• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

7 Port Hiking Di Sekitar Kuching Yang Anda Perlu Cuba

Oleh
ILB - AI
28 Jun 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Pernah sik terfikir kat sine mok pegi hiking pada hujung minggu tapi entah mok pegi ke sine?

7 Port Hiking Di Sekitar Kuching Yang Anda Perlu Cuba! Haa… Mun agik bercari, sitok kamekorang tolong suggestkan 7 destinasi hiking kat sekitar Kuching yang boleh dicuba!

Gunung Santubong

Puteri Santubong, Puteri Sejinjang, Penjaga Gunung Negeri Sarawak~

Bagi mereka yang suka mencabarkan diri, Gunung Santubong adalah destinasi yang berpatutan! Terletak 45 minit dari Bandaraya Kuching, peminat hiking perlu mengikut trail ke Puncak Gunung Santubong yang disediakan dan berjalan dalam kumpulan bagi mengelak kesesatan.

7 Port Hiking Di Sekitar Kuching Yang Anda Perlu Cuba
Gunung Santubong

Gunung Serapi

Dari jauh kita boleh tengok antena radio transmission centre di puncak Gunung Serapi. Tapi selain daripada itu, Gunung Serapi merupakan salah satu destinasi hiking di Kuching!

Dalam lingkungan 30 minit dari Kuching, Gunung Serapi terletak di Taman Negara Kubah. Hiking boleh bermula antara dari Taman Negara Kubah atau menggunakan trail jalan raya yang menghala terus ke Puncak Gunung Serapi.

Terdapat 7 jenis trail yang boleh didaki, dimana durasi yang paling lama adalah trail ke Puncak Gunung Serapi yang mengambil masa 3 jam 30 minit.

Gunung Serapi
Salah Satu Trail Yang Ada Di Gunung Serapi

Gunung Singai

Gunung Singai juga terletak dalam lingkungan 30 minit dari Bandaraya Kuching. Bagi mereka yang masih baru dalam bidang hiking ni, Gunung Singai sangat ngam sebab ia tidak mencabar sangat berbanding dengan gunung-gunung lain. Great for first time hikers!

Permandangan dari atas Gunung Singai juga amat menyejukkan hati kerana anda akan dapat melihat keindahan flora dan fauna yang terletak di sekeliling gunung tersebut.

7 Destinasi Hiking Di Sekitar Kuching Yang Anda Perlu Cuba
Main-main Lah Angle Ni, Rupa Macam Volcano Pula
Laluan Trail Gunung Singai
7 Destinasi Hiking Di Sekitar Kuching Yang Anda Perlu Cuba
A View Worth The Climb

Gunung Jagoi | Bung Jagoi

Bung Jagoi terletak berhampiran dengan Serikin yang merupakan destinasi popular untuk membeli belah kerana lokasinya yang terletak bersebelahan dengan Indonesia.

Menurut sejarah, Puncak Bung Jagoi dahulunya dihuni oleh Bidayuh Jagoi. Kini, Bidayuh Jagoi sudah berpindah ke sekitar kaki gunung kawasan tersebut yang diberi nama Kampung Jagoi.

Bung Jagoi juga kini mempunyai Heritage Center untuk memelihara sejarah Bidayuh Jagoi yang unik.

Jika anda hendak hiking di Bung Jagoi, jangan risau dengan trail yang sukar kerana mereka mempunyai anak tangga untuk anda memanjat dengan selesa!

Anak Tangga Yang Disediakan Dalam Trail Bung Jagoi
Permandangan Bung Jagoi Yang Menakjubkan. Kredit: BiJagoiHeritage

Bukit Gondol

Bukit Gondol terletak 90 minit dari Kuching berhampiran dengan Pantai Pugu. Walaupun ianya hanya bukit dan kurang mencabarkan berbanding dengan destinasi hiking lain, anda akan secara tidak langsung warm up sebelum mendaki bukit ini sebab anda perlu berjalan di pantai sepanjang beberapa kilometer sebelum tiba di kaki bukit gondol.

Permandangan di Bukit Gondol ini menghala ke arah Laut China Selatan dan amat sesuai untuk dijadikan lokasi melihat Milky Way ketika malam hari.

Permandangan Di Atas Bukit Gondol
Permandangan Milky Way Pada Waktu Malam Di Atas Bukit Gondol! Kredit: Sim Ah O

Baca travelog kami di sini : Travelog Ke Bukit Gondol, Tempat Mendaki Terbaru Di Lundu

Kampung Sting, Bengoh

Kampung Sting terletak di Empangan Bengoh yang pernah mempunyai kontroversi tidak lama dahulu.

Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana untuk hiking ke Kampung Sting ini, kami sarankan anda untuk membaca artikel ini : ‘Hard Rock Hikers’ group to Kampung Sting Bengoh Kuching

7 Destinasi Hiking Di Sekitar Kuching Yang Anda Perlu Cuba
Permandangan Kampung Sting, Bengoh

Taman Negara Bako

Taman Negara Bako merupakan taman negara yang paling tertua di Sarawak. Terdapat lebih kurang 16 rangkaian jalan bertanda yang membolehkan pengunjung mengakses.

Bako terletak 45 min ke 60 minit dari Kuching dan memerlukan pengunjung untuk menggunakan speed boat dari Kampung Bako ke Bako National Park (ini akan mengambil masa 30 minit).

Ia sering dikunjungi sebagai day-trip, tetapi penginapan perkhidmatan perkhemahan juga disediakan untuk mereka yang teringin untuk bermalam di Bako National Park.

7 Destinasi Hiking Di Sekitar Kuching Yang Anda Perlu Cuba
Salah Satu Trail Utama Bako. Kredit: TravelOutlandish.com
7 Destinasi Hiking Di Sekitar Kuching Yang Anda Perlu Cuba
Wildlife di Bako Berkeliaran Secara Bebas. Can See, But Don’t Touch!
7 Destinasi Hiking Di Sekitar Kuching Yang Anda Perlu Cuba
Antara Permandangan Yang Boleh Dinikmati Di Taman Negara Bako

Boleh Menikmati Tapi…

Ingat, kita pergi untuk menikmati permandangan yang menakjubkan jadi jaga lah kebersihan semasa hiking. Leave only with memories, aok?

Pernah sik kitakorang hiking kat destinasi-destinasi sitok? Atau ada lagi hidden gem untuk penggemar hiking boleh cuba test try? Komen tempat hiking favourite anda dan jangan lupa share!

Nak Bercuti? Jom baca lebih lanjut :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Niat Nak Memancing Ikan Tapi Kaki Pancing Ini Dapat Buaya 50Kg Pula Di Miri
Next Article Akaun Rasmi Olimpik Buat Ciapan Khas Untuk Pandelela Raih Gangsa Di Kejohanan Dunia 2022

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?