• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali Gula Mitai, Cotton Candy Unik Versi Sarawak

Oleh
Ismail NA
7 Ogos 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Manisan Tradisional Sarawak yang Semakin Jarang Didapati

Kenali Gula Mitai, Cotton Candy Unik Versi Sarawak. Kebiasaannya, cotton candy atau gula-gula kapas dimakan sebagai manisan sewaktu keraian atau majlis keramaian. Namun demikian, tahukah anda bahawa Sarawak juga mempunyai manisan yang lebih kurang sama seperti gula-gula kapas ini?

Gula mitai ialah sejenis manisan tradisi Sarawak yang mirip seperti gula-gula kapas dan pernah menjadi makanan yang digemari kanak-kanak pada suatu masa dahulu. Masih tak ada idea macam mana rupa gula mitai ini? Di sini kami ceritakan serba sedikit tentang manisan tradisi Sarawak ini.

Kenali Gula Mitai, 'Cotton Candy' Versi Sarawak
Kenali Gula Mitai, Cotton Candy Unik Versi Sarawak

Cebisan Gula yang Dibuat 100% Handmade

Kenali Gula Mitai, 'Cotton Candy' Versi Sarawak
Gula mitai yang dikepal. Kredit : Cikgu Emmet Menulis

Jika ada yang masih belum tahu bagaimana rupa gula mitai ini, manisan ini merupakan cebisan-cebisan halus gula yang dihasilkan melalui proses tradisional. Ia kebiasaannya didapati dalam bentuk kepal bulat atau bujur seakan-akan sarang burung. Menariknya, penghasilan gula mitai ini tidak menggunakan sebarang mesin dan hanya menggunakan kemahiran tangan pembuatnya. Dalam erti kata lain, 100% handmade.

Kaedah Pembuatan Lebih Kurang Sama Seperti Mi Tarik

Bahan-bahan yang diperlukan dalam penghasilan gula mitai ini adalah gula pasir, minyak masak, tepung gandum dan sedikit pewarna makanan yang diingini. Penghasilannya dimulakan dengan memasak gula pasir ke dalam air yang mendidih. Dalam pada masa yang sama, tepung gandum digaul bersama minyak masak yang dipanaskan untuk tujuan menarik gula. Seterusnya, gula akan dituang ke dalam talam untuk disejukkan kemudian ditarik menggunakan rod besi. Bagi menghasilkan gula mitai yang lebih halus dan cair apabila dimasukkan ke dalam mulut, gula tersebut akan ditarik berulang-ulang kali bersama tepung yang dimasak tadi. Kaedahnya lebih kurang seperti pembuatan mi tarik. Bezanya, ia dilakukan di atas sebuah papan khas. Rutit juak molah manisan tok duhal.

Cara pembuatan gula mitai di Kampung Simunjan. Kredit : Youtube Zul fazwan

Gula Mitai Mirip Soan Papdi India dan Gulali Tepung Indonesia

Pembuatan Soan Papdi, manisan popular Utara India. Kredit : picorange.com
Kenali Gula Mitai, 'Cotton Candy' Versi Sarawak
Soan Papdi India. Kredit : Adi Ramkrishna Mistanna Bhandar

Untuk pengetahuan anda, di luar negara juga terdapat manisan yang lebih kurang serupa seperti gula mitai ini. Jika di India, ia dipanggil multi-layered Indian dessert kerana gula yang telah ditarik akan dilapis dan menjadi lapisan gula yang tebal. Manisan tersebut digelar sebagai Soan Papdi. Di Indonesia pula, ia disebut sebagai gulali tepung atau gulali basah rambut nenek. Info yang didapati daripada sumber-sumber pembuatan manisan ini mendapati cara pembuatannya sungguh rumit dan memerlukan kepakaran si pembuatnya.

Kenali Gula Mitai, 'Cotton Candy' Versi Sarawak
Gulali tepung Indonesia. Kredit : dimanaja.com

Boleh Juga Didapati di Platform Belian Online, Shopee. Wow!

Seiring dengan perkembangan dunia digital, usahawan gula mitai juga menjual manisan ini di platform belian online seperti Shopee bagi meluaskan pasarannya ke Sabah dan Semenanjung. Namun demikian, gula mitai ini agak susah untuk didapati jika tidak ditempah atau dijual semasa pameran atau festival makanan tradisi.

Pembuatan gula mitai ini juga kurang diketahui oleh generasi masa kini kerana proses pembuatannya yang panjang dan memerlukan kesabaran. Jika ia tidak dipelajari, tidak mustahil suatu hari nanti generasi akan datang hanya akan mendengar dan melihat gula mitai ini tanpa ada peluang merasai keenakannya.

Pasti ada yang teringat zaman kanak-kanak bila sebut tentang gula mitai ini kan? Jangan lupa like dan share post ini dan kongsikan pendapat anda tentang manisan tradisi Sarawak ini.

Baca juga artikel menarik yang lain :

Kenali 4 Makanan Unik Dan Khas Hanya Ada Di Sarawak
Keunikannya Digemari Ramai, Kenali 4 Jenis Durian Hutan Di Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Sebab Mengapa Masyarakat Bajau Laut Digelar Aquaman di Sabah
Next Article Berikut Adalah 6 Tempat Berkelah Best Di Kuching 6 Tempat Berkelah Best Di Kuching Yang Anda Boleh Terokai

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?