• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

6 Tempat Berkelah Best Di Kuching Yang Anda Boleh Terokai

Oleh
ILB - AI
7 Ogos 2022
Kongsi
6 Min Bacaan
Berikut Adalah 6 Tempat Berkelah Best Di Kuching

Rasa Nak Berkelah Hujung Minggu Ni?

6 Tempat Berkelah Best Di Kuching Yang Anda Boleh Terokai. Kadang-kadang bosan juga kita luangkan masa lapang di pasar semasa hujung minggu. Sekiranya anda nak perubahan persekitaran, berikut adalah 6 tempat berkelah di Kuching anda boleh consider untuk cuba!

Isi Isi Penting
  • Sungai Rayu, Matang
  • Kubah Family Park
  • Adis Buan Resort, Bau
  • Jangoi River Lodge, Padawan
  • Air Terjun Kaki Gunung Santubong

Sungai Rayu, Matang

Tempat berkelah ini antara yang terkenal di Kuching tetapi dengan kunjungan yang kerap serta akses mudah, ternyata Sungai Rayu adalah salah satu tempat kelah yang best untuk anda sekeluarga atau dengan rakan-rakan anda.

Terletak berhampiran dengan Matang Wildlife Centre, sungai ini mengalir dari Gunung Serapi dan airnya masih jernih dan tidak berkeladak. Anda perlu bayar yuran kemasukan sejumlah RM1 sahaja dan juga menyewa pelampung. Jika anda hendak memasak BBQ, mereka juga menyediakan arang untuk dijual serta dawai. Makanan untuk di BBQ, bawa sendiri lah. Hanya anda sahaja tahu apa selera anda. Hehe!

Sekiranya anda berminat untuk berkunjung ke sini, anda perlu merancang masa anda sebab Sungai Rayu kebiasaannya sibuk ketika awal bulan serta hujung minggu.

6 Tempat Berkelah Best Di Kuching Yang Anda Boleh Terokai
6 Tempat Berkelah Best Di Kuching Yang Anda Boleh Terokaik. Kredit: Insil Garden

Kubah Family Park

Kubah Family Park juga terletak di kaki Gunung Serapi dan terletak sebelum Sungai Rayu Matang. Antara tarikan tempat berkelah ini adalah air terjun yang unik!

Selain menyediakan tempat khas untuk berkelah, tempat ini juga menyediakan kemudahan untuk BBQ. Sekiranya anda sekeluarga hendak berkelah di sini, kemudahan yang disediakan adalah lengkap mesra bagi kemudahan anda sekeluarga.

Sekiranya anda berminat untuk melakukan aktiviti hiking, anda akan diberi pilihan untuk mendaki beberapa trail yang disediakan iaitu Rayu Trail, Selang Trail serta Waterfall Trail.

Berikut Adalah 6 Tempat Berkelah Best Di Kuching
Air terjun yang ada di Kubah Family Park. Kredit: Endless Loop Photography
Kredit: Endless Loop Photography

Sungai Ranchan, Serian

Sungai Ranchan terletak 5km daripada pasar Serian dan merupakan salah satu tarikan pelancong. Tempat berkelah ini selalunya sibuk dengan aktiviti-aktiviti dari penduduk tempatan yang teringin untuk menyejukkan diri dalam sungai yang mengalir dengan sejuk dari gunung hampiran beserta dengan mereka yang mahu menikmati alam semulajadi.

Selain berkelah, sungai Ranchan adalah kawasan yang sesuai untuk melakukan aktiviti fotografi, bersiar-siar, hiking dan sebagainya. Anda juga boleh melakukan masakan BBQ di sini sambil menikmati air terjun di sini!

Salah satu tarikan Sugai Ranchan juga adalah batu-batu yang unik di kawasan sungai tersebut. Kredit: 360tour,asia
Berikut Adalah 6 Tempat Berkelah Best Di Kuching
Kredit: 360tour. asia

Adis Buan Resort, Bau

Adis Buan juga adalah salah satu tempat berkelah yang best, dengan adanya persekitaran yang indah dan sejuk ditambah dengan kemudahan seperti barang BBQ (arang dan dawai) serta pelampung, memang ternyata orang akan betul-betul menikmati masa mereka ketika berkelah di sini!

Air sungai mengalir dari gunung dan kedalaman air yang hanya pada paras punggung di kebanyakan bahagian sungai menjadikan sungai ini sesuai untuk mandi. Anda juga akan menikmati air yang jernih serta yang menyegarkan.

Kredt: Adis Buan Resort
Kredt: Adis Buan Resort

Jangoi River Lodge, Padawan

Jangoi River Lodge terletak di Kampung Peraya Stabut, Padawan dan merupakan antara hidden gem di Kuching. Salah satu tarikan tempat berkelah ini adalah terdapat beberapa buah pondok yang berkonsep tradisional untuk pengunjung yang mahu berkhemah di sini dan turut memberi pengalaman lain daripada yang lain.

Sudah tentu kalau anda berkunjung ke tempat kelah anda akan sekurang-kurangnya melakukan aktiviti BBQ. Anda boleh membeli arang dari kaunter pembayaran yuran masuk yang berharga RM3 per person dan juga boleh menyewa pelampung sekiranya anda berminat untuk berenang. Keselamatan anda adalah keutamaan tertinggi bagi pihak Jangoi River Lodge jadi mereka turut menyediakan lifeguard untuk mengawasi para perenang.

Kredt: Jangoi River Lodge
Kredt: Jangoi River Lodge

Air Terjun Kaki Gunung Santubong

Tempat kelah ini lain daripada yang disenaraikan di atas sebab tiada pembayaran dikenakan sekiranya anda berkunjung ke sini. Anda hanya dikehendaki untuk mendaftar nama serta infomasi peribadi seperti nombor kad pengenalan di pondok pengawal sebagai langkah keselamatan.

Terletak 15 minit dari jalan besar, anda boleh menikmati air jernih yang mengalir dari air terjun. Bagi mereka yang tidak pasti dimana letaknya tempat ini, anda akan melihat tempat masuk berhampiran tulisan besar D.A.M.A.I. serta kereta yang parking di tepi jalan. Laluan ini merupakan laluan trek untuk mendaki gunung Santubong.

Terdapat beberapa trail yang ada bagi mereka yang mahu berkelah berhampiran dengan air terjun. Namun, bagi mereka yang tidak mahu membuang tenaga lebih, terdapat juga tapak perkelahan yang berhampiran dengan pondok pengawal yang sudah ada BBQ pit sedia ada serta sungai kecil yang berhampiran.

Kredit: Facebook TOPWHEEL
Kredit: Luther Jarvis Andrew

Enjoy Nang Enjoy, Tapi Jaga Keselamatan Sekali, ya?

Sebagai langkah keselamatan, pastikan anda betul-betul pandai berenang sekiranya anda teringin untuk berenang di dalam sungai yang mempunyai kawasan dalam. Gunakan pelampung sekiranya anda was-was dengan kemahiran renang anda dan jangan sesekali berenang semasa air pasang dan pada musim hujan sebab masa ini arus deras.

Jangan lupa untuk menjaga kebersihan ketika berkelah bagi kemudahan orang lain! Sekiranya tempat itu tidak menyediakan tong sampah berdekatan, jangan pula buang sampah anda ke dalam sungai atau di dalam hutan, sebaliknya sediakan plastik sampah sendiri dan bawa sampah itu balik sehingga anda jumpa tong sampah untuk membuangnya. Kerjasama anda akan dihargai oleh semua, termasuk anda sendiri pada masa yang akan datang! Selamat berkelah!

Baca lagi tempat menarik di Kuching :

https://www.iloveborneo.my/mandi-dalam-air-sungai-jernih-kampung-pesang-river-lodge-sesuai-untuk-sekeluarga/
https://www.iloveborneo.my/mendung-escape-staycation-cool-atas-kaki-gunung-singai-ditemani-kabus-dan-bintang/
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali Gula Mitai, Cotton Candy Unik Versi Sarawak
Next Article Kenali Empesut, Satu-Satunya Spesis Lumba-Lumba Di Sarawak Kenali Empesut, Satu-Satunya Spesis Lumba-Lumba Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?