• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sindiket Terbesar Tumpas, Kastam Dakwa Ada Cubaan Jadikan Sarawak Hab Pengedaran Dadah Di Borneo

Oleh
Aina Musa
10 Julai 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Sindiket Terbesar Tumpas, Kastam Dakwa Ada Cubaan Jadikan Sarawak Hab Pengedaran Dadah Di Borneo

JKDM Sarawak rampas 60.67kg syabu

Sindiket Terbesar Tumpas, Kastam Dakwa Ada Cubaan Jadikan Sarawak Hab Pengedaran Dadah Di Borneo. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak hari ini mendedahkan cubaan sindiket menjadikan Sarawak sebagai hab pengedaran dadah di Borneo susulan beberapa rampasan dadah dalam jumlah besar baru-baru ini.

Pengarah JKDM Sarawak, Norizan Yahya berkata, pihaknya merampas 60.67kg syabu bernilai RM1.9 juta dalam serbuan di sebuah syarikat kargo di Kuching pada Khamis lepas.

Sindiket Terbesar Tumpas, Kastam Dakwa Ada Cubaan Jadikan Sarawak Hab Pengedaran Dadah Di Borneo

Dadah berkenaan disembunyikan dalam 60 paket bercetak ‘Guan Yi Wang’ di dalam 10 kotak kiriman kargo udara dari Kuala Lumpur.

“Ini adalah rampasan dadah terbesar JKDM Sarawak tahun ini,” kata Norizan pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, modus operandi sindiket ialah menggunakan perkhidmatan kargo udara untuk mengangkut dadah dari Semenanjung ke Sarawak sebelum diseludup ke Indonesia.

“Siasatan awal mendapati dua lelaki tempatan berusia 20-an ditahan dan direman selama empat hari,” katanya.

Norizan turut mengingatkan orang ramai supaya membantu JKDM memerangi jenayah penyeludupan dengan menyalurkan maklumat menerusi talian bebas tol Kastam 1-800-88-8855 atau terus ke pejabat JKDM terdekat.

“Identiti pemberi maklumat dirahsiakan,” katanya.

Baca lagi artikel menarik:

Suspek Kes Tembak Tiga Lelaki Di Sebuah Pasar Raya Di Kuching Kini Berjaya Ditangkap
Harga Kek Butter Mita Naik Kepada RM18.60 Bermula 8 Julai

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bank Pembangunan Sabah Dijangka Alami Kerugian Besar Tahun 2023 dan 2024, Ini Puncanya Bank Pembangunan Sabah Dijangka Alami Kerugian Besar Tahun 2023 Dan 2024, Ini Puncanya
Next Article Polis Sabah Nafi Dakwaan Dadah Dijual Seperti Pisang Goreng

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?