• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Abi Kusno Nachran, Wartawan Paling Berani Menentang Mafia Kayu Di Hutan Borneo

Oleh
Farisha
12 Februari 2025
Kongsi
4 Min Bacaan

Abi Kusno, manusia paling berani Kalimantan menentang mafia yang merusak hutan borneo

Abi Kusno Nachran, Wartawan Paling Berani Menentang Mafia Kayu Di Hutan Borneo. Bila bercakap tentang keberanian, nama Abi Kusno Nachran bukanlah sekadar kisah biasa. Dia bukan superhero dengan kuasa luar biasa, tetapi seorang wartawan yang mempertaruhkan nyawanya untuk mempertahankan hutan Borneo daripada rakusnya tangan-tangan mafia kayu Hutan Borneo.

Lahir pada 30 Mac 1941 di Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, Abi Kusno memulakan kariernya sebagai wartawan untuk pelbagai media seperti Lintas Khatulistiwa, Banjarmasin Post, dan Media Indonesia.

Abi Kusno Nachran, Wartawan Paling Berani Menentang Mafia Kayu Di Hutan Borneo
Abi Kusno Nachran, Wartawan Paling Berani Menentang Mafia Kayu Di Hutan Borneo. Sumber foto: balikpapantv

Pada awalnya, dia seperti kebanyakan wartawan lain, melaporkan berita tanpa banyak soal. Namun, semuanya berubah selepas dia menunaikan ibadah haji.

Abi Kusno mula sedar bahawa dia telah berdiam diri terlalu lama tentang jenayah besar yang sedang berlaku di hadapan matanya—pemusnahan hutan Borneo secara besar-besaran oleh mafia kayu. Dengan rasa bersalah yang membara, dia nekad untuk menentang perbuatan keji ini.

Dedikasi Melawan Mafia Kayu, Terima Ugutan Bunuh

Kalau anda fikir menjadi wartawan itu mudah, cuba jadi Abi Kusno. Dia bukan sekadar melaporkan, tetapi menyiasat sendiri siapa dalang di sebalik pembalakan haram ini. Tulisannya yang tajam dan pendedahannya yang berani membuatkan banyak pihak panas punggung. Dan bila orang jahat mula rasa terancam, ugutan bunuh pun datang bertalu-talu.

Pada November 2001, Abi Kusno berjaya menghalang sebuah kapal yang membawa 54,000 meter padu kayu haram daripada keluar dari Borneo. Tapi kejayaan ini bukannya datang tanpa risiko. 20 hari selepas insiden itu, dia diserang sekumpulan 20 lelaki bersenjata parang. Mereka menikam dan mencederakan tubuhnya dengan kejam sehingga dia hampir mati.

Nyaris Mati, Tapi Masih Tak Putus Asa

Selepas serangan itu, orang ramai menyangka dia sudah meninggal dunia. Namun, keajaiban berlaku—Abi Kusno masih hidup! Dia hanya mampu menggerakkan jari kakinya untuk memberi isyarat kepada mereka yang menemuinya. Dia segera dikejarkan ke hospital sebelum dibawa ke Hamburg, Jerman untuk rawatan lanjut.

Walaupun mengalami kecederaan parah dan kesihatannya merosot, dia tetap tidak berundur. Semangat juangnya masih membara untuk terus menentang mafia kayu yang merosakkan hutan tanah airnya.

Sumber foto: fadami.indozone

Tragisnya Pengakhiran Seorang Pejuang

Pada tahun 2004, Abi Kusno dipilih sebagai anggota Dewan Perwakilan Daerah (DPD) mewakili Kalimantan Tengah. Malangnya, perjuangannya berakhir lebih awal daripada yang disangka. Pada 24 Julai 2006, Abi Kusno terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Cirebon, yang meragut nyawanya pada usia 65 tahun.

Walaupun dia sudah tiada, semangat dan keberaniannya masih hidup dalam hati mereka yang berjuang untuk keadilan dan alam sekitar. Kisahnya menjadi inspirasi bagi generasi akan datang untuk tidak takut menegakkan kebenaran, walaupun nyawa menjadi taruhan.

Abi Kusno Nachran, Legenda Yang Tidak Dilupakan

Kisah Abi Kusno Nachran bukan sekadar cerita seorang wartawan, tetapi kisah seorang pejuang yang berani menentang ketidakadilan. Hutan Borneo mungkin masih berhadapan dengan ancaman pembalakan haram, tetapi semangatnya tetap menjadi simbol keberanian bagi mereka yang ingin melindungi alam sekitar.

Jadi, kalau anda rasa kerja anda susah, ingatlah kisah Abi Kusno. Mungkin anda tidak perlu menulis sambil mengelak parang mafia kayu, tetapi keberanian untuk berkata benar tetap sesuatu yang patut kita semua contohi.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perjuangan Abi Kusno Nachran, anda boleh menonton video berikut:

https://youtu.be/00SMeOYEvK8?si=kATWAMnVo5GKOP-K

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai pengorbanan Rosli Dhobi demi kemerdekaan Sarawak:

Peristiwa Sungkit Berdarah Rosli Dhobi, Pengorbanan Demi Kemerdekaan Sarawak
Ini Sebab Mengapa Rakyat Sarawak Menentang Penyerahan Sarawak Kepada British

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: MASWings Kini Rasmi Dinamakan Semula Sebagai AirBorneo
Next Article Ini Kraf Tradisional Yang Unik Hanya Ditemui Di Sarawak Ini Kraf Tradisional Yang Unik Hanya Ditemui Di Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?