• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

7 Kesalahan Jalan Raya Ini Tidak Boleh Dikompaun Sepanjang Perayaan CNY – Anthony Loke

Oleh
Nazihah AN
18 Januari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
7 Kesalahan Jalan Raya Ini Tidak Boleh Dikompaun Sepanjang Perayaan CNY - Anthony Loke

Membabitkan pelbagai pihak penguat kuasa termasuk 2,000 anggota JPJ di seluruh negara.

7 Kesalahan Jalan Raya Ini Tidak Boleh Dikompaun Sepanjang Perayaan CNY – Anthony Loke. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyenaraikan tujuh kesalahan utama lalu lintas sempena Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersempena Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan 2023 yang tidak dibenarkan kompaun.

Tujuh jenis kesalahan lalu lintas tidak akan dikompaun sepanjang tempoh perayaan CNY, kata Kementerian Pengangkutan. Sebaliknya, pesalah akan dirujuk ke mahkamah, tambah Menteri Anthony Loke.

7 Kesalahan Jalan Raya Ini Tidak Boleh Dikompaun Sepanjang Perayaan CNY - Anthony Loke
7 Kesalahan Jalan Raya Ini Tidak Boleh Dikompaun Sepanjang Perayaan CNY – Anthony Loke

Guna telefon bimbit semasa memandu juga merupakan satu kesalahan jalan raya

Kesalahan itu membabitkan memotong barisan, memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi isyarat lampu merah, memandu melebihi had laju, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak memakai tali pinggang atau topi keledar dan memandu di lorong kecemasan.

Tambah beliau juga, seramai 2,000 pegawai JPJ akan ditempatkan dalam tempoh ini, malah pegawai ini juga boleh menaiki bas ekspres dengan menyamar sebagai penumpang. Manakala, kenderaan muatan akan dilarang dari menggunakan jalan raya dua hari sebelum CNY bagi mengelak kemalangan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas.

7 Kesalahan Jalan Raya Ini Tidak Boleh Dikompaun Sepanjang Perayaan CNY - Anthony Loke

Mula berkuatkuasa pada 18 Januari sehingga 27 Januari 2023

Menurutnya, larangan ini bertujuan mengelakkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran aliran trafik antara kenderaan berat dengan yang ringan di atas jalan raya dan lebuh raya, selain mengelak kesesakan lalu lintas.

Manakala Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi berkata bahawa had laju di jalan persekutuan dan negeri dan juga seluruh negara akan dikurangkan sebanyak 10km sejam bakal mula berkuatkuasa pada hari ini, 18 Januari 2023 sehingga 27 Januari 2023.

Pengurangan itu akan menjadikan had laju 80kph di jalan persekutuan dan 70kph di jalan negeri.

Alexander Nanta Linggi

7 Kesalahan Jalan Raya Ini Tidak Boleh Dikompaun Sepanjang Perayaan CNY - Anthony Loke

Lagi artikel semasa, anda boleh baca pautan di bawah:

Ketahui ‘Cop Parkir’ Sebenarnya Satu Kesalahan Dan Boleh Dipenjara, Ini Penjelasan JPJ
Persimpangan Lampu Isyarat Di Bulatan Tabuan Tranquility Akan Dibuka Mulai Esok
Melawat Selama Dua Hari, Perdana Menteri Akan Melawat Kuching Dalam Minggu Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Pusat Kitar Semula BDC Diceroboh, Orang Awam Mengganas Rebut Barangan 'Recycle' Tular Pusat Kitar Semula BDC Diceroboh, Orang Awam Mengganas Rebut Barangan ‘Recycle’
Next Article Tinjauan Soal Laksa Terbaik Di Malaysia, Laksa Sarawak Jadi Pilihan Hati Netizen Tinjauan Soal Laksa Terbaik Di Malaysia, Laksa Sarawak Jadi Pilihan Hati Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?