• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Selfish’ Halang Laluan Pejalan Kaki, Netizen Bengang Dengan Pemilik Bengkel Di Jalan Satok

Oleh
Aina Musa
20 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
'Selfish' Halang Laluan Pejalan Kaki, Netizen Bengang Dengan Pemilik Bengkel Di Jalan Satok

Ni baru selfish!

‘Selfish’ Halang Laluan Pejalan Kaki, Netizen Bengang Dengan Pemilik Bengkel Di Jalan Satok. Pemilik kenderaan di Jalan Satok, Kuching telah menimbulkan kemarahan ramai netizen kerana menghalang laluan pejalan kaki dengan parkir secara sembarangan. Perlakuan ‘egois’ ini telah mengganggu keamanan dan keselamatan para pejalan kaki di kawasan tersebut.

Menurut satu perkongsian di Facebook, terdapat beberapa kenderaan dilihat sengaja ditinggalkan di kawasan yang sepatutnya dikhaskan untuk pejalan kaki. Tindakan ini bukan sahaja menyusahkan para pejalan kaki, malah boleh membahayakan nyawa mereka terutamanya ketika mereka terpaksa berjalan di tengah jalan raya.

'Selfish' Halang Laluan Pejalan Kaki, Netizen Bengang Dengan Pemilik Bengkel Di Jalan Satok
‘Selfish’ Halang Laluan Pejalan Kaki, Netizen Bengang Dengan Pemilik Bengkel Di Jalan Satok. Kredit: Facebook

Menerusi perkongsian itu, kejadian itu dikatakan berlaku di Jalan Satok. Difahamkan, beberapa buah kereta selamba memarkir kenderaan mereka itu di atas laluan yang dikhaskan untuk pejalan kaki.

Ini pula reaksi netizen

Setelah meninjau ke ruangan komen, dilihat rata-rata netizen berang dengan keberadaan deretan kereta di sepanjang laluan pejalan kaki itu.

Tambah netizen, kenderaan itu sebenarnya ‘milik’ bengkel-bengkel yang berdekatan sekitar itu. Paling menyedihkan, situasi ini sudah berlaku sejak sekian lama.

'Selfish' Halang Laluan Pejalan Kaki, Netizen Bengang Dengan Pemilik Bengkel Di Jalan Satok

Bukan itu sahaja, ada juga yang berkongsi situasi sama di kawasan lain. Tambahnya, sikap pentingkan diri itu telah merumitkan mereka untuk mengguna laluan pejalan kaki. Malah, pejalan kaki terpaksa mengalah dan berjalan di jalan raya yang sibuk.

'Selfish' Halang Laluan Pejalan Kaki, Netizen Bengang Dengan Pemilik Bengkel Di Jalan Satok

Baca lagi artikel terkini:

Harga Pada Label Dan Masa Pembayaran Berbeza, Netizen Gesa Pasar Raya Di Miri Ini Diambil Tindakan
Ingat Lagi Video Ikonik Telatah Budak ‘Kamek Haus Bah’, Ini Rupa Beliau Sekarang
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Harga Pada Label Dan Masa Pembayaran Berbeza, Netizen Gesa Pasar Raya Di Miri Ini Diambil Tindakan Harga Pada Label Dan Masa Pembayaran Berbeza, Netizen Gesa Pasar Raya Di Miri Ini Diambil Tindakan
Next Article Abang Jo Rajang Mungkin Akan Jadi Seperti Arab Dengan Penemuan Sumber Ekonomi Baru Abang Jo: Rajang Mungkin Akan Jadi Seperti Arab Dengan Penemuan Sumber Ekonomi Baru

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?