I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Acara Pelancongan Hiburan Terulung, Festival ‘What About Kuching’ Akan Berlangsung Oktober Ini
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Acara Pelancongan Hiburan Terulung, Festival ‘What About Kuching’ Akan Berlangsung Oktober Ini

Husna Hazmi 3 Ogos 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Kongsi

Festival What About Kuching ini adalah program pelancongan hiburan menampilkan keunikan negeri Sarawak dalam pelbagai jenis acara dan genre.

Acara Pelancongan Hiburan Terulung, Festival ‘What About Kuching’ Akan Berlangsung Oktober Ini. Jika anda terlepas peluang untuk menghadiri Rainforest World Music Festival (RWMF), Borneo Jazz Festival (BJF) dan program-program menarik yang berlangsung sebelum ini, jangan risau anda masih lagi berpeluang untuk menghadiri satu acara terulung Sarawak yang bakal berlangsung bulan Oktober tahun ini.

Ini adalah salah satu acara pelancongan hiburan terulung Sarawak dan bakal berlangsung di Bandaraya Kuching, Festival What About Kuching 2022 (WAK2022) ini akan diadakan sepanjang bulan Oktober akan datang.

Acara Pelancongan Hiburan Terulung, Festival 'What About Kuching' Akan Berlangsung Oktober Ini
Acara Pelancongan Hiburan Terulung, Festival ‘What About Kuching’ Akan Berlangsung Oktober Ini

111 acara dari pelbagai genre

Festival WAK 2022 edisi keempat ini telah berjaya menerima sebanyak 69 kertas cadangan daripada 59 rakan penganjur yang meliputi 111 acara dari pelbagai genre termasuk muzik, teater, tarian, seni kraftangan, kulinari, sastera dan budaya, serta tidak ketinggalan acara sukan dan aktiviti lasak bertemakan alam sekitar.

Menurut pengasas siri festival WAK, Donald Tan, festival ini mendapat sambutan luar biasa daripada artis antarabangsa dan juga tempatan yang akan membawa hasil karya berkualiti tinggi serta bertaraf dunia kepada seluruh lapisan masyarakat.

Kami amat teruja dengan sokongan yang diterima WAK kali ini, tugas kami sekarang ialah untuk berbincang dan membuat perancangan secara terperinci dengan semua para penggiat dan penganjur acara bagi memastikan semuanya berjalan lancar Oktober nanti.

“Ini adalah peluang terbaik untuk masyarakat terutama pelancong untuk mengalami sendiri kebudayaan dan warisan di Sarawak sambil menikmati persembahan muzik, teater dan kesenian moden mahupun tradisional termasuk kulinari juga akan menjadi satu tarikan utama sepanjang festival nanti,” jelas beliau dalam satu kenyataan daripada akhbar tempatan pada hari ini.

Acara Pelancongan Hiburan Terulung, Festival 'What About Kuching' Akan Berlangsung Oktober Ini

Diterajui oleh Donald dan Marina Tan serta

Dimulakan pada tahun 2017, Festival ‘What About Sarawak’ ini diterajui oleh Donald dan Marina Tan serta disokong dan dinaungi oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak.

WAK memupuk kerjasama dengan masyarakat tempatan di Bandaraya Kuching untuk mementaskan persembahan mereka kepada khalayak di bawah satu tema iaitu ‘What About Kuching – Meraikan Seni, Budaya & Gaya Hidup’.

“WAK2022 akan mengumumkan kalendar festival pada 1 September dengan pelbagai acara yang boleh dinikmati semua dan kami berharap pelawat dari luar Sarawak akan turut berkunjung dan sama-sama menikmati dan memeriahkan WAK2022 sepanjang Oktober nanti,” tambah beliau lagi.

Acara Pelancongan Hiburan Terulung, Festival 'What About Kuching' Akan Berlangsung Oktober Ini

Kali terakhir dianjurkan pada bulan Oktober 2019

Festival WAK kali terakhir dianjurkan pada bulan Oktober 2019 lalu dengan mendaftarkan 59 kolaborasi dan 315 acara setiap hari selama sebulan yang turut disertai beberapa artis tempatan dan juga antarabangsa.

Untuk maklumat terkini dan selanjutnya mengenai Festival What About Kuching ini, anda boleh singgah ke laman sesawang mereka di www.aboutkuching.com dan media sosial WAK2022 di Facebook dan Instagram @aboutkuching.

Lagi di sini event menarik menanti anda tahun ini:

SUMBER : Astro Awani
Husna Hazmi 3 Ogos 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Next Article Ini Cara-Cara Sekat Terima Pesanan Tidak Dikenali Pada Iphone Anda Sering Terima Mesej Spam, Ini Cara-Cara Untuk Anda Sekat Terima Pesanan Tidak Dikenali

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Bermula Hari Ini! Jom Meriahkan Kuching Food Festival Tahun Ini Bersama
Event Menarik

Bermula Hari Ini! Jom Meriahkan Kuching Food Festival Tahun Ini Bersama

29 Julai 2022
Jom Sendu Bersama, Konsert Tentang Kita Ini Bakal Diadakan Bulan September Ini
Event Menarik

Jom Sendu Bersama, Konsert Tentang Kita Ini Bakal Diadakan Bulan September Ini

27 Julai 2022
Ingin Nak 'KLMJ' Muzik Emo Dan Pop Punk? Jom Meriahkan Gig 'Black Parade' 30 Julai Ini!
Event Menarik

Ingin Nak ‘KLMJ’ Muzik Emo Dan Pop Punk? Jom Meriahkan Gig ‘Black Parade’ 30 Julai Ini!

26 Julai 2022
Event Menarik

Sunbear Festival Bakal ‘Gegarkan’ Kuching Pada Disember Depan!

24 Julai 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?