• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Abang Jo Rancang Pembinaan ART Di Bintulu Dilaksanakan Bermula 2025 Ini

Oleh
Aina Musa
11 Januari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Abang Jo Rancang Pembinaan ART Di Bintulu Dilaksanakan Bermula 2025 Ini

Dirancang bakal dibina bermula 2025 ini – Abang Jo

Abang Jo Rancang Pembinaan ART Di Bintulu Dilaksanakan Bermula 2025 Ini. Pelaksanaan projek Transit Aliran Autonomi (ART) bakal turut dilaksanakan di Bintulu sekitar tahun 2025 dengan Kerajaan Sarawak kini memutuskan untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan projek tersebut.

Abang Jo Rancang Pembinaan ART Di Bintulu Dilaksanakan Bermula 2025 Ini
Abang Jo Rancang Pembinaan ART Di Bintulu Dilaksanakan Bermula 2025 Ini. Kredit: Dayak Daily

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, sistem pengangkutan itu akan menghubungkan kawasan sekitar Bintulu, Tanjung Kidurong dan juga Samalaju.

ART akan menghubungkan Tanjung Kidurong, Samalaju dan kawasan sekitar Bintulu

“Jambatan Kemena akan siap dibina sekitar tahun 2024 atau 2025, dan ia akan memendekkan perjalanan dari Lapangan Terbang Bintulu ke Bintulu kepada 10 minit.

“Seterusnya, kita hubungkan (kawasan tersebut) dengan ART sampai ke Samalaju dan Kidurong,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Tapak Projek Perumahan di Lot 170, 287 & 290 Buan Land District di Tatau, Bintulu pada Selasa.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari menjelaskan, buat masa ini, lebih kurang 3,000 pekerja sedang berulang-alik ke Tanjong Kidurong.

“Jadi, apabila adanya ART termasuk dengan loji-loji methanol dan hidrogen yang akan kita bangunkan, saya rasa akan terdapat 5,000 hingga 6,000 orang yang akan berulang-alik antara Bintulu dan Kidurong.

“Kajian kebolehlaksanaan kita mulakan, dan saya rasa kita akan mulakan pelaksanaan projek ART pada 2025,” tambahnya.

Kemudahan ini bakal memanfaatkan penduduk sekitar Bintulu

Katanya lagi, pelaksanaan ART di kawasan tersebut adalah lebih senang memandangkan pengetahuan serta pengalaman sudah didapati menerusi pelaksanaan projek yang sama di Kuching.

Dalam perkembangan lain, Premier Sarawak memberitahu, pemerkasaan jaringan jalan raya antara Tatau dengan Bintulu secara langsung akan membangunkan kawasan Tatau terutamanya dari sudut ekonomi.

Katanya, setelah projek Lebuhraya Pan Borneo siap sepenuhnya di kawasan itu, tempoh perjalanan antara kedua-dua lokasi akan dipendekkan lagi.

“Rakyat tempatan boleh bekerja di Bintulu dan tinggal di Tatau. Mereka yang berkebun di Tatau pula boleh berjual di Bintulu.

“Bermakna, dari sudut ekonominya akan berkembang, dan kerana Bintulu begitu sesak, maka Tatau akan menjadi ‘pinggir bandar’ (suburb) Bintulu. Lebih kurang seperti Samarahan dengan Kuching,” ujarnya lagi.

Beliau berkata, ini merupakan perancangan jangka panjang yang mengambil masa antara lima hingga 10 tahun.

Baca lagi artikel berkaitan pembinaan ART:

Pembinaan ART Kuching Dijangka Bermula September Tahun Ini
Selain Kuching, Bintulu Juga Bakal Dibangunkan Pengangkutan Awam ART Dalam Masa 5 Tahun
SUMBER :Dayak Daily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Powerbank Meletup Dalam Penerbangan Ke Singapura, Didapati Akibat 'Overheating' Powerbank Meletup Dalam Penerbangan Ke Singapura, Didapati Akibat ‘Overheating’
Next Article Keluar 'Teaser', Rainforest World Music Festival Kembali Lagi! Bakal Diadakan Bulan Jun Ini Keluar ‘Teaser’, Rainforest World Music Festival Kembali Lagi! Bakal Diadakan Bulan Jun Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?