I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
#innovatesarawak

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu

Artikel Ini Dibawakan Oleh
Kongsi
5 Min Bacaan
Artikel Ini Dibawakan Oleh

Laman yang sangat berguna untuk anda mempromosikan produk secara dalam talian.

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu. Istilah ‘digital marketing’ kini semakin meluas dan diketahui umum. Apatah lagi jika anda merupakan usahawan yang sebahagian besar hasil jualan kini dijana secara dalam talian.

Isi Isi Penting
Laman yang sangat berguna untuk anda mempromosikan produk secara dalam talian.1. Inspirasi konten2. Mencipta logo3. Ikon dan animasi4. Copywriting5. Inspirasi padanan ‘font’Program JuhDigital Bootcamp, program latihan pemasaran digital percuma untuk usahawan MSME SarawakKelas 4 minggu sepenuhnya dalam talian

Tahukah anda bahawa terdapat alat bantu jual atau laman web yang menyediakan perkhidmatan percuma untuk memudahkan anda mencipta konten promosi pemasaran digital anda? Dalam artikel kali ini, kami ingin menunjukkan kepada anda, 5 laman web berkaitan ‘digital marketing’ yang boleh anda gunakan untuk melonjakkan jualan anda.

Ini 5 Laman Percuma 'Digital Marketing' Yang Ramai Tak Tahu
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu

1. Inspirasi konten

Tidak dinafikan, mencari konten atau kandungan untuk menarik perhatian pelanggan adalah sesuatu yang agak memenatkan jika anda tidak memiliki inspirasi. Namun, tahukah anda bahawa anda boleh mendapatkan inpirasi berdasarkan niche perniagaan anda anda menerusi laman web ini?

MarketingExamples.com adalah salah satu laman web yang boleh anda gunakan untuk mencari idea memasarkan produk anda secara dalam talian, terutamanya di platform media sosial.

Bukan itu sahaja, anda juga sebenarnya boleh mendapatkan tips dan cerita berguna bagaimana jenama besar di dunia maju dalam pemasaran digital mereka.

Ini 5 Laman Percuma 'Digital Marketing' Yang Ramai Tak Tahu

2. Mencipta logo

Bagi peniaga yang baru hendak memulakan perniagaan pula, perniagaan anda mestilah memiliki logo bagi memudahkan pelanggan mengingati anda. Ianya umpama nama dan identiti anda. Setelah memilih nama yang bersesuaian, cara yang paling mudah (dan murah) untuk anda mencipta logo adalah dengan menggunakan beberapa laman web seperti berikut;

  • Logotouse.com
Ini 5 Laman Percuma 'Digital Marketing' Yang Ramai Tak Tahu
  • Placeit.net
Ini 5 Laman Percuma 'Digital Marketing' Yang Ramai Tak Tahu
  • Visme.co
Ini 5 Laman Percuma 'Digital Marketing' Yang Ramai Tak Tahu

3. Ikon dan animasi

Jika anda ingin mencantikkan poster atau grafik konten promosi anda pula, anda juga boleh memanfaatkan ikon dan animasi ini secara percuma! Siapa kata di zaman ini semuanya kena berbayar? Jika anda bijak mencari dan ‘menyelam’ di internet, anda boleh menemukan semua ini begitu sahaja.

  • openpeeps.com
Ini 5 Laman Percuma 'Digital Marketing' Yang Ramai Tak Tahu
  • minimalavatars.com
Ini 5 Laman Percuma 'Digital Marketing' Yang Ramai Tak Tahu

4. Copywriting

Copywriting atau ayat jualan juga memainkan peranan yang penting untuk menarik perhatian pelanggan. Kalau terlalu hard sell, kadang-kadang tak jalan juga, betul tak? Terdapat sebuah laman web yang boleh membantu anda menjana ayat copywriting dengan pantas. Cuma perlu masukkan kata kunci promosi yang anda inginkan dan boom! Ayat copywriting anda akan dijana dengan sendirinya.

  • copy.ai
Ini 5 Laman Percuma 'Digital Marketing' Yang Ramai Tak Tahu

5. Inspirasi padanan ‘font’

Mencari font yang sesuai juga memakan masa yang agak lama. Tambahan pula, jika anda mengendalikan semua urusan perniagaan dari A hingga Z, tentunya anda memerlukan sedikit bantuan untuk memudahkan kerja anda. Laman fontjoy.com ini dapat menolong anda mencari padanan font yang sempurna, dan paling penting sesuai dengan karakter dan identiti perniagaan anda.

Ini 5 Laman Percuma 'Digital Marketing' Yang Ramai Tak Tahu

Ini hanyalah sebahagian kecil daripada komponen pemasaran digital yang ada di luar sana. Jika anda merupakan usahawan mikro, kecil dan sederhana (MSME) di Sarawak, anda boleh mempelajari semua ini dengan lebih mendalam menerusi program JuhDigital Bootcamp.

Program JuhDigital Bootcamp, program latihan pemasaran digital percuma untuk usahawan MSME Sarawak

Digariskan sebagai inisiatif Ke-7 dalam Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 5.0, program Juh Digital Bootcamp adalah sebuah program pemasaran digital untuk komuniti yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak.

Ini 5 Laman Percuma 'Digital Marketing' Yang Ramai Tak Tahu
Ini 5 Laman Percuma 'Digital Marketing' Yang Ramai Tak Tahu

Kelas 4 minggu sepenuhnya dalam talian

Program percuma berbentuk kelas dalam talian selama 4 minggu ini akan mengajar peserta yang terpilih tentang asas-asas pemasaran digital seperti pengenalan kepada Meta For Business, Google My Business dan Tiktok for Business, mempelajari formula copywriting (AIDA, PAS, FAB dan Storytelling), mengetahui kepentingan pemasaran video dan saluran yang dapat digunakan serta banyak lagi.

Untuk edisi tahun 2022, program ini telah memanfaatkan seramai 200 peserta yang terdiri daripada usahawan MSME daripada pelbagai industri seperti makanan dan minuman, produk dan servis.

Ini 5 Laman Percuma 'Digital Marketing' Yang Ramai Tak Tahu

Juh Digital Bootcamp merupakan inisiatif di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED), dan dikuasakan oleh Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS).

Untuk maklumat lanjut tentang program JuhDigital Bootcamp, sila klik pautan berikut:

JuhDigital Bootcamp

Baca juga artikel menarik berkenaan aktiviti menarik dan hub usahawan startup terbaru Sarawak, TEGAS Digital Village:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Beli Dalam Kuantiti Bawah RM500, Barangan Import Bakal Dikenakan Cukai Jualan 10% Mulai 2023 Beli Dalam Kuantiti Bawah RM500, Barangan Import Bakal Dikenakan Cukai Jualan 10% Mulai 2023
Next Article Acara Pelancongan Hiburan Terulung, Festival ‘What About Kuching’ Akan Berlangsung Oktober Ini

Advertorial

TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Peluang Emas Untuk Usahawan Sarawak, TEGAS Fundraising Accelerator 2024 Kini Dibuka
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?