitu Malcolm Ting Siong Hung telah pun dinobatkan sebagai juara keseluruhan remaja lelaki Kejohanan Golf Remaja Antarabangsa 2019 di Kelab Golf Sarawak.

Untuk pengetahuan anda, Malcolm Ting merupakan juara golf remaja lelaki dunia sejak 2017 dan mempertahankannya 3 kali berturut-turut termasuk untuk edisi tahun ini.

Atlet SUKMA yang berusia 17 tahun ini mempertahankan gelaran yang dimilikinya sejak 2017 yang lalu apabila melakukan 67 pukulan 5 di bawah par dalam kategori Gross Remaja Lelaki A. Secara keseluruhannya, beliau mengumpul sebanyak 213 pukulan 3 di bawah par mengenepikan pencabar dari Thailand, Puri Bhoonyagad dan rakan senegara, Josh Tan yang hanya mengumpul 224 pukulan 8 di atas par.

Sementara itu, adik Malcolm Ting, Mirabel Ting juga tidak kurang hebatnya walaupun tidak dapat mengekalkan gelaran juara yang dimilikinya pada edisi sebelum ini. Mirabel meraih pingat perak dalam acara Gross Remaja Perempuan A.

Mirabel Ting, adik Malcolm Ting. Kredit : The Star Online

Jika pencapaian pasangan adik beradik dari Miri ini begitu menyerlah di usia muda, tidak mustahil mereka boleh menjadi pemain golf tersohor dunia suatu hari nanti.

Diam-diam ubi berisi kan atlet Sarawak ni? Kita doakan semoga mereka lebih berjaya di masa akan datang dan lebih banyak atlet Sarawak dapat mengikut jejak langkah mereka selepas ini.

Jangan lupa like dan share post ini! Sarawak mansang terus!

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lebih 15 Buah Gereja Dari Seluruh Sarawak Sertai Perarakan Ini Masanya Untuk Ho Ho Ho! Sertai Perarakan Kuching Christmas Terbesar 7 Disember Ini
Next Article Anak Petani Dari Tambunan Sabah Catat Sejarah Muncul Juara Pertandingan Tarian di Turki

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo 4 September 2023
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak 20 Jun 2023
Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?