I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: PKPD Di Kampung Sungai Maong Dan Sebahagian Flat Sibu Jaya Akan Dilanjutkan
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

PKPD Di Kampung Sungai Maong Dan Sebahagian Flat Sibu Jaya Akan Dilanjutkan

Husna Hazmi 3 Mac 2021
Kongsi
4 Min Bacaan
Kongsi

PKPD di kedua-dua kawasan ini akan dilanjutkan.

PKPD Di Kampung Sungai Maong Dan Sebahagian Flat Sibu Jaya Akan Dilanjutkan. Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Sungai Maong, di sini yang bermula pada 17 Februari lalu akan dilanjutkan sehingga 4 Mac ini.

MKN menerusi notis pemakluman prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikemas kini Selasa semalam, berkata bahawa PKPD di Kampung Sungai Maong sepatutnya berakhir 2 Mac, namun perlu disambung selama dua hari lagi.

“Lanjutan PKPD di Kampung Sungai Maong ini bermula pada 3 Mac (12.01 pagi) sehingga 4 Mac 2021 (11.59 malam),” katanya.

Kampung Sungai Maong diletakkan di bawah PKPD kerana kemunculan Kluster Sungai Maong setelah seorang penduduk yang bekerja sebagai anggota keselamatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) dijangkiti COVID-19.

PKPD Di Kampung Sungai Maong Dan Sebahagian Flat Sibu Jaya Akan Dilanjutkan
PKPD Di Kampung Sungai Maong Dan Sebahagian Flat Sibu Jaya Akan Dilanjutkan

Rumah pangsa dan perumahan Town Villa di Sibu Jaya, PKPD hanya akan dilanjutkan sehingga 11 Mac

Manakala bagi kawasan rumah pangsa dan perumahan Town Villa di Sibu Jaya, PKPD hanya akan dilanjutkan di blok rumah pangsa C, H, J, K, L, N dan R mulai 5 Mac 2021 (12.01 pagi) sehingga 11 Mac 2021 (11.59 malam).

Untuk rekod, kawasan itu pertama kali diletakkan di bawah PKPD pada 12 Februari hingga 25 Februari lalu kerana jumlah kes COVID-19 yang tinggi, dan kemudian dilanjutkan dari 26 Februari hingga 4 Mac ini.

Sepanjang PKPD di kedua-dua kawasan terbabit, MKN telah menjelaskan bahawa, Polis Diraja Malaysia (PRDM) akan bertanggungjawab untuk melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempatan jangkitan dengan bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan RELA.

Antara kawalan yang akan dilakukan adalah semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup. 

PKPD Di Kampung Sungai Maong Dan Sebahagian Flat Sibu Jaya Akan Dilanjutkan

Pergerakan keluar masuk pegawai bertugas ke dalam kawasan PKPD adalah tidak dibenarkan

“Selain itu pergerakan keluar masuk pegawai bertugas ke dalam kawasan PKPD adalah tidak dibenarkan. 

“Bagaimanapun pertimbangan boleh diberikan oleh pihak PDRM dan KKM berdasarkan case by case basis,” jelasnya sambil menambah tiada tetamu dan pelawat luar dibenarkan masuk dalam tempoh PKPD berkuat kuasa.

Seterusnya beliau juga berkata bahawa, semua penduduk di kawasan yang terlibat ini tidak dibenarkan keluar daripada rumah masing-masing sepanjang pelaksanaan PKPD.

“Semua penduduk tidak dibenarkan untuk keluar dan masuk ke atau dari kawasan PKPD.

“Bagaimanapun, bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, mereka dibenarkan untuk keluar zon tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada PDRM,” ujarnya.

Wakil keluarga katanya, boleh menghubungi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Kuching atau Bilik Operasi PKPD.

PKPD Di Kampung Sungai Maong Dan Sebahagian Flat Sibu Jaya Akan Dilanjutkan

Semua surau, masjid, rumah ibadat lain dan sekolah di dalam kawasan PKPD ditutup

“Semua surau, masjid, rumah ibadat lain dan sekolah di dalam kawasan PKPD juga ditutup sepanjang tempoh ini. Semua sektor ekonomi tidak dibenarkan beroperasi. Aktiviti sosial, rekreasi dan budaya serta sektor ekonomi adalah tidak dibenarkan,” katanya.

JPBNS juga memberitahu bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melakukan saringan secara bersasar kepada semua penduduk terlibat.

Pemberian keperluan asas seperti makanan ujarnya, akan diselaraskan secara bersama oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian masing-masing.

“Sumbangan bantuan oleh NGO sepanjang tempoh PKPD adalah melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Kuching,” tambahnya lagi.

Lagi di sini:

Husna Hazmi 3 Mac 2021
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Vaksin AstraZeneca Diluluskan, Kumpulan Pertama Dijangka Tiba Pada Suku Kedua 2021 Vaksin AstraZeneca Diluluskan, Kumpulan Pertama Dijangka Tiba Pada Suku Kedua 2021
Next Article 7 Idea Barangan Besar Yang Anda Boleh Beli Guna Kaedah Baru Sea Shipping Di Shopee

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Orang Sarawak Tak Sebut Ajinomoto, Lelaki Ini Cerita Asal Terciptanya Panggilan ‘Bicin’
Cerita Borneo

Orang Sarawak Tak Sebut Ajinomoto, Lelaki Ini Cerita Asal Terciptanya Panggilan ‘Bicin’

12 Ogos 2022
Cerita Borneo

Bapa Di Marudu Ini Terpaksa Gendong Jenazah Bayi, Jalan Kaki 1 Jam Akibat Jalan Buruk

12 Ogos 2022
Cerita Borneo

Dari Pasar Malam Miri Ke Lembah Klang, The Brew Crew Peroleh 5 Bintang Dari Grabfood

12 Ogos 2022
Cerita Borneo

Ajuk Trademark Penjual Di Indian Street, Ramai Boleh ‘Relate’ Dengan Video TikTok Lelaki Ini

11 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?