• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Selain Kuching, Bintulu Juga Bakal Dibangunkan Pengangkutan Awam ART Dalam Masa 5 Tahun

Oleh
Ismail NA
23 Mac 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Pembinaan ART kedua di Sarawak ini diumumkan oleh Premier Sarawak semalam.

Selain Kuching, Bintulu Juga Bakal Dibangunkan Pengangkutan Awam ART Dalam Masa 5 Tahun. Rakyat Bintulu juga bakal menikmati sistem pengangkutan awam aliran transit automasi (ART) seperti mana yang akan dibangunkan di Bandaray Kuching. Perkara tersebut diumumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di hadapan lebih kurang 500 jemputan semasa Majlis Apresiasi Lembaga Kemajuan Bintulu 2022 di Dinner World Bintulu semalam.

Menurut beliau, sistem pengangkutan awam di Sarawak perlu ditambah baik. Apatah lagi, Bintulu merupakan hub perindustrian yang penting di wilayah ini. Sistem pengangkutan ART tersebut dijangka akan dibina dari Bintulu ke Tanjung Kidurong.

Selain Kuching, Bintulu Juga Bakal Dibangunkan Pengangkutan Awam ART Dalam Masa 5 Tahun
Selain Kuching, Bintulu Juga Bakal Dibangunkan Pengangkutan Awam ART Dalam Masa 5 Tahun. Kredit foto: CCRC

Sistem pengangkutan awam di antara bandar Bintulu dengan Tanjung Kidurong hendaklah kita modenkan dengan pembinaan laluan ART untuk memudahkan dan melicinkan pergerakan antara bandar dan pusat industri di Kidurong
Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari, Premier Sarawak

Tambahnya lagi, pembinaan ART ini akan dibina dalam masa 5 tahun dari sekarang. Peruntukan untuk merealisasikan impian ini telah pun diasingkan. Walau bagaimanapun, jumlah peruntukan tidak diperincikan.

Tanjung Kidurong akan menjadi hab pengeluaran bahan petrokimia dari sumber gas asli luar pantai yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak dan bakal menjadi pusat pengeluaran gas hidrogen. Malah, Bintulu juga bakal menjadi pusat pengeluaran gas hidrogen yang pertama di Malaysia dan terkemuka di Asia Tenggara.

Dijangkakan bandar tersebut akan berupaya mengeluarkan anggaran sebanyak 100,000 tan hidrogen serta membolehkan pelabur seperti Samsung dari Korea dan Sumitomo dari Jepun membeli semula hidrogen ini.

Tahun lalu, Johor menjadi negeri pertama di Malaysia yang menguji sistem ART ini di jalan raya sebenar. Baca selanjutnya di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mengaku Bersalah Menyalahgunakan Dadah, Ibu Eric Didenda RM3K Mengaku Bersalah Menyalahgunakan Dadah, Ibu Eric Didenda RM3K
Next Article Mengambil Kesempatan, Pasangan Dari Kuching Ini Dikecam Netizen Kerana Asyik Meminta Bantuan Mengambil Kesempatan, Pasangan Dari Kuching Ini Dikecam Netizen Kerana Asyik Meminta Bantuan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?