• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jong Yee Khie, Anak Sarawak Kedua Hadiahkan Pingat Paralimpik Tokyo Untuk Malaysia

Oleh
Ismail NA
30 Ogos 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Beliau berada di kedudukan pingat perak dalam acara powerlifting kategori 97 kg.

Jong Yee Khie, Anak Sarawak Kedua Hadiahkan Pingat Paralimpik Tokyo Untuk Malaysia. Satu lagi khabar gembira diterima dari Tokyo International Forum hari ini apabila atlet powerlifting negara, Jong Yee Khie berjaya menghadiahkan pingat perak. Ini merupakan pingat perak pertama kontinjen Malaysia dalam temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Jong Yee Khie bertanding dalam acara 107 kg dan berjaya membuat angkatan maksimum seberat 237 kilogram pagi tadi. Menerusi 3 percubaan angkatannya, Yee Khie pada awalnya mendebarkan kem Malaysia apabila gagal mengangkat bebanan seberat 230 kg.

Namun demikian, beliau bangkit untuk meletakkan diri ke posisi yang kedua apabila berjaya membuat angkatan seberat 237 kg dalam percubaan yang kedua. Hasrat untuk mengalahkan pemenang pingat emas pula tidak kesampaian apabila beliau terlepas peluang untuk menyempurnakan angkatan ketiga seberat 245 kg.

Jong Yee Khie, Anak Sarawak Kedua Hadiahkan Pingat Paralimpik Tokyo Untuk Malaysia
Jong Yee Khie, Anak Sarawak Kedua Hadiahkan Pingat Paralimpik Tokyo Untuk Malaysia. Aksi Jong Yee Khie. Sumber : BERNAMA (2021)

Dari tempat ke-7 ke tempat ke-2

Pemuda yang berasal dari Batu Kawa, Kuching ini tampak sangat gembira dan berpuas hati dengan pingat perak yang diraihnya memandangkan ini adalah penyertaan keduanya dalam Sukan Paralimpik. Pada edisi Rio tahun 2016 yang lalu, Yee Khie hanya sekadar berada di tempat ke-7 namun beliau berjaya membuktikan kemampuan dirinya kali ini dengan meraih pingat perak buat negara.

Jong Yee Khie, Anak Sarawak Kedua Hadiahkan Pingat Paralimpik Tokyo Untuk Malaysia
Jong Yee Khie, Anak Sarawak Kedua Hadiahkan Pingat Paralimpik Tokyo Untuk Malaysia. Sumber : BERNAMA

Pingat emas dalam acara powerlifting kategori 107 kg ini dirangkul oleh atlet dari Mongolia, Sodnompiljee Enkhbayar dengan angkatan terbaik 245 kg, manakala pingat gangsa milik atlet dari Iran, Razi Saman dengan angkatan terbaik 231 kg.

Pencapaian yang membanggakan ini pastinya merupakan hadiah yang manis buat kemerdekaan Malaysia yang ke-64 tahun ini. Semalam, rakan sepasukan yang juga merupakan atlet kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin telah berjaya menggondol pingat emas untuk acara powerlifting kategori 72 kg.

Tahniah Jong Yee Khie!

Baca juga profil atlet Borneo yang berjuang di Paralimpik Tokyo 2020 :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Diiktiraf Malaysian Book Of Records, Lelaki Tertua Di Negara Ini Adalah Seorang Petani Berasal Dari Sarawak
Next Article 6 Tahun Bercinta Di Alam Maya, Rupanya Kena Scam Dengan Gambar Bini Orang

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?