• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Buli Lelaki Gelandangan Guna Mercun, Suspek Bersama Tukang Rakam Diberkas Polis

Oleh
Husna Hazmi
11 Mei 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Suspek bersama rakan sekerjanya yang membantu rakam kedua-duanya diberkas polis.

Buli Lelaki Gelandangan Guna Mercun, Suspek Bersama Tukang Rakam Diberkas Polis. Dilaporkan bahawa, pihak polis mengesahkan telah menerima satu laporan berkenaan satu video tular di media sosial Facebook di mana seorang lelaki tergamak membuli seorang gelandangan dengan menghalakan mercun dan bertindak ingin mencederakan mangsa dengan kayu.

Isi Isi Penting
  • Suspek bersama rakan sekerjanya yang membantu rakam kedua-duanya diberkas polis.
  • Berlaku di belakang tangga bangunan di Bandar Baru Samariang
  • Kes juga disiasat dibawah Seksyen 286 Kanun yang sama
  • Sebelum ini, tular video lelaki membakar mercun ke arah seorang lelaki gelandangan:
Buli Lelaki Gelandangan Guna Mercun, Suspek Bersama Tukang Rakam Diberkas Polis

Berlaku di belakang tangga bangunan di Bandar Baru Samariang

Kejadian yang berlaku di Bandar Baru Samariang itu, berlaku di belakang tangga bangunan dipercayai menjadi tempat di mana mangsa beristirehat.

Suspek berusia 22 tahun bertindak menghala bahan api mercun yang sudak dibakar ke arah mangsa dan cuba menakut-nakutkan mangsa dengan cubaan memukul mangsa. Apa yang lebih menyedihkan adalah perbuatan keji ini dirakam oleh rakan sekerjanya.

Setelah video tersebut tular, satu laporan polis telah dibuat dan kes ini disiasat dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera keatas mangsa dengan menggunakan objek. Jika disabit bersalah, suspek boleh dihukum penjara 3 tahun atau denda.

Buli Lelaki Gelandangan Guna Mercun, Suspek Bersama Tukang Rakam Diberkas Polis
Kredit gambar: Sarawak Edition

Kes juga disiasat dibawah Seksyen 286 Kanun yang sama

Kes juga disiasat dibawah Seksyen 286 Kanun yang sama kerana cuai berkenaan apa-apa bahan Letupan Mercun dan jika disabit bersalah boleh dihukum sehingga 6 bulan atau denda.

Kedua dua suspek yang terlibat telah diberkas dan akan direman di Mahkamah Kuching pada 11 Mei 2022 . Saringan air kencing awal ke atas kedua-dua suspek adalah negatif. Kedua-dua suspek akan dituduh di Mahkamah sebaik sahaja mendapat arahan lanjut dari Pejabat Peguam Negara.

Dalam masa yang sama, pihak Polis menasihatkan orang awam agar tidak bertindak melampaui batas yang boleh mengakibatkan kemudaratan kepada orang awam yang lain.

Sebelum ini, tular video lelaki membakar mercun ke arah seorang lelaki gelandangan:

SUMBER :Sarawak Edition
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terlalu Banyak Retimed Ketika Hari Raya, Air Asia Tampil Mohon Maaf
Next Article Letupan Di Kilang Samalaju Bintulu, 2 Pekerja Maut Semasa Menjalankan Kerja Sambungan Paip Letupan Di Kilang Samalaju Bintulu, 2 Pekerja Maut Semasa Menjalankan Kerja Sambungan Paip

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?