• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

6 Tahun Bercinta Di Alam Maya, Rupanya Kena Scam Dengan Gambar Bini Orang

Oleh
Ismail NA
30 Ogos 2021
Kongsi
6 Min Bacaan

Gambar yang disalah gunakan adalah milik seorang wanita asal Kuching, Sarawak.

6 Tahun Bercinta Di Alam Maya, Rupanya Kena Scam Dengan Gambar Bini Orang. Pernah atau tidak hati anda dipermainkan oleh orang yang dikenali dalam talian? Walaupun kadang-kadang kedengaran seperti mustahil untuk berlaku di sekeliling kita, tetapi hakikatnya perkara ini memang benar-benar wujud. Apatah lagi salah seorang mangsa yang terkena ini adalah dari Kuching, Sarawak.

Isi Isi Penting
  • Gambar yang disalah gunakan adalah milik seorang wanita asal Kuching, Sarawak.
  • Scammer guna gambar bini orang untuk raih cinta lelaki Malaya
  • Hubungan maya 6 tahun tanpa bersemuka atau panggilan video
  • Rancang kahwin tahun depan tapi tidak kesampaian
  • Scammer berusia 46 tahun yang obses dengan lelaki yang ditemuinya di Wechat
  • Cuba semak di sini sama ada maklumat anda terdedah atau tidak di internet :
  • Ini satu lagi kisah love scam yang menyebabkan kerugian ratus ribu ringgit di Miri :

Kejadian malang ini didedahkan oleh seorang wanita di laman Facebook nya semalam. Menurut wanita yang dikenali sebagai Luna Emma Salleh, beliau tiba-tiba dihubungi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Lelaki tersebut bertanya tentang ‘penipuan’ yang dilakukan. Luna yang tidak mengetahui apa-apa tentang perbualan tersebut menafikan tentang dakwaan tersebut dan mengesyaki terdapat sesuatu yang tidak kena berlaku.

Scammer guna gambar bini orang untuk raih cinta lelaki Malaya

Setelah beberapa kali menafikan pertanyaan lelaki asing itu, wanita ini segera menyiasat tentang perkara sebenar yang berlaku dengan menanyakan soalan kepada lelaki tersebut. Alangkah terkejutnya apabila sebenarnya lelaki tersebut telah menjalinkan hubungan dengan seorang scammer yang menggunakan gambar profil wanita ini!

6 Tahun Bercinta Di Alam Maya, Rupanya Kena Scam Dengan Gambar Bini Orang
6 Tahun Bercinta Di Alam Maya, Rupanya Kena Scam Dengan Gambar Bini Orang. Sumber : FB Luna Emma Salleh
6 Tahun Bercinta Di Alam Maya, Rupanya Kena Scam Dengan Gambar Bini Orang
Sumber : FB Luna Emma Salleh

Hubungan maya 6 tahun tanpa bersemuka atau panggilan video

Lebih parah, hubungan yang dijalinkan oleh lelaki tersebut dengan scammer tersebut telah berlangsung selama 6 tahun. Jelas lelaki tersebut menerusi tangkap layar Whatsapp Luna Emma, pemuda malang ini mula mengenali scammer tersebut pada tahun 2015 sewaktu beliau mula-mula tiba ke Sarawak menerusi aplikasi Wechat. Sejak itu, hubungan mereka semakin erat sehingga membawa ke perhubungan cinta yang sepenuhnya secara maya.

Bercerita lebih lanjut kepada Luna, scammer ini sering mengirimkannya gambar-gambar dan hanya berhubung melalui panggilan telefon dan pesanan ringkas. Mereka juga didakwa tidak pernah membuat panggilan video sepanjang 6 tahun menjalinkan hubungan. Ternyata, gambar-gambar yang diterima lelaki tersebut selama ini adalah gambar orang lain. Apatah lagi pemilik gambar itu iaitu Luna Emma sudah pun mendirikan rumah tangga dan mempunyai 3 orang cahaya mata.

Risau lelaki tersebut ditipu lebih teruk, wanita tersebut turut mendapatkan kepastian sama ada scammer tersebut pernah meminta untuk dipindahkan wang ke akaun peribadi. Lelaki tersebut bernasib baik kerana sepanjang perhubungan, tiada sebarang transaksi kewangan berlaku antara dia dan scammer tersebut.

6 Tahun Bercinta Di Alam Maya, Rupanya Kena Scam Dengan Gambar Bini Orang
Sumber : FB Luna Emma Salleh
6 Tahun Bercinta Di Alam Maya, Rupanya Kena Scam Dengan Gambar Bini Orang
Sumber : FB Luna Emma Salleh
6 Tahun Bercinta Di Alam Maya, Rupanya Kena Scam Dengan Gambar Bini Orang
Sumber : FB Luna Emma Salleh

Rancang kahwin tahun depan tapi tidak kesampaian

Lelaki malang yang berasal dari Semenanjung itu juga mendedahkan kepada Luna Emma bahawa mereka sudah pun merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan. Bahkan, perhubungan maya tersebut juga telah pun mendapat restu daripada orang tua lelaki tersebut.

6 Tahun Bercinta Di Alam Maya, Rupanya Kena Scam Dengan Gambar Bini Orang
Sumber : FB Luna Emma Salleh
6 Tahun Bercinta Di Alam Maya, Rupanya Kena Scam Dengan Gambar Bini Orang
Sumber : FB Luna Emma Salleh

Lelaki tersebut terdetik untuk mencari Facebook butik yang tertera di latar belakang gambar yang dikirimkan kepadanya. Daripada situ, dia mendapat tahu bahawa ‘kekasih’ nya selama ini membuat penipuan. Namun, dia sendiri tidak menyangka bahawa penipuan tersebut membongkar rahsia yang lebih besar dan bakal meremukkan hatinya.

6 Tahun Bercinta Di Alam Maya, Rupanya Kena Scam Dengan Gambar Bini Orang
Sumber : FB Luna Emma Salleh

Scammer berusia 46 tahun yang obses dengan lelaki yang ditemuinya di Wechat

Luna Emma yang terkejut dengan pendedahan yang dilakukan oleh lelaki yang tidak didedahkan nama ini segera melaporkan kejadian ini ke balai polis. Lelaki tersebut juga bertindak membuat laporan polis dan memaksa wanita scammer tersebut untuk berjumpa dengannya dan mengikutnya ke balai. Scammer berusia 46 tahun tersebut akhirnya mengaku bersalah di balai polis atas kesalahan jenayah komersial iaitu penyalah gunaan gambar dalam aplikasi Whatsapp dan memohon maaf kepada Luna Emma atas perbuatan yang dilakukannya.

Menerusi salinan laporan polis yang dihantar oleh scammer tersebut kepada Luna Emma, beliau mengaku menggunakan gambar profil wanita berkenaan kerana wajahnya yang cantik dan membuat keputusan untuk menggunakan foto Luna Emma untuk meraih cinta lelaki yang disukainya itu di platform Wechat. Luna Emma juga dinasihatkan oleh pihak polis untuk memadam semua gambarnya di laman media sosial peribadi.

Walaupun Luna tidak membawa perkara ini untuk tindakan yang lebih lanjut, namun beliau memuat naik pendedahan ini di laman Facebook nya sebagai peringatan kepada wanita di luar sana agar tidak terlalu galak memuat naik gambar peribadi di laman sosial media bagi mengelakkan gambar dan maklumat peribadi disalah gunakan seperti yang terjadi pada dirinya.

Jaga diri ya semuanya. Berhati-hati di media sosial.

Cuba semak di sini sama ada maklumat anda terdedah atau tidak di internet :

Ini satu lagi kisah love scam yang menyebabkan kerugian ratus ribu ringgit di Miri :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jong Yee Khie, Anak Sarawak Kedua Hadiahkan Pingat Paralimpik Tokyo Untuk Malaysia
Next Article Bermula Pada Tahun 1960, Ini 6 Fakta Menarik Tentang Sukan Paralimpik Bermula Pada Tahun 1960, Ini 6 Fakta Menarik Tentang Sukan Paralimpik

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?