• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Premier Sarawak, Abang Johari Terima Anugerah Berprestij Felo Kehormat MIP

Oleh
Husna Hazmi
25 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Penghargaan berprestij ini disampaikan oleh PM Anwar Ibrahim

Premier Sarawak, Abang Johari Terima Anugerah Berprestij Felo Kehormat MIP. Dilaporkan, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, telah dianugerahkan Malaysian Institute of Planners (MIP) Honorary Fellow Award pada malam tadi (24 Januari). Penghargaan berprestij ini disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan Perancangan 2024 (MIPPEA2024).

Dalam ucapan beliau, Anwar memuji kepimpinan Abang Johari dan menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai sesuatu yang sangat layak diterima.

Premier Sarawak, Abang Johari Terima Anugerah Berprestij Felo Kehormat MIP
Premier Sarawak, Abang Johari Terima Anugerah Berprestij Felo Kehormat MIP. Sumber gambar: The New Straits Time

“Abang Johari adalah antara pemimpin yang menunjukkan apabila politik sesebuah negeri stabil, dengan fokus kepada pembangunan dan idea baharu, kemajuan besar dapat dicapai,” kata Anwar.

Beliau turut menambah bahawa Abang Johari sering mencari peluang baharu, termasuk meneroka potensi tenaga daripada sumber lautan, sebagai langkah membawa Sarawak ke arah masa depan yang lebih maju dan mampan.

Premier Sarawak, Abang Johari Terima Anugerah Berprestij Felo Kehormat MIP
Sumber gambar: Astro Awani

Pengiktirafan atas transformasi Sarawak

Menurut MIP, Abang Johari dipilih kerana kepimpinannya yang cemerlang dalam pembangunan bandar, tenaga, dan kelestarian alam sekitar. Di bawah pentadbirannya, Sarawak telah diiktiraf sebagai negeri berpendapatan tinggi oleh Bank Dunia, selain menjadi peneraju dalam ekonomi hijau dengan sasaran mencapai sifar pelepasan karbon menjelang tahun 2030.

Dengan pengiktirafan ini, Sarawak sekali lagi membuktikan potensinya sebagai negeri contoh dalam pembangunan mampan dan inovasi, di bawah kepimpinan Abang Johari yang terus menerajui transformasi negeri ke arah kemajuan.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

PM Anwar Cadang Sambungan Tenaga Sarawak Ke Filipina Melalui Sabah Dan Nusantara
Hospital Petra Jaya Hampir Siap, Dijangka Beroperasi Awal Tahun 2026
SUMBER :DayakDaily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hospital Petra Jaya Hampir Siap, Dijangka Beroperasi Awal Tahun 2026
Next Article Pelbagai Aktiviti Menarik Sepanjang Tahun, Ini Kalendar Acara 2025 Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?