• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

TERKINI: MASWings Kini Rasmi Dinamakan Semula Sebagai AirBorneo

Oleh
Ismail NA
12 Februari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

TERKINI: MASWings Kini Rasmi Dinamakan Semula Sebagai AirBorneo. MASWings telah diserahkan secara rasmi kepada Kerajaan Sarawak menerusi Majlis Menandatangan Perjanjian Jual Beli di antara Malaysia Aviation Group (MAG) dan Kerajaan Sarawak.

Dalam pada majlis yang sama, Premier Sarawak turut mengambil kesempatan untuk mengumumkan nama baharu MASWings yang telah diambil alih oleh Kerajaan Sarawak iaitu AirBorneo.

AirBorneo bakal jadi full-service carrier setara Malaysia Airlines

Lebih menarik, AirBorneo ini akan ditransformasikan menjadi full-service carrier, setara seperti Malaysia Airlines. Penerbangan ini juga bakal ada code-sharing flight dengan Malaysia Airlines dan beberapa penerbangan lain.

Dengan pemilikan strategik ini, Sarawak bakal membuka lembaran baharu untuk mengembangkan keterhubungan domestik dan rangkaian di antara wilayah di Asia Tenggara. Malah, Kerajaan Sarawak juga berhasrat untuk menjadi hab penerbangan di Borneo dan juga ASEAN.

Dengan pemilikan ini juga, Sarawak berharap agar ekonomi di Sarawak terutamanya dalam bidang pelancongan dapat ditingkatkan, sekaligus membawa masuk pelaburan baharu. Apatah lagi, MASWings sebelum ini telah menjadi nadi penting untuk masyarakat pedalaman terutama di bahagian Utara Sarawak dihubungkan dengan dunia luar, dan usaha ini akan terus dipergiat.

Pertukaran ilmu juga akan dilakukan bagi melatih tenaga tempatan Sarawak dalam bidang penerbangan

Ini menjadikan MASWings (selepas ini disebut AirBorneo) di bawah Kerajaan Sarawak akan terus mengekalkan laluan ini sebagai sebahagian daripada matlamat meningkatkan ekonomi dan taraf sosial masyarakat pedalaman di kawasan yang mempunyai akses jalan raya yang sukar.

Selain itu, latihan dan pertukaran ilmu juga akan dilakukan antara Sarawak Tourism Board (STB) dan Malaysia Aviation Group bagi melatih tenaga tempatan untuk memantapkan ekosistem penerbangan di Sarawak. Premier juga menyebut bahawa kerajaan sedia bekerjasama dengan pengeluar seperti ATR, Airbus dan Boeing.

Sebelum ini, Premier Sarawak menyasarkan 6 destinasi penerbangan antarabangsa selepas mengambil alih MASWings

Sarawak Sasar Enam Destinasi Penerbangan Antarabangsa Selepas Ambil Alih MASWings

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Polis Tahan Dua Lelaki di KLIA2, Rampas Dadah Disyaki Untuk Pasaran Sarawak
Next Article Abi Kusno Nachran, Wartawan Paling Berani Menentang Mafia Kayu Di Hutan Borneo

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?