• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

5 Tip Penting Membeli Rumah Pertama Untuk Golongan Muda

Oleh
Farisha
11 Mei 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Langkah bijak anak muda jadi pemilik rumah pada usia muda

5 Tip Penting Membeli Rumah Pertama Untuk Golongan Muda. Sudahkah anda memiliki rumah sendiri atau lebih cenderung untuk menyewa rumah? Sekiranya anda mempunyai hasrat untuk memiliki kediaman sendiri, jangan berputus asa dalam usaha untuk merealisasikan impian tersebut.

Mempunyai rumah sendiri adalah satu pencapaian yang amat membanggakan dalam kehidupan seseorang. Ia bukan sahaja memberi tempat berteduh yang selesa, malah turut menjadi satu pelaburan yang bernilai untuk masa depan.

5 Tip Penting Membeli Rumah Pertama Untuk Golongan Muda
5 Tip Penting Membeli Rumah Pertama Untuk Golongan Muda

Baru-baru ini, seorang pengguna platform X bernama Zafran Mustafa telah memberi 5 petua untuk berjaya memiliki rumah pertama.

1. Kumpulkan wang untuk membayar deposit

Amalkan sikap berdisiplin dalam berbelanja agar dapat menabung jumlah wang yang diperlukan untuk membayar deposit rumah dalam tempoh setahun atau dua tahun.

2. Semak kelayakan untuk mendapatkan pinjaman

Setelah berjaya mengumpul depoait, semak kelayakan anda untuk mendapatkan pinjaman daripada bank. Pastikan kedudukan kewangan anda adalah baik. Kemudian, pilih lokasi rumah yang realistik berdasarkan kemampuan anda. Jika tidak mampu untuk tinggal di kawasan Kuala Lumpur, anda boleh memilih kawasan yang agak jauh tetapi mempunyai kemudahan awam yang mencukupi.

3. Beli rumah apabila sudah bersedia

Jangan beli rumah hanya kerana dipengaruhi oleh kata-kata orang lain. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk membayar ansuran bulanan rumah kepada bank, tiada sesiapa yang dapat membantu anda. Beli rumah mengikut kemampuan anda. Tidak mengapa untuk menyewa terlebih dahulu tetapi pastikan anda menyimpan wang sambil menyewa. Tetapkan matlamat yang realistik.

4. Ambil masa yang secukupnya

Berikan masa selama 3 hingga 5 tahun selepas bekerja untuk mengumpulkan deposit bagi membeli rumah. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang, pelbagai kemungkinan boleh berlaku di mana harga rumah mungkin naik atau turun. Fokus untuk menabung wang terlebih dahulu.

5. Jangan tersilap langkah

Pembelian rumah akan menjadi perbelanjaan terbesar yang akan anda lakukan sepanjang hidup. Jangan tersilap langkah. Ansuran bulanan sebanyak RM1,200 memang tidak terlalu tinggi, tetapi anda perlu mempunyai sumber pendapatan yang tetap.

Bagi anda yang ingin memiliki rumah pertama, pastikan anda memahami petua-petua ini sebelum melangkah ke proses pembelian seterusnya. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua!

SUMBER :The VocketAplikasi X
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Menteri Galakan Lebih Ramai Rakyat Sabah Jadi Ahli Co-Opbank Pertama
Next Article Bunuh Kejam Dua Wanita Warga Asing, Pemandu Van Di Sarawak Dijatuhkan Hukuman Gantung

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?