• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

7 Lawan 1, Seorang Pelajar Sekolah Di Kuching Dibuli Dan Ditumbuk Beramai-Ramai

Oleh
Ismail NA
5 Julai 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Tak macho pun tumbuk-tumbuk orang ni. Haih.

7 Lawan 1, Seorang Pelajar Sekolah Di Kuching Dibuli Dan Ditumbuk Beramai-Ramai. Kes buli adalah satu perkara yang tidak berkesudahan di Malaysia. Ia bukan sahaja melibatkan sekolah biasa, tetapi juga turut berlaku di sekolah berasrama penuh. Malah, sekolah agama.

Isi Isi Penting
  • Tak macho pun tumbuk-tumbuk orang ni. Haih.
  • Pembuli dikatakan pengawas sekolah dan pelajar yang berjawatan
  • Buli di sekolah mesti dihentikan
  • Lagi kejadian buli yang melibatkan individu dewasa dan sudah berakal:

Terbaharu, menerusi sebuah ciapan yang tular di Twitter, seorang pelajar lelaki dikatakan telah dibuli dan ditumbuk oleh 7 orang pelajar lelaki yang lain di asrama sekolahnya. Kejadian berlaku di sebuah sekolah di Kuching, Sarawak.

7 Lawan 1, Seorang Pelajar Sekolah Di Kuching Dibuli Dan Ditumbuk Beramai-Ramai
7 Lawan 1, Seorang Pelajar Sekolah Di Kuching Dibuli Dan Ditumbuk Beramai-Ramai. Gambar hiasan. Sumber: Twitter

Susulan kejadian itu, pelajar terbabit telah dibawa oleh keluarganya untuk membuat laporan polis serta pemeriksaan perubatan.

Menurut ahli keluarga mangsa, pihak polis juga telah bertindak atas aduan terbabit dan mendapati bahawa terdapat 7 orang pelajar telah menyentuh mangsa serta melakukan kekasaran.

Pembuli dikatakan pengawas sekolah dan pelajar yang berjawatan

Salah seorang daripada mereka adalah pengawas sekolah dan selebihnya dikatakan memiliki jawatan di sekolah terbabit. Kesemua mereka didakwa telah digantung sekolah serta merta.

7 Lawan 1, Seorang Pelajar Sekolah Di Kuching Dibuli Dan Ditumbuk Beramai-Ramai
Sumber: Twitter

Buli di sekolah mesti dihentikan

Alahai. Sekarang dah zaman 2022. Buli membuli ini adalah satu amalan lapuk dan tidak cool. Amalan ini sepatutnya tidak lagi wujud dan perlu dihentikan kerana terdapat lebih banyak cara yang sesuai jika berlaku selisih faham dan sebagainya.

Menerusi laporan akhbar bertarikh 16 Mei 2022, Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Radzi Jidin menegaskan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba untuk menyembunyikan kes buli, apatah lagi menutup kes.

7 Lawan 1, Seorang Pelajar Sekolah Di Kuching Dibuli Dan Ditumbuk Beramai-Ramai
Gambar hiasan

Sekolah adalah medan untuk pelajar berinteraksi dan membina kemahiran untuk menyelesaikan masalah. Sifat empati dan kasihan itu perlu dipupuk bagi melahirkan masyarakat yang penyayang, dan pintar mencari solusi sekiranya berhadapan dengan alam sebenar kelak.

Jangan kerana terlalu mengikut kehendak hati, ranap masa depan. Perjalanan masih panjang, dik.

Lagi kejadian buli yang melibatkan individu dewasa dan sudah berakal:

SUMBER :Twitter
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tergamak Kelar Isteri Lepas Pantang Serta Bayi, Lelaki Larikan Diri Dalam Keadaan Berbogel
Next Article Lapor Polis Kerana MAS Cas Bagasinya Hingga RM560, Lelaki Ini Kena ‘Sound’ Balik Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?