Tiba-tiba ngidam makanan laut?
Ini Adalah 8 Port Syurga Makanan Laut Buat Pencinta Seafood Sekitar Kuching. Antara jenis makanan yang terkenal di Kuching adalah makanan laut.
Di Kuching, terdapat beberapa kedai makanan laut yang menawarkan pelbagai jenis hidangan laut dengan harga yang berpatutan, terutama buat pelancong dari Semenanjung Malaysia dan juga pelancong asing. Yang penting, sedap!

1. Topspot Seafood Centre
Topspot adalah antara tempat yang paling popular di Kuching, all thanks to lokasinya yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuching.
Terletak di tingkat atas sekali UTC Kuching, konsep Topspot adalah seperti food court, dimana terdapat banyak gerai dan juga meja disusun di satu kawasan yang besar. Anda boleh menikmati makanan anda di salah satu restoran pilihan anda di sini. Dicadangkan untuk menempah meja terlebih dahulu kerana tempat ini sentiasa penuh. Kedai yang agak terkenal di sini adalah Kedai No 25 Bukit Mata dan ABC Seafood.
Kami cadangkan anda untuk mencuba ayam pansuh, midin tumis belacan atau tumis bawang putih, hidangan ketam, ikan masak stim atau tiga rasa, dan air tebu special (dicampur dengan limau dan asamboy). Uh, padu!

2. Rock Road Seafood
Kalau anda ada bajet lebih, boleh lah singgah ke restoran ini. Terletak di Jalan Rock Road, restoran seafood ini adalah antara pilihan paling top di Kuching untuk majlis keramaian dan acara melibatkan VIP. Rasanya pula, memang sepadan dengan harga. Lebih-lebih lagi hidangan udang, ketam dan kerang masak stir fried variasi sos – sos labu, sos satay, sos krim mentega ala-ala Thai.
Cadangan kami, cuba apa-apa jenis makanan laut masak sos Hainan. Dimakan bersama bun man tou panas-panas, uih mantap seh!


3. Bangkok Thai
Di sinilah rasa Thailand bertemu dengan kekayaan laut Sarawak. Bangkok Thai menawarkan hidangan seperti tom yum seafood yang pedas dan menyegarkan, udang masak pedas, dan ikan stim limau yang pasti membangkitkan selera. Terletak di Jalan Padungan, restoran ini juga menawarkan suasana yang santai lengkap dengan pendingin hawa dan harga yang berpatutan, membuatnya menjadi tempat yang sempurna untuk makan malam bersama keluarga atau rakan-rakan. Bukan itu sahaja, anda juga akan dihidangkan dengan minuman teh herba free flow serta layanan kelas A daripada pelayannya.
Istimewanya, hidangan di sini dimasak dengan resepi asli Thailand, jadi memang legit sedap!

4. See Good Food Centre
Kalau minat makan steamboat dekat D11, memang tahulah lokasi restoran ni dekat mana. Memang betul-betul bersebelahan saja. Apa yang bestnya kat sini adalah suasana kedainya yang sangat bersih. Bukan itu sahaja, pelayannya juga sangat mesra dan servis hidangannya pantas. Kalau datang ke sini, kami cadangkan anda untuk mencuba midin belacan, udang masak garam, dan ikan siakap asam pedas.

5. Suria Kitchen, Telaga Air
Kalau nak makan seafood untuk makan tengah hari, inilah lokasi yang tepat. Percaya atau tidak, di sini anda boleh menikmati hidangan udang galah dengan harga RM 35 sahaja. Bukan itu sahaja, hidangan makanan laut yang lain seperti 6 ekor ketam, anda boleh dapatkannya dengan harga serendah RM 30. Memang tak masuk akal. Hidangan seafood masak lemaknya juga adalah menu yang kami cadangkan untuk anda cuba. Nasi campur biasa pun ada dari Isnin hingga Jumaat, RM 10.50 boleh ambil apa saja (tak termasuk udang galah). Phew!


Selain Suria Kitchen, anda juga boleh menikmati hidangan makanan laut di kebanyakan kedai di sini kerana ianya berkonsepkan food court. Sekiranya anda ingin berkunjung ke Telaga Air untuk makan tengah hari, pastikan anda tiba di Telaga Air sebelum pukul 11 pagi, jika tidak kebanyakan gerai di food court mereka akan sold out.
6. Kampung Buntal
Terletak di antara bandaraya Kuching dan Santubong dan mengambil masa 30 minit untuk datang ke sini, Kampung Buntal mempunyai beberapa restoran makanan laut yang terkenal seperti:
3.1 Lim Hock Ann Seafood
Pelayan di restoran ini akan mencadangkan makanan yang terbaik disebalik menggunakan menu.

3.2 Buntal 88 Seafood Centre
Sekiranya anda datang ke sini, anda dicadangkan untuk membawa penghalau serangga sendiri kerana restoran ini dikatakan banyak nyamuk di sekitarnya. Walau bagaimanapun, makanan laut yang dihidangkan akan memuaskan anda.

3.3 Ah Soh Buntal Seafood
Selain makanan laut dan sayur segar yang dihidangkan, mereka juga menghidangkan makanan unik seperti fried durian flowers!

7. Asam Pedas Hauz, Metrocity
Satu keunikan tentang restoran ini adalah makanan laut akan dihidangkan atas meja tanpa pinggan (sebaliknya, di atas kertas/plastik) jadi anda akan perlu makan menggunakan tangan tanpa penggunaan utensil seperti sudu garfu. It will get messy tetapi anda akan menikmati makanan laut sehingga menjilat jari!

8. Hana Cafe Shellout
Konsep yang hampir sama dengan Shell Hauz, makanan akan dihidangkan atas kertas/plastik disebalik menggunakan pinggan jadi anda akan perlu makan menggunakan tangan anda. Dikatakan antara ‘shellout’ terbaik di Kuching, restoran ini harus jadi salah satu kunjungan.

9. Muara Tebas Seafood
Perjalanan ke Muara Tebas mengambil masa sekitar 30 minit – 45 minit. Perjalanan yang agak jauh tetapi anda akan rasa diganjarakan dengan menikmati pemandangan yang indah sambil anda bersantai makan makanan laut anda di sini.

Seafood heaven
Dimana lagi port makanan laut anda suka kunjung? Cuba kongsi kat ruang komen dan jangan lupa share artikel ini!
