• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

7 Ciri-Ciri Unik Tubuh Badan Yang Anda Mungkin Ada Tetapi Tidak Dimiliki Oleh Orang Lain

Oleh
ILB - AI
5 April 2021
Kongsi
4 Min Bacaan
7 Ciri-Ciri Unik Tubuh Badan Yang Anda Mungkin Ada Tetapi Tidak Dimiliki Oleh Orang Lain

Anda mungkin tergolong dalam kategori yang mempunyai ciri-ciri unik

7 Ciri-Ciri Unik Tubuh Badan Yang Anda Mungkin Ada Tetapi Tidak Dimiliki Oleh Orang Lain. Tahukah anda bahawa hanya 5% populasi dunia mempunyai cap jari berbentuk lengkungan? Atau 11% sahaja mempunyai rambut kerinting semula jadi?

Isi Isi Penting
  • Anda mungkin tergolong dalam kategori yang mempunyai ciri-ciri unik
  • Rambut kerinting semula jadi
  • Morton’s Toes
  • Mata dua warna
  • Golden Blood atau darah Rhnull
  • Lesung pipit
  • Lubang tambahan di dekat telinga
  • Ketiadaan gigi bongsu (wisdom teeth)

Adakah anda mempunyai ciri-ciri tubuh yang unik tetapi anda tidak menyedarinya? Berikut adalah 7 unique features yang sangat rare, anda mungkin salah satunya di dunia ini mempunyainya!

7 Ciri-Ciri Unik Tubuh Badan Yang Anda Mungkin Ada Tetapi Tidak Dimiliki Oleh Orang Lain

Rambut kerinting semula jadi

Hanya 11% populasi dunia mempunyai rambut kerinting semula jadi. Jadi, sekiranya anda ada rambut kerinting, berbangga lah dengan rambut anda!

Pelakon Asia-Amerika, Sandra Oh, mempunyai rambut kerinting semula jadi. Kredit: Pinterest

Morton’s Toes

10% orang mempunyai jari kaki Morton, iaitu struktur kaki di mana jari kaki pertama lebih pendek daripada jari kaki kedua. Fun fact, Patung Liberty di New York, AS juga mempunyai kaki seperti ini!

Kredit: Pixabay

Mata dua warna

Keadaan ini disebut ‘Chimerism‘. Ini pada dasarnya bermaksud bahawa anda mempunyai set DNA tambahan yang boleh menyebabkan kulit mosaik atau heterokromia – pembezaan warna pada mata.

Heterokromia agak jarang berlaku, berlaku di kurang dari 1% populasi. Ia boleh disebabkan oleh beberapa faktor dan muncul dengan cara yang berbeza.

Kredit: Tumgir

Golden Blood atau darah Rhnull

Jenis darah ini sangat rare kerana ia tidak mempunyai antigen. Sesiapa sahaja boleh menerima darah ini (sama ada A, B, AB atau O) dan sifat penyembuhannya lebih baik daripada yang lain. Hanya ada 40 orang di dunia yang mempunyai golongan darah ini, di mana hanya 9 orang adalah penderma aktif.

Darah biasa vs darah Rhnull. Kredit: WeCapable

Lesung pipit

Mungkin bagi mereka yang ada ciri-ciri ini, ia adalah perkara biasa tetapi tahukah anda bahawa hanya sekitar 20-30% penduduk dunia mempunyai lesung pipit, yang menjadikannya agak rare.

Lesung pipit kadang-kadang disebabkan oleh perubahan otot muka yang disebut zygomaticus major. Otot ini terlibat dalam ekspresi wajah. Ini yang membantu meningkatkan sudut mulut anda ketika anda tersenyum.

Gambar sekadar hiasan.

Lubang tambahan di dekat telinga

Ciri-ciri ini dianggap sebagai bukti bahawa semua makhluk hidup pernah mempunyai insang. Kini, hanya 5% orang di dunia yang mempunyai ciri-ciri ini.

Ia dipanggil preauricular sinus.

Kredit: viralthread

Ketiadaan gigi bongsu (wisdom teeth)

Wisdom teeth atau gigi bongsu, adalah gigi dewasa terakhir yang muncul dalam mulut. Kebanyakan orang mempunyai empat gigi bongsu di bahagian belakang mulut – dua di bahagian atas, dua di bahagian bawah. Anda mungkin akan perasan gigi bongsu anda ‘keluar’ dari gusi (diiringi dengan kesakitan dan kesusahan untuk mengunyah makanan) atau tidak sedar langsung ketika mencecah dewasa.

Menurut ahli antropologi, set gigi ini adalah peruntukan bagi nenek moyang kita untuk menolong mereka mengunyah makanan kasar seperti barang keras seperti kacang, akar, dan daun, dan kini tidak diperlukan lagi. Oleh itu, doktor gigi biasanya akan menasihatkan anda untuk mencabutkan gigi ini.

20% orang tidak mempunyai gigi bongsu, yang dianggap sebagai varian biasa. Namun, perkara ini berbeza di setiap populasi yang berbeza. Contohnya, Orang Asli di Mexico 100% tidak mempunyai gigi ini tetapi semua Orang Asli di Tasmania ada gigi ini.

Semua gigi bongsu di keempat-empat bahagian dalam mulut.

Ciri-ciri rare mana yang anda ada? Komen di bawah dan jangan lupa kongsi artikel ini!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: 225 Kes Positif Baharu Dilaporkan Di Sarawak, 39 Kluster Masih Lagi Aktif
Next Article Malaysia Dan Brunei Capai Kata Sepakat Wujudkan Laluan Hijau Timbal Balik

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?