• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Akaun Rasmi Olimpik Buat Ciapan Khas Untuk Pandelela Raih Gangsa Di Kejohanan Dunia 2022

Oleh
Ismail NA
28 Jun 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Tahniah Datuk Pandelela Rinong!

Akaun Rasmi Olimpik Buat Ciapan Khas Untuk Pandelela Raih Gangsa Di Kejohanan Dunia 2022. Awal pagi tadi, Datuk Pandelela mengekalkan reputasinya selaku penerjun terbaik dunia apabila berjaya merangkul pingat gangsa dalam acara ‘signature’ nya iaitu terjun 10 meter platform individu di Kejohanan Dunia FINA 2022 yang diadakan di Budapest, Hungary.

Isi Isi Penting
  • Tahniah Datuk Pandelela Rinong!
  • Olimpik buat ‘appreciation post’ untuk Pandelela
  • Semangat kesukanan Pandelela
  • Kenali lebih lanjut Datuk Pandelela dan suara lantangnya dalam menjaga hak atlet wanita daripada gangguan seksual:

Aksi seawal jam 1 pagi itu menyaksikan Pandelela mengiringi penerjun hebat dari China, Chen Yuxi yang berada di tempat pertama dan Quan Hongchan, di tempat kedua.

Akaun Rasmi Olimpik Buat Ciapan Khas Untuk Pandelela Raih Gangsa Di Kejohanan Dunia 2022
Akaun Rasmi Olimpik Buat Ciapan Khas Untuk Pandelela Raih Gangsa Di Kejohanan Dunia 2022. Sumber foto: FB Majlis Sukan Negara

Olimpik buat ‘appreciation post’ untuk Pandelela

Dalam keterujaan ini, akaun Twitter rasmi Olimpik juga membuat ciapan khas untuk Pandelela. Ciapan pertamanya adalah sebuah hantaran apresiasi untuk Pandelela yang mengacah pengikutnya dengan pertanyaan seperti berikut;

Dapatkah Pandelela Rinong menambah koleksi medalnya dalam acara 10 meter platform individu akhir di #FINABudapest2022?”

Twitter @Olympics

Pandelela Rinong appreciation post. 🇲🇾

Can she add another medal to her collection in the #FINABudapest2022 women’s 10m platform final? pic.twitter.com/qsjboLJyu1

— The Olympic Games (@Olympics) June 27, 2022

Setelah tamat acara tersebut di mana Pandelela berjaya di kedudukan podium, akaun rasmi tersebut mengemaskini balasan ciapan apresiasi tersebut dengan mengiyakan kenyataan bahawa Pandelela mampu untuk menambah koleksi medal peribadinya dalam acara tersebut di samping penerjun dari China.

She sure can! China take the top two spots on the podium, and @olympicmas get their first medal of #FINABudapest2022!

🥇 Chen Yuxi 🇨🇳
🥈 Quan Hongchan 🇨🇳
🥉 @Pandelela_R 🇲🇾 https://t.co/kbpPoJDejM

— The Olympic Games (@Olympics) June 27, 2022

Kejayaan ini sekaligus memperbaiki kedudukannya semasa peringkat separuh akhir yang berada di tangga ketujuh.

Di peringkat akhir ini, Pandelela berjaya meraih mata 338.85 di belakang penerjun China, Chen Yuxi (417.25) dan Quan Hongchan (416.95).

Akaun Rasmi Olimpik Buat Ciapan Khas Untuk Pandelela Raih Gangsa Di Kejohanan Dunia 2022
Sumber: IG @pandelela

Semangat kesukanan Pandelela

Dalam hantaran Pandelela di laman Instagram nya pula, atlet yang berasal dari Kampung Jugan, Bau, Sarawak ini memberitahu bahawa paparan markah setelah pusingan terakhir adalah gambar pertama yang diambilnya sebaik sahaja tamat acara tersebut.

Malah, beliau turut memuji dan kagum dengan atlet dari China setiap kali mereka melakukan terjunan.

Sumber: IG @pandelela

Pandelela yang kini berusia 29 tahun merupakan atlet paling senior dalam acara 10 meter platform individu wanita di Budapest ini.

Pada edisi 2021 yang lalu, Pandelela berjaya meraih pingat emas dalam acara yang sama manakala pada tahun 2019, beliau menamatkan saingan di tangga kelima dan berjaya membawa pulang pingat perak dalam acara 10 meter platform seirama, bergandingan bersama Leong Mun Yee.

Tahniah dan syabas diucapkan buat Datuk Pandelela Rinong!

Kenali lebih lanjut Datuk Pandelela dan suara lantangnya dalam menjaga hak atlet wanita daripada gangguan seksual:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 7 Port Hiking Di Sekitar Kuching Yang Anda Perlu Cuba
Next Article Ternampak Buaya Di SK Tanjung Pisang Di Kota Samarahan, SFC Menasihatkan Untuk Berhati-Hati Kelibat Buaya Dikesan Di Sekolah Rendah Simunjan, SFC Nasihatkan Orang Awam Berwaspada

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?