I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Abang Iskandar, Anak Sarawak Pertama Sandang Jawatan Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Abang Iskandar, Anak Sarawak Pertama Sandang Jawatan Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia

Oleh Aina Syafiqah Musa 16 Januari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Abang Iskandar, Anak Sarawak Pertama Sandang Jawatan Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia

Hakim pertama dari Malaysia Timur menduduki jawatan itu

Abang Iskandar, Anak Sarawak Pertama Sandang Jawatan Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia. Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim dijangka dilantik sebagai presiden Mahkamah Rayuan, menjadikannya hakim pertama dari Malaysia Timur menduduki jawatan itu, kata sumber.

Sumber juga berkata, Hakim Mahkamah Persekutuan Zabidin Diah akan dilantik sebagai Hakim Besar Malaya.

Abang Iskandar, Anak Sarawak Pertama Sandang Jawatan Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia. Sumber: Free Malaysia Today

Abang Iskandar, 63, dan Zabidin, 65, mula melaksanakan tugas dan tanggungjawab bagi dua jawatan itu sejak November lalu.

Jawatan presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya masing-masing merupakan kedua dan ketiga dalam susun atur jawatan badan kehakiman.

Hakim Mahkamah Persekutuan Abdul Rahman Sebli, 63, akan mengambil alih jawatan Hakim Besar Sabah dan Sarawak daripada Abang Iskandar, kata sumber itu.

Bakal angkat sumpah esok pagi dihadapan YDP Agong

Mereka dijangka menerima surat cara pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Sultan Ahmad Shah, esok pagi sebelum mengangkat sumpah dan taat setia di Istana Kehakiman, pada tengah hari.

Pada masa sama, Hakim Mahkamah Rayuan Nordin Hassan, akan diangkat sebagai hakim Mahkamah Persekutuan.

Hakim Mahkamah Tinggi Azman Abdullah, Azimah Omar, Collin Lawrence Sequerah, Zaini Mazlan, Wong Kian Keong dan Lim Chong Fong juga dinaikkan jawatan sebagai hakim Mahkamah Rayuan.

Sequerah merupakan hakim perbicaraan melibatkan bekas perdana menteri, Najib Razak, dalam kes rasuah 1MDB RM2.3 bilion. Beliau juga hakim perbicaraan melibatkan kes rasuah, pecah amanah jenayah dan penggubahan wang, membabitkan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Zaini pula hakim perbicaraan bagi kes Najib mengenai pindaan laporan audit yang sedang berjalan. Beliau juga merupakan hakim perbicaraan yang mendapati Rosmah Mansor bersalah dalam kes rasuah projek solar sekolah pedalaman Sarawak bernilai RM1.25 bilion. Beliau mendapati Rosmah bersalah terhadap pertuduhan, pada September tahun lalu.

Selain itu, 11 pesuruhjaya kehakiman akan disahkan sebagai hakim Mahkamah Tinggi, manakala lima daripada Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan akan dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman.

Baca artikel terkini di sini:

Penderma Budiman Di Sabah, Mendiang Cospermas Gugkang Derma Kornea Kepada Insan Memerlukan
Beli 1 Percuma 1, D’Laksa Aeon Mall Kuching Buat Promosi Hebat 3 Hari Berturut-Turut
SUMBER : FMT
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Beli 1 Percuma 1, D’Laksa Aeon Mall Kuching Buat Promosi Hebat 3 Hari Berturut-Turut
Next Article Abang Jo Yakin Jadikan Ekonomi Sarawak Berasaskan Hidrogen Abang Jo Yakin Jadikan Ekonomi Sarawak Berasaskan Hidrogen

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?