I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Masanya Untuk Ho Ho Ho! Sertai Perarakan Kuching Christmas Terbesar 7 Disember Ini
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Masanya Untuk Ho Ho Ho! Sertai Perarakan Kuching Christmas Terbesar 7 Disember Ini

Nur Afifah 6 Disember 2019
Kongsi
3 Min Bacaan
Lebih 15 Buah Gereja Dari Seluruh Sarawak Sertai Perarakan Ini
Processed with VSCO with hb1 preset
Kongsi

Meriahkan Malam Minggu Anda

Masanya Untuk Ho Ho Ho! Sertai Perarakan Kuching Christmas Terbesar 7 Disember Ini
Kredit : blessedsacramentkuching.com

Masanya Untuk Ho Ho Ho! Sertai Perarakan Kuching Christmas Terbesar 7 Disember Ini. Musim perayaan kini kembali! Menjelang bulan Disember, kemeriahan perayaan yang paling dinanti-nantikan oleh masyarakat Kristian di seluruh dunia semakin terasa. Sempena Krismas tahun ini, perarakan Kuching Christmas dijangka akan berlangsung 7 Disember ini.

Nak tahu apa yang lebih menarik? Kuching Christmas Parade ini dijangka menjadi perarakan Krismas TERBESAR yang akan dilangsungkan di Kuching!

Kredit : Giphy

Difahamkan, terdapat 8,000 peserta akan menyertai perarakan tahunan ini sambil melawat ke ikon bandaraya sepanjang laluan yang digunakan. Perarakan ini dianjurkan oleh Association of Churches in Sarawak dan Sarawak Minister’s Fellowship dengan gereja Methodist SCAC dilantik menjadi hosting church untuk perarakan ini.

Bertemakan ala-ala lirik lagu Mariah Carey, “All I Want For Christmas is Jesus”

Masanya Untuk Ho Ho Ho! Sertai Perarakan Kuching Christmas Terbesar 7 Disember Ini
Gambar hiasan. Kredit : ppkm.org.my

Untuk edisi kali ini, Kuching Christmas Parade tampil dengan tema “All I Want For Christmas is Jesus”. Tarikan utama perarakan ini tentunya Christmas Carolling, pengedaran hadiah Krismas, Christmas floats, persembahan Brass Musical Band yang merangkumi Boys Brigade, pameran kostum dan persembahan jalanan.

Lebih 15 Buah Gereja Dari Seluruh Sarawak Sertai Perarakan Ini

Masanya Untuk Ho Ho Ho! Sertai Perarakan Kuching Christmas Terbesar 7 Disember Ini
Masanya Untuk Ho Ho Ho! Sertai Perarakan Kuching Christmas Terbesar 7 Disember Ini. Kredit : dayakdaily.com

Kuching Christmas Parade pada tahun ini turut menyaksikan lebih daripada 15 buah gereja dari seluruh Sarawak menyertai perarakan ini. Antaranya ialah gereja Roman Catholic, gereja Anglican, gereja Methodist SCAC, gereja Methodist SIAC, gereja BEM (SIB), gereja Seventh-Day Adventist, The Salvation Army, gereja Sarawak Baptist, gereja Sarawak Blessed, Grace Sentral Church AOG, gereja Sarawak Grace Assembly Kuching, gereja Hope Kuching, Good News Fellowship, gereja City Harvest, gereja Latter Rain Kuching dan Fellowship of Evangelical Students (FES). Confirm meriah wei!

Warna Warni Perjalanan Sejauh 4 Kilometer

Masanya Untuk Ho Ho Ho! Sertai Perarakan Kuching Christmas Terbesar 7 Disember Ini
Kredit : blessedsacramentkuching.com

Anda boleh menyaksikan perarakan ini pada 7 Disember, Sabtu bermula jam 6.30 petang sehingga jam 9.30 malam. Para peserta perarakan akan berjalan melalui laluan yang telah ditetapkan sekitar Kuching sejauh 4 kilometer.

Rancang pemanduan anda kerana jalan-jalan ini akan ditutup buat sementara waktu

Jalan Tabuan (Borneo Hotel). Kredit : eTawau.com

Antara jalan yang ditutup untuk laluan perarakan ialah Padang Jubli MBKS, Jalan Padungan, Jalan Tun Abdul Rahim (Waterfront), Lebuh Temple (Harbour View Hotel), Lebuh Wayang (Medan Pelita/Star Cineplex), Jalan Tabuan (Borneo Hotel) dan Jalan Ban Hock (Hotel Grand Continental).

Anda berada di luar Kuching? Jangan risau! Buat pertama kalinya, Kuching Christmas Parade ini boleh didengar melalui live streaming di aplikasi TeaFM 2.0

Dalam negeri yang berbilang kaum ini, semua jenis perayaan kita raikan dengan penuh harmoni dan kesyukuran. Barulah boleh dikatakan unity in diversity kan?

Untuk lebih banyak cerita menarik, follow kami di laman sosial;

Facebook : I Love Borneo

Instagram : @iloveborneomy

Youtube : I Love Borneo

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Wanita Sarawak Cipta Straw Beras Bario Menang Anugerah Outstanding Achievement di Shell LiveWIRE 2019 Wanita Sarawak Cipta Straw Beras Bario Menang Anugerah Outstanding Achievement di Shell LiveWIRE 2019
Next Article 5 Pencapaian Paling Power Atlet Sarawak Sepanjang 2019. No. 3 Paling Outstanding 5 Pencapaian Paling Power Atlet Sarawak Sepanjang 2019. No. 3 Paling Outstanding

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Event Menarik

Acara Pelancongan Hiburan Terulung, Festival ‘What About Kuching’ Akan Berlangsung Oktober Ini

3 Ogos 2022
Bermula Hari Ini! Jom Meriahkan Kuching Food Festival Tahun Ini Bersama
Event Menarik

Bermula Hari Ini! Jom Meriahkan Kuching Food Festival Tahun Ini Bersama

29 Julai 2022
Jom Sendu Bersama, Konsert Tentang Kita Ini Bakal Diadakan Bulan September Ini
Event Menarik

Jom Sendu Bersama, Konsert Tentang Kita Ini Bakal Diadakan Bulan September Ini

27 Julai 2022
Ingin Nak 'KLMJ' Muzik Emo Dan Pop Punk? Jom Meriahkan Gig 'Black Parade' 30 Julai Ini!
Event Menarik

Ingin Nak ‘KLMJ’ Muzik Emo Dan Pop Punk? Jom Meriahkan Gig ‘Black Parade’ 30 Julai Ini!

26 Julai 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?