• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

7 Idea Barangan Besar Yang Anda Boleh Beli Guna Kaedah Baru Sea Shipping Di Shopee

Oleh
Ismail NA
3 Mac 2021
Kongsi
6 Min Bacaan

Beli apa hari ini?

7 Idea Barangan Besar Yang Anda Boleh Beli Guna Kaedah Baru Sea Shipping Di Shopee. Tahukah anda bahawa Shopee telahpun menyediakan kaedah penghantaran terbaru iaitu penghantaran laut atau sea shipping? Bagi pelanggan di Sabah dan Sarawak, harga penghantaran standard yang mencecah ratusan ringgit menyebabkan sesuatu barangan yang dibeli di Shopee seakan-akan tidak berbaloi untuk dibeli. Namun demikian, dengan kaedah baru ini, anda boleh memiliki barangan idaman anda tanpa perlu pergi ke kedai. Hanya dengan beberapa klik sahaja, anda boleh memiliki barangan idaman anda.

Isi Isi Penting
  • Beli apa hari ini?
  • 4. Pembersih hampagas
  • 5. Kabinet pastel 5 tingkat
  • 6. Rak pakaian besi
  • 7. Rak fail beroda
  • Tandakan ‘Shopee Express (Sea Shipping)’ di fungsi tapis untuk menyemak ketersediaan penghantaran barangan yang anda inginkan
  • Baca lebih lanjut tentang sea shipping terbaru di Shopee :

Kebetulan pula hari ini jualan 3.3 di Shopee, kan?

Jadi, dalam artikel hari ini, kami senaraikan 7 idea barangan besar yang boleh anda beli menggunakan kaedah sea shipping di Shopee.

1

Smart TV

Pilihan berbaloi untuk anda
7 Idea Barangan Besar Yang Anda Boleh Beli Guna Kaedah Baru Sea Shipping Di Shopee
7 Idea Barangan Besar Yang Anda Boleh Beli Guna Kaedah Baru Sea Shipping Di Shopee

Cadangan kami yang pertama ialah Smart TV jenama Realme ini. Menariknya tentang televisyen ini adalah rekaan modennya tanpa bingkai atau bezel-less membuatkan televisyen tampak eksklusif dan setanding televisyen dengan kualiti tinggi. Bukan itu sahaja, televisyen ini juga merupakan televisyen pintar yang telah dilengkapkan dengan sistem Android dan pilihan aplikasi penstriman seperti Netflix, Prime Video, Youtube dan banyak lagi. Dah tak payah pening-pening, pasang internet saja pun dah boleh layan cerita kegemaran anda.

Harga standard jualan di Malaysia untuk televisyen ini ialah pada RM 899. Namun sempena jualan murah 3.3, anda boleh mendapatkannya pada harga RM200 lebih murah daripada biasa!

Mana nak dapat televisyen pintar dengan harga bawah RM 1,000 kan? Boleh beli online pula tu walaupun berada di Sabah dan Sarawak.

Realme SMART TV✅

Televisyen pintar yang telah dilengkapkan dengan sistem Android
Beli sekarang
2

Mesin Pengadun Kek

Khas untuk awak yang gemar memasak
7 Idea Barangan Besar Yang Anda Boleh Beli Guna Kaedah Baru Sea Shipping Di Shopee
7 Idea Barangan Besar Yang Anda Boleh Beli Guna Kaedah Baru Sea Shipping Di Shopee

Jika anda bandingkan harga pengadun kek di kedai elektronik biasa, pasti harga yang dikenakan lebih tinggi daripada bajet yang anda ada. Anda pula mahukan pengadun yang berkapasiti lebih besar agar tidak perlu mengadun banyak kali. Tambah-tambah lagi, nak buat Kek Lapis Sarawak. Cadangan kami untuk anda beli menggunakan kaedah ini juga adalah mesin pengadun kek.

Malah, kapasiti pengadun yang anda boleh beli juga agak besar iaitu 5L berbanding mesin pengadun biasa. Jika anda bernasib baik, mungkin ada yang berkapasiti lebih besar dengan harga jualan lebih murah daripada kedai retail di Sabah dan Sarawak.

Paling best, anda juga tidak dikenakan cas penghantaran sekiranya menggunakan kaedah penghantaran sea shipping. Sangat berbaloi. Dahlah besar, murah pula tu.

Russell Taylors Stand Mixer

Beli Sekarang

Riino D8 Dolce Stand Mixer

Beli sekarang
3

Mesin Pembuat Roti

Roti pun dah boleh buat sendiri
7 Idea Barangan Besar Yang Anda Boleh Beli Guna Kaedah Baru Sea Shipping Di Shopee

Bagi anda gemarkan roti dan ingin membuat sendiri di rumah, inilah masa yang tepat untuk anda membeli mesin pembuat roti. Memandangkan kaedah sea shipping sudah tersedia di Shopee, bolehlah anda membeli mesin ini untuk membuat roti kegemaran anda dengan sentuhan rasa yang lebih enak dan lazat.

Campak-campak pun jadi!

Russell Taylors Bread Maker✅

Cipta roti anda sendiri
Beli sekarang

4. Pembersih hampagas

Pembersih hampagas atau vacuum cleaner boleh dikatakan sebagai alat elektrik yang wajib ada di rumah. Cadangan bertaraf 5 bintang kami adalah mesin pembersih hampagas anti-kutu ini. Pembersih ini boleh digunakan untuk menyedut habuk dan hama malah kotoran-kotoran yang jauh di dalam perabot dan tilam. Mesti anda tidak percaya dengan jumlah habuk dan debu yang terperangkap di dalam perabot dan tilam anda setelah menggunakan pembersih hampagas ini.

Sangat berfungsi!

Pautan item jenama Deerma : https://invol.co/cl2ugsc

7 Idea Barangan Besar Yang Anda Boleh Beli Guna Kaedah Baru Sea Shipping Di Shopee

Selain itu, anda juga boleh membeli pembersih hampagas jenis ini untuk kegunaan harian seperti membersihkan lantai dan karpet.

Pautan item jenama Morgan : https://bit.ly/384zpvL

7 Idea Barangan Besar Yang Anda Boleh Beli Guna Kaedah Baru Sea Shipping Di Shopee

5. Kabinet pastel 5 tingkat

Ruang storan yang kemas adalah idaman semua orang. Bagi anda yang masih mencari-cari kabinet penyimpanan yang besar dan cantik, anda boleh lihat juga kabinet berwarna pastel ini di laman Shopee. Kalau di kedai biasa, kabinet seperti ini boleh mencecah sehingga RM 100 dan ke atas, tau. Jadi, cepatlah rebut sebelum kehabisan stok.

Pautan item : https://invol.co/cl2ugt8

7 Idea Barangan Besar Yang Anda Boleh Beli Guna Kaedah Baru Sea Shipping Di Shopee

6. Rak pakaian besi

Almari mahal sangat? Apa kata anda cuba beli rak pakaian besi ini. Rak seperti ini kebiasaannya digunakan untuk bilik berkonsepkan open wardrobe atau minimalis. Anda bukan sahaja dapat menggantung baju, malah anda boleh juga menggunakan ruang di bawah rak ini untuk menyusun bekas penyimpanan yang lain agar tampak lebih kemas dan tersusun.

Harganya pun murah sahaja. Tak sampai RM 30 pun.

Pautan item : https://invol.co/cl2ugtx

7 Idea Barangan Besar Yang Anda Boleh Beli Guna Kaedah Baru Sea Shipping Di Shopee

7. Rak fail beroda

Rak fail beroda ini juga boleh dibeli memandangkan reka bentuknya ringkas tetapi cantik dipandang. Ruang storannya juga boleh dipilih daripada pilihan 2 tingkat sehinggalah pilihan 6 tingkat. Letak sebelah meja kerja pun cun juga. Barang-barang pun tak berselerak sangat di atas meja, kan?

Pautan item : https://invol.co/cl2uguq

Tandakan ‘Shopee Express (Sea Shipping)’ di fungsi tapis untuk menyemak ketersediaan penghantaran barangan yang anda inginkan

Jika anda mempunyai barangan lain yang ingin anda beli di Shopee, anda juga boleh menyemak ketersediaan kaedah penghantaran sea shipping melalui fungsi tapis atau ‘filter’ di sebelah kanan laman sesawang. Fungsi ini tersedia jika anda membuka laman Shopee di komputer.

7 Idea Barangan Besar Yang Anda Boleh Beli Guna Kaedah Baru Sea Shipping Di Shopee

Kesemua barangan ini boleh anda beli menggunakan kaedah terbaru sea shipping di Shopee. Walaupun ia mengambil masa yang agak lama jika dibandingkan dengan kaedah penghantaran standard seperti kurier udara, tetapi jika anda sanggup menunggu, penantian ini pastinya lebih berbaloi dengan penjimatan yang anda belanjakan.

Kalau boleh beli barang dengan harga yang lebih murah, apa salahnya kan?

Jika anda mempunyai cadangan barangan lain yang boleh dibeli menggunakan kaedah ini, kongsikan juga di ruangan komen.

Baca lebih lanjut tentang sea shipping terbaru di Shopee :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article PKPD Di Kampung Sungai Maong Dan Sebahagian Flat Sibu Jaya Akan Dilanjutkan
Next Article Rindu Suasana Luar Negara? Cuba Laman Interaktif Memandu Di Bandar Seluruh Dunia Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?