• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Abang Jo: Sarawak ‘Tawan Hati’ Indonesia Mahu Bina Empangan Hidro Di Nusantara

Oleh
Aina Musa
12 Februari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Abang Jo Sarawak 'Tawan Hati' Indonesia Mahu Bina Empangan Hidro Di Nusantara

Sarawak sedia beri kerjasama dengan Indonesia

Abang Jo: Sarawak ‘Tawan Hati’ Indonesia Mahu Bina Empangan Hidro Di Nusantara. Sarawak mengintai peluang untuk terbabit dalam pembangunan Nusantara, ibu kota baharu Indonesia yang sedang dibangunkan di Kalimantan.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata, ia menerusi pembabitan dalam pembangunan empangan hidro elektrik untuk keperluan pusat pentadbiran baharu Indonesia itu.

“Kita (Sarawak) ada mengemukakan cadangan dan ia sedang dikaji dengan Indonesia untuk membangunkan empangan hidro elektrik di Nusantara.

Abang Jo: Sarawak 'Tawan Hati' Indonesia Mahu Bina Empangan Hidro Di Nusantara
Abang Jo: Sarawak ‘Tawan Hati’ Indonesia Mahu Bina Empangan Hidro Di Nusantara. Kredit: Harian Metro

Intai peluang di Indonesia

“Ini bermakna (kejayaan) Sarawak kini semakin melebar hingga ke negara jiran,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Apresiasi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), di sini, malam ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi serta tiga Timbalan Premier Sarawak iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Abang Jo: Sarawak 'Tawan Hati' Indonesia Mahu Bina Empangan Hidro Di Nusantara

Abang Johari berkata, apabila cadangan pembinaan empangan hidro elektrik di Nusantara itu diluluskan, bermakna dasar Sarawak diterima dengan baik oleh negara jiran.

Sarawak turut jalin hubungan baik dengan negara jiran yang lain

Menurutnya, sebelum ini hubungan baik dengan Brunei turut membolehkan banyak kerjasama dalam pelbagai bidang dijalankan bersama negara berkenaan.

“Menerusi kerjasama itu, jaringan jalan raya antara Brunei dan Sarawak akan kita terus bangunkan dan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) memberi sokongan terhadap jalinan kita dengan Brunei,” katanya.

Abang Jo: Sarawak 'Tawan Hati' Indonesia Mahu Bina Empangan Hidro Di Nusantara

Menurutnya, selain hubungan dua negara yang berkongsi sempadan di Borneo itu, Sarawak turut menyumbang kepada Singapura menerusi pembekalan tenaga elektrik ke republik itu.

“Perdana Menteri pun menyokong untuk Sarawak menjual tenaga elektrik ke Singapura dengan maksimum kapasiti 1,000 megawatt.

“Jika ada pelaburan baharu yang datang ke Singapura yang memerlukan tenaga seperti ekonomi baharu, maka Singapura akan mendapatkannya dari Sarawak,” katanya.

Baca lagi artikel berkaitan:

Seluas Negara Singapura, Ini Fakta Menarik Yang Tentang Empangan Bakun Sarawak
Abang Jo: Batal Cukai Tayar, Kerajaan Sarawak Cadang Guna Tayar Lama Untuk Perbaiki Jalan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Masalah Teknikal Pada Sayap, MAS Lakukan Pendaratan Cemas Di Miri Dengan Selamat Masalah Teknikal Pada Sayap, MAS Lakukan Pendaratan Cemas Di Miri Dengan Selamat
Next Article 5 Jenama Elektronik Terkenal Di Malaysia Yang Kini Hanya Tinggal Kenangan 5 Jenama Elektronik Terkenal Di Malaysia Yang Kini Hanya Tinggal Kenangan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?