• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Abang Jo: Sarawak Sedia Jadi Tuan Rumah SUKMA 2024

Oleh
Aina Musa
10 Februari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Abang Jo: Sarawak Sedia Jadi Tuan Rumah SUKMA 2024

Sarawak harap diberi peluang jadi tuan rumah SUKMA 2024

Abang Jo: Sarawak Sedia Jadi Tuan Rumah SUKMA 2024. Sarawak bersedia menjadi tuan rumah penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 sekiranya diberikan peluang untuk menggalas tanggungjawab berkenaan.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan perlu memaklumkan perkara itu lebih awal sebagai persediaan negeri ini untuk memperbaiki serta menaik taraf kemudahan dan infrastruktur sukan sedia ada.

Abang Jo: Sarawak Sedia Jadi Tuan Rumah SUKMA 2024
Abang Jo: Sarawak Sedia Jadi Tuan Rumah SUKMA 2024. Kredit: Astro Awani

Sudah pun berbincang bersama Menteri Belia Sukan

“Kita (Sarawak) akan agihkan peruntukan khas untuk pembangunan sukan…saya juga telah mencadangkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh semasa mengadakan pertemuan dengan beliau baru-baru ini agar penganjuran SUKMA berdasarkan penggiliran seperti di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak.

“Kita juga mahu bersama-sama membangunkan sukan negara serta meningkatkan mutu atlet negara. Contohnya kita ada (ratu terjun negara) Datuk Pandelela (Rinong) dan (atlet powerlifting) Bonnie (Bunyau Gustin),” katanya.

Abang Jo: Sarawak Sedia Jadi Tuan Rumah SUKMA 2024

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian insentif atlet SUKMA XX; MSN 2022; Sukan SEA Hanoi 2021; Sukan Para ASEAN 2022 di Solo, Indonesia dan Sukan Komanwel Birmingham 2022, di sini, hari ini.

Mampu melahirkan atlet berkualiti

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti negeri itu, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Abang Johari berkata penganjuran SUKMA seharusnya mempunyai standard dan konsistensi supaya Malaysia mampu melahirkan barisan atlet bertaraf antarabangsa.

“Untuk sukan seluruh negara sepatutnya kita ada satu modul standard…tidak boleh membatalkan mana-mana sukan sesuka hati,” katanya.

Pada majlis itu, insentif wang tunai berjumlah RM755,000 telah diagihkan kepada atlet Sarawak yang berjaya memperolehi pingat dalam temasya sukan tersebut.

Baca lagi artikel terkini:

‘Nang Ceredit’, Celoteh Adik Dari Sarawak Ini Membebel Buat Netizen Geli Hati
‘Wajah Baru’ Kuil Golden Hill Jadi Tarikan Baru Di Bau
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article ‘Nang Ceredit’, Celoteh Adik Dari Sarawak Ini Membebel Buat Netizen Geli Hati
Next Article Siap Guna Pakaian Tradisional, Gadis Kecil Dari Sabah Ajar YB Hannah Yeoh Memanah Buat Netizen Tersentuh Siap Guna Pakaian Tradisional, Gadis Kecil Dari Sabah Ajar YB Hannah Yeoh Memanah Buat Netizen Tersentuh

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?