• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Malaysia Dan Brunei Capai Kata Sepakat Wujudkan Laluan Hijau Timbal Balik

Oleh
Ismail NA
5 April 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Berita gembira tentunya untuk penduduk utara Sarawak.

Malaysia Dan Brunei Capai Kata Sepakat Wujudkan Laluan Hijau Timbal Balik. Bagi penduduk di kawasan utara Sarawak terutamanya Limbang dan Lawas, keputusan ini tentunya sesuatu yang menggembirakan. Kerajaan Malaysia dan Brunei Darussalam hari ini telah pun mencapai kata sepakat untuk mewujudkan laluan hijau untuk penduduk kedua-dua negara ini.

Isi Isi Penting
  • Berita gembira tentunya untuk penduduk utara Sarawak.
  • Draf SOP kertas cadangan akan dibincangkan
  • Laluan hijau timbal balik turut dicapai antara Malaysia dan China
  • Untuk makluman anda, Brunei juga telah memulakan pelan vaksinasi mereka. Baca artikel penuh di sini :

Satu perjanjian telah dicapai untuk mewujudkan laluan hijau timbal balik (reciprocal green lane) yang bakal menyaksikan kebenaran diberikan kepada individu yang melakukan perjalanan atas urusan perniagaan dan urusan rasmi di antara kedua-dua negara ini.

Draf SOP kertas cadangan akan dibincangkan

Dalam sebuah kenyataan bersama selepas pertemuan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Konsultasi Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei Darussalam ke-23, kedua-dua pemimpin negara tersebut memberitahu bahawa kedua-dua belah pihak akan memulakan perbincangan untuk membuat draf prosedur operasi standard (SOP) untuk kertas cadangan.

Malaysia Dan Brunei Capai Kata Sepakat Wujudkan Laluan Hijau Timbal Balik
Malaysia Dan Brunei Capai Kata Sepakat Wujudkan Laluan Hijau Timbal Balik
Kredit : BERNAMA

Kedua-duanya juga turut membincangkan potensi diplomasi vaksin di antara negara tetangga di Asia Tenggara yang akan memfokuskan kepada 3 aspek utama.

Ini termasuklah penyusunan vaksinasi timbal balik untuk kedua-dua warganegara yang merangkumi diplomat, pelajar dan ekspatriat; memastikan akses kepada bekalan vaksin di Brunei dan Malaysia serta pengiktirafan sijil vaksinasi secara bersama di antara kedua-dua negara.

Langkah ini tentunya akan membantu melancarkan lagi pergerakan rentas sempadan untuk penduduk di kedua-dua negara.

Laluan hijau timbal balik turut dicapai antara Malaysia dan China

Rancangan yang sama turut dicapai semasa Menteri Luar Negeri, Hishammuddin Hussein membuat lawatan ke China di mana kedua-dua negara ini telah bersetuju untuk menubuhkan laluan hijau timbal balik di antara Malaysia dan China.

Sementara itu, Malaysia dan Brunei juga telah mengesahkan komitmen mereka untuk bekerjasama dalam menangani cabaran lain yang timbul akibat pandemik COVID-19.

Kedua-dua pemimpin ini juga turut meluahkan penghargaan mereka di atas kolaborasi di antara kedua-dua kerajaan, terutamanya dalam menangani penghantaran pulang (repatriasi) rakyat masing-maisng yang terkandas di negara berjiran ini serta negara-negara lain semasa pandemik COVID-19. Ini juga menunjukkan bukti keakraban dan ikatan silaturrahim di antara negara Malaysia dan Brunei.

Untuk makluman anda, Brunei juga telah memulakan pelan vaksinasi mereka. Baca artikel penuh di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 7 Ciri-Ciri Unik Tubuh Badan Yang Anda Mungkin Ada Tetapi Tidak Dimiliki Oleh Orang Lain 7 Ciri-Ciri Unik Tubuh Badan Yang Anda Mungkin Ada Tetapi Tidak Dimiliki Oleh Orang Lain
Next Article Warga Emas Maut Dilanggar Ambulan Ketika Melintas Jalan Di Sri Aman

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?