• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sibu Mungkin Menjadi Amsterdam Dengan Terusan – Abang Jo

Oleh
ILB - AI
2 Julai 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Sibu Mungkin Menjadi Amsterdam Dengan Terusan

Perkara tersebut dinyatakan oleh Premier Sarawak semasa pelancaran Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim di Sibujaya, semalam.

Sibu mungkin menjadi Amsterdam dengan terusan sekiranya pendekatan baru untuk mengatasi banjir di Sibu dilaksanakan, ujar Premier Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari Tun Openg semalam berkata, sebahagian kawasan yang kerap dilanda banjir di sekitar Sibu seperti Bukit Assek memberi peluang untuk pendekatan baru diambil untuk menyelesaikan masalah banjir tersebut.

” Kalaulah Sibu macam Amsterdam dengan canal nya, maka banyak pelancong yang akan datang ke Sibu. Mungkin Tan Sri Azman pun boleh bercerita dengan orang lain dan mengajak mereka untuk datang ke Sibu ”

Premier Sarawak

Premier Sarawak yang datang untuk merasmikan Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim dan Sukan Olimpik Khas Sarawak semalam turut memberi khabar baik buat penduduk Sibu dengan menyatakan pelan pembangunan untuk menaiktaraf Jalan Kong Yit Khim sebagai jalan raya berkembar dan memudahkan perjalanan dari Lapangan Terbang Sibu ke pusat bandar.

Beliau turut menyatakan keyakinan beliau terhadap bandar satelit Sibujaya untuk menjadi daya penarik untuk pelabur datang ke kawasan tersebut.

Dalam ucapan beliau semalam, Premier Sarawak turut memberi pujian dan ucapan terima kasih kepada Menteri Kebajikan, Wanita dan Masyarakat Sarawak, Datuk Fatimah Abdullah atas usaha untuk mengembangkan sukan untuk golongan istimewa di Sarawak.

Hadir bersama ketika majlis tersebut adalah isterinya Puan Sri Datin Patinggi Juma’ani Bujang, Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah, Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Dato Sri Tiong King Sing dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Amcorp Berhad Tan Sri Azman Hashim.

Baca juga artikel lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Sebab Mengapa Kenderaan Asing Tidak Boleh Mengisi Petrol RON95 Di Malaysia
Next Article Menyediakan Pelbagai Hidangan Western Grill, Tempat Makan Toko Daging Di Satok Ini Digemari Ramai! Menyediakan Pelbagai Hidangan Western Grill, Tempat Makan Toko Daging Di Satok Ini Digemari Ramai!

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?