• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Abang Jo: Sarawak Cadang Pelet Kayu Sebagai Potensi Sumber Tenaga Boleh Baharu

Oleh
Aina Musa
18 September 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Abang Jo Sarawak Cadang Pelet Kayu Sebagai Potensi Sumber Tenaga Boleh Baharu

Sarawak berpotensi jadi pengeluar pelet biomas

Abang Jo: Sarawak Cadang Pelet Kayu Sebagai Potensi Sumber Tenaga Boleh Baharu. Sarawak mempunyai potensi untuk menjadi pengeluar pelet biomas yang akan menjadi sumber pendapatan baharu kepada kerajaan negeri.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, semasa lawatannya ke sebuah kilang di Norway baru-baru ini, beliau mengetahui bahawa mereka menukar habuk daripada sisa kayu menjadi pelet kayu.

Abang Jo Sarawak Cadang Pelet Kayu Sebagai Potensi Sumber Tenaga Boleh Baharu
Abang Jo: Sarawak Cadang Pelet Kayu Sebagai Potensi Sumber Tenaga Boleh Baharu. Kredit: Utusan Borneo

Di London, katanya, mereka menghasilkan 2,500 megawatt kuasa daripada pelet kayu.

“Ini bermakna apa yang kita boleh lakukan di sini (Sarawak) ialah menanam semula kawasan hutan yang terdegradasi dengan spesies baharu yang cepat membesar, dan itu menjadi bahan mentah untuk menghasilkan pelet untuk kita menjana kuasa sebagai sumber tambahan untuk grid kita.

“Jika tidak, atau ada lebihan pengeluaran, kita boleh menjual pelet kayu itu sebagai barangan eksport. Dalam erti kata lain, kita tidak lagi hanya memotong kayu dan menjualnya.

Abang Jo Sarawak Cadang Pelet Kayu Sebagai Potensi Sumber Tenaga Boleh Baharu

“Sebaliknya, kita menanam pokok, mengambil sisa, dan mengubahnya menjadi tenaga. Sekarang, itu adalah bidang perniagaan baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada sambutan Ulang Tahun ke-63 Persatuan Klan Chiang Hsia Huang Sarawak Tengah di sebuah hotel di sini malam tadi.

Abang Johari menegaskan, dengan menceburi bidang tenaga boleh diperbaharui baharu ini, Sarawak boleh menanam semula hutannya yang terdegradasi dengan pokok yang cepat tumbuh, dan pokok tersebut akan menghasilkan oksigen.

Sehubungan itu, beliau menggesa ahli dalam Persatuan Klan Chiang Hsia Huang Sarawak Tengah supaya beralih kepada ekonomi baharu yang lebih mesra alam.

Beliau berkata, landskap kewangan pada masa kini telah berubah, dan bank di seluruh dunia kini menekankan agenda amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

“Jika perniagaan anda berasaskan tenaga yang mengeluarkan banyak karbon, bank mungkin keberatan untuk menyediakan pembiayaan kerana komuniti perbankan antarabangsa telah bersetuju untuk membiayai projek yang relevan dengan isu semasa perubahan iklim.

Abang Jo Sarawak Cadang Pelet Kayu Sebagai Potensi Sumber Tenaga Boleh Baharu

“Dengan kata lain, kita perlu berubah kepada ekonomi baharu sekarang, dan saya yakin klan Wong (Persatuan Klan Chiang Hsia Huang Sarawak Tengah) boleh menyesuaikan diri. Ini akan memberi manfaat kepada ekonomi kita,” katanya.

Hadir sama Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kuching Xing Weiping, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Michael Tiang, Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman, ADUN Bawang Assan Dato Sri Wong Soon Koh, Residen Sibu Wong Hie Sieng, Temenggong Dato Vincent Lau Lee Ming, Pengerusi Persatuan Klan Chiang Hsia Huang Sarawak Tengah Wong Ing Huong dan lain-lain.

Baca lagi artikel menarik:

Selepas Hidrogen, Sarawak Bersedia Terokai Tenaga Berasaskan Angin Pula
Bekal Tenaga Elektrik Di Kampung, Sarawak Kini Beralih Kepada Penggunaan Tenaga Solar
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Tuah' Guna Nombor Plat Kereta, Suri Rumah Di Sarawak Beruntung Menang Jackpot RM17 Juta ‘Tuah’ Guna Nombor Plat Kereta, Suri Rumah Di Sarawak Beruntung Menang Jackpot RM17 Juta
Next Article ‘Kerabat Diraja Tu Bukan Retis’, Individu Tegur Jangan Buat Sticker Gambar Tengku

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?