• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jalan Cantik Bukan Untuk Jadi Litar Lumba, Abang Jo Tegur Mat Rempit Di Sarawak

Oleh
Farisha
28 Mac 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Abang Jo tegur ‘mat rempit’ jangan salah guna kemudahan rakyat

Jalan Cantik Bukan Untuk Jadi Litar Lumba, Abang Jo Tegur Mat Rempit Di Sarawak. Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menegur segelintir anak muda yang mengambil kesempatan menyalahgunakan kemudahan jalan raya yang baik di negeri itu untuk aktiviti lumba haram.

Dalam nada tegas namun penuh keprihatinan, Abang Jo menekankan bahawa jalan raya yang dibina dengan kemudahan moden itu bertujuan untuk kemudahan rakyat, bukannya dijadikan ‘litar lumba’ oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Jalan Cantik Bukan Untuk Jadi Litar Lumba, Abang Jo Tegur Mat Rempit Di Sarawak
Jalan Cantik Bukan Untuk Jadi Litar Lumba, Abang Jo Tegur Mat Rempit Di Sarawak. Gambar hiasan.

Beliau menyatakan demikian semasa majlis penutupan Program Bantuan Lesen Memandu (MyLesen) yang berlangsung di Dewan Datuk Patinggi Ali Gedong.

Dalam ucapannya, Abang Jo turut mengingatkan bahawa disiplin dalam pemanduan adalah kunci untuk memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya.

“Kita mesti mempunyai disiplin untuk menggunakan kenderaan,” tambahnya, menekankan kepentingan tanggungjawab setiap individu di jalan raya, menurut laporan media tempatan.

Sarawak telah melabur banyak untuk menaik taraf infrastruktur jalan raya demi keselesaan dan keselamatan rakyat. Oleh itu, beliau menggesa agar kemudahan itu dimanfaatkan sebaiknya.

Jaga diri, jaga keselamatan. Jangan jadikan jalan raya tempat bertaruh nyawa. 🚗💨

Baca juga artikel yang berkaitan mat rempit di Sarawak:

Mat Rempit Lari Bertempiaran Lepas Port Lepak di Airport Kuching Diserbu Polis
Mat Rempit Makin Berani, Tutup Penuh Jalan di Limbang untuk Lumba Haram
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article JPJ Sabah Larang Kenderaan Barangan Di Atas Jalan Raya Sebelum Dan Selepas Aidilfitri JPJ Sabah Larang Kenderaan Barangan Di Atas Jalan Raya Sebelum Dan Selepas Aidilfitri
Next Article 7 Projek Jambatan Di Sarawak Dijangka Siap Menjelang Akhir Tahun Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?