• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Nang Ceredit’, Celoteh Adik Dari Sarawak Ini Membebel Buat Netizen Geli Hati

Oleh
Husna Hazmi
9 Februari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Video budak lelaki tersebut tular.

‘Nang Ceredit’, Celoteh Adik Dari Sarawak Ini Membebel Buat Netizen Geli Hati. Tular di media sosial baru-baru ini video celoteh seorang budak lelaki dari Sarawak yang membebel khas untuk para-para perempuan di luar sana. Untuk pengetahuan ceredit bermaksud petah bercakap.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah cara percakapan budak lelaki tersebut yang menasihati budak perempuan sekolah di luar sana untuk tidak mencari teman lelaki di usia muda.

'Nang Ceredit', Celoteh Adik Dari Sarawak Ini Membebel Buat Netizen Geli Hati
‘Nang Ceredit’, Celoteh Adik Dari Sarawak Ini Membebel Buat Netizen Geli Hati. Kredit video: Facebook

Celotehnya membebel itu membuat netizen geli hati!

Dalam video tersebut, budak lelaki itu memberi pesanan buat perempuan di luar sana untuk mula mencari teman lelaki selepas SPM.

Dia memberi pesanan buat para perempuan di luar sana, jangan mencari teman lelaki di usia muda.

Katanya lagi, habiskan SPM dahulu, jangan rasa diri terlalu matang, bukannya cukup duit lelaki untuk bagi kau makan. Kalau pakai makan tu cukup, tidak juga mengapa, ni pergi jalan pun pakai Maxim.

Kalau ada kereta sendiri tu tak juga mengapa, risau aku dengan perempuan zaman sekarang ni. Kec kec dah kenj (kecik kecik dah gedik). Geli aku tengok perempuan zaman sekarang. Memang geli.

Tahun satu dah pandai cari teman lelaki. Aku macam ni pun single, aku ni bukan apa, hati-hati kalau tengok lelaki. Korang cari teman lelaki lepas SPM!

'Nang Ceredit', Celoteh Adik Dari Sarawak Ini Membebel Buat Netizen Geli Hati
Kredit video: Facebook
'Nang Ceredit', Celoteh Adik Dari Sarawak Ini Membebel Buat Netizen Geli Hati
Kredit video: Facebook

Netizen geli hati dengan caranya membebel

Di ruangan komen, netizen rata-ratanya berasa geli hati dengan cara budak lelaki tersebut membebel. Mereka berasa terhibur dengan pesanan budak lelaki tersebut yang petah memberi nasihat dengan budak sekolah perempuan di luar sana.

Apapun, yang baik kita ambil, yang buruk kita jadikan sebagai pengajaran. Perkara ini benar tetapi ia bukan sahaja ditujukan kepada budak perempuan sekolah sahaja, budak lelaki sekolah juga perlu menghormati perempuan.

Hanya kerana anda lelaki, ia tidak memberi anda kuasa untuk menilai kesalahan perempuan. Lelaki dari usia muda sepatutnya belajar untuk menghormati perempuan dalam apa cara pun agar dah besar nanti boleh jadi lelaki yang bertanggungjawab.

Lagi cerita menarik untuk anda di sini:

Pentingkan Rasa Dari Rupa, Sekali Netizen 1 Malaysia Sekolahkan Pengasas ‘Kek Lapis JB Style’ Ini
Lelaki Berkaki Ayam Ketuk Tingkap Kereta Di Matang Ini Timbulkan Kerisauan Dikalangan Orang Awam
SUMBER :Facebook
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Wajah Baru' Kuil Golden Hill Jadi Tarikan Baru Di Bau ‘Wajah Baru’ Kuil Golden Hill Jadi Tarikan Baru Di Bau
Next Article Abang Jo: Sarawak Sedia Jadi Tuan Rumah SUKMA 2024 Abang Jo: Sarawak Sedia Jadi Tuan Rumah SUKMA 2024

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?