• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Pusat Kitar Semula BDC Diceroboh, Orang Awam Mengganas Rebut Barangan ‘Recycle’

Oleh
Aina Musa
18 Januari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Tular Pusat Kitar Semula BDC Diceroboh, Orang Awam Mengganas Rebut Barangan 'Recycle'

Penderma pula rasa terancam

Tular Pusat Kitar Semula BDC Diceroboh, Orang Awam Mengganas Rebut Barangan ‘Recycle’. Insiden perebutan barangan kitar semula di kalangan pemungut dikataka makin ‘mengganas’ di Pusat Kitar Semula di BDC, Kuching.

Tindakan itu telah mewujudkan persekitaran tidak selamat kepada orang awam yang ingin menderma barang mahu pun pakaian kitar semula di situ.

Lebih memburukkan keadaan, pengumpul barangan kitar semula ini dikatakan bergaduh sesama sendiri kerana ingin mendapatkan barangan yang dihantar oleh penderma ke situ.

Tular Pusat Kitar Semula BDC Diceroboh, Orang Awam Mengganas Rebut Barangan 'Recycle'
Tular Pusat Kitar Semula BDC Diceroboh, Orang Awam Mengganas Rebut Barangan ‘Recycle’. Sumber: Utusan Sarawak

Ini telah menimbulkan rasa kurang senang dan takut di kalangan orang ramai yang ingin menurunkan barangan kitar semula mereka di sana.

Tidak selamat dikungjungi oleh orang awam

Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen, Michael Kong Feng Nian berkata, pihak berkuasa seolah-olah lepas tangan dalam pengendalian pusat kitar semula yang terletak di BDC di sini sehingga mengakibatkan tempat berkenaan tidak selamat untuk dikunjungi orang awam yang hendak meletakkan barangan kitar semula atau guna semula .

Kong berkata terdapat beberapa pusat kitar semula yang dibina oleh majlis bandaraya dan salah satunya di BDC.

Tular Pusat Kitar Semula BDC Diceroboh, Orang Awam Mengganas Rebut Barangan 'Recycle'

“Tujuan utama pusat tersebut dibina adalah untuk orang ramai membuang barangan yang boleh dikitar semula atau boleh guna semula demi melindungi alam sekitar.

“Terdapat sekumpulan pemungut yang akan duduk di hadapan pusat itu dan mengumpul barangan yang boleh dikitar semula atau boleh guna semula daripada orang awam. Barangan yang boleh digunakan dan boleh dijual akan disimpan oleh mereka dan selebihnya akan ditinggalkan di pusat,” jelasnya.

Sehingga ganggu tugas Persatuan Pencinta Kitar Semula

Pada masa ini, Kong berkata pusat kitar semula di BDC diuruskan oleh Persatuan Pencinta Kitar Semula Taman BDC yang mana Wilfred Yap adalah penasihat undang-undang mereka.

Susulan kejadian itu, nyata Persatuan Pencinta Kitar Semula Taman BDC tidak dapat menguruskan pusat kitar semula dengan baik.

“Saya telah bertanya ramai orang di sekeliling yang bersetuju dengan idea kitar semula tetapi semua menyatakan ketidakberanian atas faktor keselamatan.

Justeru, menerusi beberapa insiden yang bukannya sekadar berlaku hari ini tetapi sejak sekian lama namun tidak diendahkan, sudah tiba masanya pihak majlis mengambil alih semula kawalan pusat tersebut daripada Pusat Kitar Semula BDC.

Tambahnya, dengan pengurusan yang lebih teratur dan persekitaran yg selamat, akan meningkatkan keyakinan orang awam untuk terus menyokong program dan aktiviti kitar semula ini.

Baca artikel terkini di sini:

Melawat Selama Dua Hari, Perdana Menteri Akan Melawat Kuching Dalam Minggu Ini
Tidak Patuh Spesifikasi Kebersihan, Sebuah Lagi Restoran Di Metrocity Diarah Tutup
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Melawat Selama Dua Hari, Perdana Menteri Akan Melawat Kuching Dalam Minggu Ini Melawat Selama Dua Hari, Perdana Menteri Akan Melawat Kuching Dalam Minggu Ini
Next Article 7 Kesalahan Jalan Raya Ini Tidak Boleh Dikompaun Sepanjang Perayaan CNY - Anthony Loke 7 Kesalahan Jalan Raya Ini Tidak Boleh Dikompaun Sepanjang Perayaan CNY – Anthony Loke

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?