• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bunuh Kejam Dua Wanita Warga Asing, Pemandu Van Di Sarawak Dijatuhkan Hukuman Gantung

Oleh
Husna Hazmi
11 Mei 2024
Kongsi
4 Min Bacaan

Tertuduh telah membunuh kejam dua wanita warga Indonesia

Bunuh Kejam Dua Wanita Warga Asing, Pemandu Van Di Sarawak Dijatuhkan Hukuman Gantung. Dipetik daripada portal berita Utusan Borneo, seorang pemandu van ladang kelapa sawit yang didakwa membunuh dua wanita warga Indonesia dan menyebabkan kecederaan parah kepada seorang lagi di Daro pada tahun 2022, kini telah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Sibu, semalam.

Hakim Wong Siong Tung menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Ahmad Robin yang berusia 33 tahun, setelah menyabitkan tertuduh bagi pertuduhan membunuh Pandang Sarang dan Muli Laha di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bunuh Kejam Dua Wanita Warga Asing, Pemandu Van Di Sarawak Dijatuhkan Hukuman Gantung
Bunuh Kejam Dua Wanita Warga Asing, Pemandu Van Di Sarawak Dijatuhkan Hukuman Gantung

Tertuduh turut dijatuhkan hukuman 15 tahun

Mahkamah juga turut menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun berserta enam sebatan terhadap tertuduh bagi pertuduhan mendatangkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata berbahaya terhadap seorang lagi mangsa yang dikenali sebagai Tene.

Ketika membacakan keputusannya, Wong berkata mahkamah mendapati kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh terhadap dua mangsa yang mati iaitu Pandang Sarang dan Muli Laha serta Tene, adalah direncana dan tidak diprovokasi. 

Beliau berkata, mangsa-mangsa tertuduh ini datang dari Indonesia untuk mencari rezeki untuk diri dan keluarga melalui kerja keras di ladang kelapa sawit.

Bunuh Kejam Dua Wanita Warga Asing, Pemandu Van Di Sarawak Dijatuhkan Hukuman Gantung

Mangsa telah mengalami serangan yang kejam dan ganas

Jelas beliau lagi, mangsa telah mengalami serangan yang kejam dan ganas di tangan tertuduh kemudian mayat mereka dihumban ke dalam sungai oleh tertuduh. Kematian Pandang dan Muli sudah pasti menyebabkan penderitaan yang tidak terkira kepada keluarga di negara mereka sendiri.

Tertuduh menurut Wong, juga menunjukkan niat yang jelas untuk membunuh ketiga-tiga mangsa dan menyebabkan kematian Pandang dan Muli, semasa merompak harta benda serta hasil titik peluh mereka yang tidak seberapa.

Oleh demikian, Timbalan Pendakwa Raya Mark Kenneth Netto ingin hukuman yang dijatuhkan mencerminkan jenayah dan keperluan untuk menghalang orang lain daripada melakukannya. 

Hukuman mati dalam kes ini kata beliau, adalah amat penting dalam membentuk Sarawak menjadi salah satu negeri paling selamat di negara ini untuk didiami, belajar dan bekerja.

Bunuh Kejam Dua Wanita Warga Asing, Pemandu Van Di Sarawak Dijatuhkan Hukuman Gantung

Beliau turut berkata, hukuman penjara terhadap tertuduh tidak boleh membayar pampasan atas kerugian yang dialami oleh ahli keluarga dan rakan-rakan si mati. Tiada hukuman penjara boleh dijatuhkan yang boleh meringankan kerugian yang disebabkan oleh tertuduh ini.

Ahmad, yang diwakili peguam Ben Lau menghadapi dua pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan membunuh Pandang Sarang dan Muli Laha, selain satu pertuduhan mengikut Seksyen 326 akta sama kerana menyebabkan kecederaan parah kepada Tene.

Bunuh Kejam Dua Wanita Warga Asing, Pemandu Van Di Sarawak Dijatuhkan Hukuman Gantung
Sumber gambar: The Borneo Post

Tertuduh dijatuhkan 2 pertuduhan

Bagi pertuduhan pertama, Ahmad didakwa membunuh Pandang sekitar jam 11 pagi di ladang kelapa sawit di Daro pada 11 Februari 2022. 

Bagi pertuduhan kedu pula, dia didakwa membunuh Muli di ladang kelapa sawit lain di Daro kira-kira jam 11 malam hari yang sama.

Ahmad ditahan di Jalan Sentral, Daro sekitar jam 3.30 petang pada 12 Februari 2022.

Mayat kedua-dua mangsa masing-masing ditemui terapung di Batang Lassa dan Sungai Daro pada 12 Februari dan 14 Februari 2022.

Tene yang turut dipukul dan dicampak ke sungai oleh tertuduh bagaimanapun ditemui terselamat di Jalan Tebaang, berhampiran tempat kejadian pada 12 Februari 2022.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Pencuri Motosikal Di Arked MARA Sibu Ditahan Polis
Guru Kantoi Merokok Didakwa Tampar Dan Cekik 4 Pelajar

SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 5 Tip Penting Membeli Rumah Pertama Untuk Golongan Muda
Next Article Beberapa Pokok Tumbang Susulan Hujan Dan Ribut Petir Di Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?