I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Abang Jo Yakin Jadikan Ekonomi Sarawak Berasaskan Hidrogen
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Abang Jo Yakin Jadikan Ekonomi Sarawak Berasaskan Hidrogen

Oleh Aina Syafiqah Musa 16 Januari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Abang Jo Yakin Jadikan Ekonomi Sarawak Berasaskan Hidrogen

Jangka sumber tenaga hijau di Sarawak berkembang

Abang Jo Yakin Jadikan Ekonomi Sarawak Berasaskan Hidrogen. Hasrat Sarawak untuk membangunkan ekonomi berasaskan hidrogen diyakini dapat dicapai berikutan permintaan terhadap sumber tenaga hijau itu dijangka berkembang dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Abang Jo Yakin Jadikan Ekonomi Sarawak Berasaskan Hidrogen
Abang Jo Yakin Jadikan Ekonomi Sarawak Berasaskan Hidrogen. Sumber: Berita Harian

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, berkata Sarawak memiliki sumber tenaga boleh diperbaharui yang banyak menerusi empat empangan hidro yang akan dimanfaatkan untuk penghasilan hidrogen.

Kosnya lebih murah 10 tahun akan datang

Menurutnya, matlamat Sarawak untuk membangunkan teknologi hidrogen dijangka lebih mudah apabila kos penghasilannya berkurangan apabila pengeluaran besar-besaran dilaksanakan dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

“Ketika ini kos untuk menghasilkan hidrogen agak mahal tetapi ada kemungkinan ia akan berkurangan dengan pengeluaran besar-besaran.

Abang Jo Yakin Jadikan Ekonomi Sarawak Berasaskan Hidrogen

“Dahulu kita menghadapi situasi sama apabila penghasilan komputer memerlukan kos yang sangat mahal, namun keadaan jauh berubah ketika ini dan inilah yang akan berlaku dalam penghasilan hidrogen yang akan memacu ekonomi Sarawak pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Kereta Toyota Mirai oleh UMW Toyota Motor kepada SEDC Energy di Menara Pelita, Petra Jaya, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Seri Huang Tiong Sii; Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Tan Sri Abdul Aziz Hussain; Pengerusi Kumpulan UMW Holdings Berhad, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dan Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Takashi Obata.

Sudah pun di peringkat penyelidikan

Abang Johari berkata, saintis kini sedang menjalankan penyelidikan pengeluaran hidrogen hijau secara besar-besaran daripada kemudahan elektroliser berkuasa hidro.

“Dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang sedang dilakukan sekarang, proses elektroliser boleh menjadi lebih murah.

“Ini bermakna, elektrolisis pada masa hadapan akan lebih murah dan teknologi untuk sistem akan berubah,” katanya.

Justeru katanya, dengan R&D berterusan dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, beliau percaya kos elektroliser akan turun sekali gus kunci untuk penghasilan hidrogen yang akan memacu ekonomi Sarawak pada masa depan.

Baca lagi artikel terkini:

Abang Iskandar, Anak Sarawak Pertama Sandang Jawatan Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia
Beli 1 Percuma 1, D’Laksa Aeon Mall Kuching Buat Promosi Hebat 3 Hari Berturut-Turut
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Abang Iskandar, Anak Sarawak Pertama Sandang Jawatan Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia Abang Iskandar, Anak Sarawak Pertama Sandang Jawatan Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia
Next Article Dalang Disebalik Projek Jabatan Air Sabah Terbengkalai, Timbalan Pengarah Dedah Menteri TerlibatDalang Disebalik Projek Jabatan Air Sabah Terbengkalai, Timbalan Pengarah Dedah Menteri Terlibat Dalang Disebalik Projek Jabatan Air Sabah Terbengkalai, Timbalan Pengarah Dedah Menteri Terlibat

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?