• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Seluas Negara Singapura, Ini Fakta Menarik Yang Tentang Empangan Bakun Sarawak

Oleh
Ismail NA
14 Mei 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Seluas Negara Singapura, Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Tentang Tasik Bakun, Sarawak

Banyak Rupanya Rahsia Empangan Bakun Yang Kita Tidak Tahu!

Seluas Negara Singapura, Ini Fakta Menarik Yang Tentang Empangan Bakun Sarawak
Kredit : mukahpages.blogspot.com

Seluas Negara Singapura, Ini Fakta Menarik Yang Tentang Empangan Bakun Sarawak .Tasik Bakun sebenarnya merupakan sebuah empangan hidroelektrik buatan manusia yang mampu menjana sebanyak 2,400 Megawatt tenaga elektrik. Empangan yang membentuk tasik ini merentasi Sungai Balui, di daerah Belaga Sarawak. Bayangkan empangan buatan manusia boleh membentuk sebuah tasik yang besar, tentu banyak fakta menarik yang tidak diketahui di sebaliknya.

Di sini kami senaraikan beberapa info yang perlu anda tahu tentang tasik gergasi Sarawak ini.

1. Empangan/Tasik Terbesar di Malaysia

Seluas Negara Singapura, Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Tentang Tasik Bakun, Sarawak
Kredit : Sarawakvoice

Empangan Bakun merupakan empangan yang terbesar di Malaysia dan merupakan antara yang terbesar di Asia. Oleh kerana pembuatan empangan ini membentuk tasik akibat takungan air, maka ia secara semulajadinya menjadi tasik buatan manusia yang paling besar di Malaysia. Pembinaan empangan ini telah mewujudkan sebanyak 18 buah pulau di dalam empangan tersebut. Malah, ia dikatakan sebagai empangan mempunyai keluasan yang lebih besar daripada negara Singapura iaitu seluas 14,750 km persegi kawasan tadahan.

2. Stesen Jana Kuasa Terbesar di Malaysia

Kredit : kanciltakcerdik.wordpress.com

Stesen jana kuasa elektrik Bakun juga menjadi stesen janakuasa yang terbesar di Malaysia mengatasi stesen jana kuasa Empangan Pergau di Kuala Yong, Kelantan. Stesen jana kuasa 4 tingkat Bakun dilengkapi dengan 8 set jana kuasa merangkumi 8 turbin jenis Francis bersaiz 800 Megawatt. Ia juga dilengkapi dengan 8 set jana kuasa yang bersaiz 360 MVA sebuah dan 8 pemboleh ubah yang bersaiz 360 MVA sebuah.

3. Empangan Jenis CFRD Yang Ke-4 Tertinggi di Dunia

Seluas Negara Singapura, Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Tentang Tasik Bakun, Sarawak. Kredit : ms.wikipedia.org

CFRD ialah Concrete Face Rockfills Dam iaitu sejenis rekaan empangan yang dibina menggunakan batu seterusnya dilitupi oleh konkrit. Empangan Bakun diisytiharkan sebagai empangan jenis CFRD yang ke-4 tertinggi di dunia dengan ketinggian 205 m dari tapak ke puncak. Buat masa ini, negara China masih mendominasi empangan jenis CFRD yang tertinggi di dunia iaitu Empangan Shuibuya dengan ketinggian 230 m.

4. Talian Penghantar Bawah Laut Yang Terpanjang Di Dunia

Seluas Negara Singapura, Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Tentang Tasik Bakun, Sarawak
Kredit : cafef.vn

Empangan Bakun mempunyai tiga bahagian utama talian penghantar iaitu;

  1. Talian AC voltan tinggi 275 kV dari Bakun ke Bintulu sepanjang 160 km. Tenaga daripada Empangan Bakun akan dialirkan ke stesen pencawang di Bintulu seterusnya ke grid elektrik Sarawak yang dikendalikan oleh Sarawak Energy Berhad.
  2. Talian DC voltan tinggi 500 kV jenis dwikutub dari Bakun ke Tanjung Parih, Sarawak. Talian ini mempunyai kepanjangan 660 km.
  3. Talian DC voltan tinggi 500 kV dari Tanjung Parih, Sarawak ke Tanjung Tenggara, Johor. Ia menggabungkan 3 ke 4 utas kabel dengan keupayaan 700 Megawatt seutas. Talian ini berada di bawah laut dengan kepanjangan 670 km.

Secara keseluruhannya, talian penghantar ini mempunyai kepanjangan 1490 km dan ianya mengatasi kepanjangan talian penghantar Norway ke Belanda!

Tak Sangka Malaysia Ada Empangan Hebat Macam Ni!

Walaupun proses pembinaannya mengalami kontroversi dan tertangguh selama beberapa kali, akhirnya empangan ini berjaya disiapkan pada tahun 2010 dan mendapat tauliah sepenuhnya pada Julai 2014. Dengan adanya empangan ini, tentu ia akan dapat menjadi penggerak tenaga boleh ubah di rantau Asia Tenggara.

p/s : Tarif elektrik di Sarawak masih pada kadar yang terendah di Malaysia dan Asia Tenggara. 28.2 sen jak per kilowatt (KW). Untunglah orang Sarawak.

Jangan lupa like dan share post ini!

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Urutan Padu Warga OKU, Ini 3 Tempat Urut Anda Wajib Cuba di Kuching
Next Article Lebih Daripada 20 Etnik, Kenali Lebih Lanjut Mengenai Orang Ulu Lebih Daripada 20 Etnik, Jom Kenali Lebih Lanjut Mengenai Orang Ulu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?