• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Selepas Hidrogen, Sarawak Bersedia Terokai Tenaga Berasaskan Angin Pula

Oleh
Aina Musa
30 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Selepas Hidrogen, Sarawak Bersedia Terokai Tenaga Berasaskan Angin Pula

Sejajar dengan agenda tenaga hijau Sarawak

Selepas Hidrogen, Sarawak Bersedia Terokai Tenaga Berasaskan Angin Pula. Sarawak telah bersedia meneroka tenaga berasaskan angin. Perkara ini dimaklumkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg ketika berucap pada Sidang Kemuncak Tenaga Singapura sempena Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura di Marina Bay, Singapura pada Selasa lalu.

Selepas Hidrogen, Sarawak Bersedia Terokai Tenaga Berasaskan Angin Pula
Selepas Hidrogen, Sarawak Bersedia Terokai Tenaga Berasaskan Angin Pula. Sumber: Sarawaknews

Katanya, ini sejajar dengan matlamat memperkasa Agenda Tenaga Hijau Sarawak.

Tenaga angin mampu beri potensi besar kepada Sarawak

“Kita menyaksikan pertumbuhan progresif dalam industri tenaga berasaskan angin bermula dengan inovasi teknikal yang merangkumi kemajuan dan kecanggihan instrumen dan bahan untuk mengubah angin kepada elektrik,” katanya.

Jelas beliau lagi, bagi mencapai matlamat agenda tenaga hijau tersebut, Kerajaan Sarawak kini sedang membangunkan Rangka Tindakan Sarawak Lestari bagi menangani kebimbangan berkaitan pemuliharaan biodiversiti, pengurusan sumber asli, mitigasi perubahan iklim dan penciptaan persekitaran seiring dengan Revolusi Perindustrian Keempat Malaysia.

Selepas Hidrogen, Sarawak Bersedia Terokai Tenaga Berasaskan Angin Pula
Tenaga angin

“Kami telah membangunkan Pelan Induk Bandar Pintar Kuching yang mempertimbangkan mobiliti rendah karbon dan infrastruktur bandar pintar di ibu negeri Sarawak,” katanya.

Sarawak turut dalam perancangan membangunkan bandar pintar

Jelas Abang Zohari lagi, Kerajaan Sarawak turut mempunyai rancangan untuk membangunkan pelan induk bandar pintar yang serupa di kawasan bandar di Sarawak bagi mengimbangi kelestarian alam sekitar dan pembandaran.

Menjelang 2030, Sarawak merancang untuk mencapai tiga sasaran iaitu mengekalkan sekurang-kurangnya 60 peratus campuran kapasiti tenaga boleh diperbaharui, mengurangkan pelepasan karbon dioksida 600,000 tan setahun serta mencapai lebih daripada 15 peratus pendapatan daripada pasaran asing, termasuk meneroka peluang eksport tenaga.

Baca lagi usaha Sarawak dalam memartabatkan tenaga hijau:

Sarawak Kini Menjadi Pembekal Tenaga Terbesar Di Malaysia Dan Kalimantan
Selaras Dasar Ekonomi Hijau, Sarawak Bakal Dirikan Kilang Pemasangan Kereta Hidrogen
SUMBER :sarawak news
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article K-Drama Oppa, Yoo Seung Ho Kini Melakukan Penggambaran Di Sarawak
Next Article Lakukan Kajian Ke Atas Lebah, Saintis Dapati Lebah Boleh Bermain Bola Sepak Lakukan Kajian Ke Atas Lebah, Saintis Dapati Lebah Boleh Bermain Bola Sepak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?