• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Abang Jo: Bandar Sibu Akan Dibangunkan Semula Seperti Belanda

Oleh
ILB - AI
8 Ogos 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Abang Jo Bandar Sibu Akan Dibangunkan Semula Seperti Belanda

Memerlukan kos berbilion untuk dibangunkan semula

Abang Jo: Bandar Sibu Akan Dibangunkan Semula Seperti Belanda. Kerajaan Sarawak akan membangunkan semula bandar Sibu menjadi bandar moden walaupun ia melibatkan kos berbilion ringgit.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dana projek melibatkan seluruh bandar Sibu itu akan ditanggung oleh kerajaan, sektor awam dan sektor swasta.

Abang Jo: Bandar Sibu Akan Dibangunkan Semula Seperti Belanda
Abang Jo: Bandar Sibu Akan Dibangunkan Semula Seperti Belanda. Kredit: Borneo Network

“Dananya adalah di antara kerajaan, sektor awam dan sektor swasta untuk membangunkan seluruh bandar Sibu.

“Jangan alang-alang, kalau (kos) berbilion, kita akan usahakan. Ini yang akan saya lakukan kepada Sibu.

“Pelaksanaan pembangunan ini akan dilakukan hingga 2035. Sibu akan kita bangunkan menjadi bandar termoden dan bermakna pelbagai aktiviti akan berlaku di Sibu ini,” ujarnya dilapor Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Abang Johari berkata, pembangunan semula Sibu ini akan menggunakan pengalaman dan kepakaran daripada negara lain.

“Kita cari kepakaran dan ambil pandangan dari negara lain yang telah mewujudkan bandar seperti Belanda, Belgium, Singapura.

“Ini kerana kita tidak boleh hanya menggunakan kepakaran yang kita ada semata-mata. Pandangan dari negara lain yang mempunyai ciri-ciri sama diperlukan,” tambahnya.

Abang Jo: Bandar Sibu Akan Dibangunkan Semula Seperti Belanda

“Apa yang berlaku di Sibu, Kapit akan menyokong Sibu, Sibu juga akan menyokong Kapit dan Sarikei,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya Datuk Anuar menjelaskan pembangunan Bandar Sibu dapat dilaksanakan menerusi impak positif daripada projek Lebuh Raya Pan Borneo, pembangunan semula Bukit Assek selain pembangunan semula Kampung Dato dan Kampung Hilir.

Abang Jo: Bandar Sibu Akan Dibangunkan Semula Seperti Belanda

“Faktor-faktor ini akan mengubah landskap pembangunan Sibu yang akan menjadikan Sibu sebagai bandar termoden di bahagian tengah.

“Harapan masyarakat di Sibu amat tinggi dan adalah perlu untuk masyarakat Sibu sendiri bersama-sama kerajaan memastikan pembangunan ini dapat diteruskan dengan lebih cepat dan lancar,” ujarnya.

Baca lagi artikel menarik:

Bukan Sekadar Angan-angan, Abang Jo Serius Impikan Pembangunan Sibu Seperti Amsterdam
Sibu Mungkin Menjadi Amsterdam Dengan Terusan – Abang Jo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hanya Dapat Bertahan 2 Minggu, Pasangan Bekas Mak Nyah Dan Pengkid Cerai Hanya Dapat Bertahan 2 Minggu, Pasangan Bekas Mak Nyah Dan Pengkid Cerai
Next Article Aplikasi MyJPJ Bakal Tambah Ciri Pembayaran Untuk Mudahkan Pembaharuan Lesen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?