• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Abang Jo: Rajang Mungkin Akan Jadi Seperti Arab Dengan Penemuan Sumber Ekonomi Baru

Oleh
Aina Musa
20 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Abang Jo Rajang Mungkin Akan Jadi Seperti Arab Dengan Penemuan Sumber Ekonomi Baru

Abang Jo yakin mampu majukan Rajang

Abang Jo: Rajang Mungkin Akan Jadi Seperti Arab Dengan Penemuan Sumber Ekonomi Baru. Daro bakal menjadi satu kawasan ekonomi baharu, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut Abang Johari, satu perancangan sedang diusahakan bagi membangunkan Daro yang seterusnya akan memberikan sumber pendapatan kepada negeri.

Namun katanya, perancangan tersebut masih belum dapat diumumkan dalam masa terdekat.

Abang Jo: Rajang Mungkin Akan Jadi Seperti Arab Dengan Penemuan Sumber Ekonomi Baru. Kredit: Dayak daily

“Saya belum mahu umumkan dahulu, kita buat perkiraan. Daro ini menjadi satu kawasan baharu di Rajang, ada yang saya mahu buat tetapi tak boleh beritahu sekarang, tunggulah.

Sumber baru tersebut masih lagi misteri

“Satu sumber kewangan akan datang dari kawasan ini,” katanya di Majlis Perasmian Stesen Minyak Bersepadu Petros di Daro hari ini.

Tambah Abang Johari, beliau bukannya hendak merahsiakan perancangan tersebut tetapi risau akan dituduh berbohong oleh sesetengah pihak.

Jelasnya, perancangan tersebut sedang diusahakan sekarang dan diyakini bakal memberi pendapatkan kepada Sarawak.

“Biar saya urusan dengan betul dahulu, ini akan memberi pendapatan kepada Sarawak kerana ia adalah ekonomi baharu.

“Mungkin kawasan ini boleh menjadi seperti negeri Arab kelak, ia adalah jawapan kepada teka-teki saya berhubung perancangan ini,” jelas Abang Johari.

Baca artikel terkini di sini:

Bukan Sekadar Angan-angan, Abang Jo Serius Impikan Pembangunan Sibu Seperti Amsterdam
Abang Jo Beri ‘Hint’ Lebuh Raya Limbang-Lawas Setaraf Dengan Lebuh Raya Di Cape Town
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Selfish' Halang Laluan Pejalan Kaki, Netizen Bengang Dengan Pemilik Bengkel Di Jalan Satok ‘Selfish’ Halang Laluan Pejalan Kaki, Netizen Bengang Dengan Pemilik Bengkel Di Jalan Satok
Next Article Perabot Rosak Tilam Koyak, Keadaan Asrama Di SMK Mukah Raih Perhatian Netizen Perabot Rosak Tilam Koyak, Keadaan Asrama Di SMK Mukah Raih Perhatian Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?