• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Harga Kek Butter Mita Naik Kepada RM18.60 Bermula 8 Julai

Oleh
Aina Musa
9 Julai 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Harga Kek Butter Mita Naik Kepada RM18.60 Bermula 8 Julai

Ini penjelasan daripada pihak Mita

Harga Kek Butter Mita Naik Kepada RM18.60 Bermula 8 Julai. Pihak Mita Cake House telah mengumumkan bahawa terdapat peningkatan harga pada kek popular mereka, Butter Cheese Log, daripada RM16.80 kepada RM18.60. Peningkatan harga ini akan berkuat kuasa bermula 8 Julai 2024.

Menurut kenyataan daripada pihak pengurusan Mita Cake House, keputusan ini dibuat setelah mengambil kira peningkatan yang ketara dalam kos buruh dan bahan mentah.

Harga Kek Butter Mita Naik Kepada RM18.60 Bermula 8 Julai.

“Kami ingin memaklumkan bahawa terdapat peningkatan yang ketara dalam kos buruh dan bahan mentah. Oleh yang demikian, terdapat sedikit pelarasan sebanyak RM1.80 pada harga Butter Cheese Log. Harga akan meningkat daripada RM16.80 kepada RM18.60, berkuat kuasa pada 08.07.2024,”.

Keputusan ini bukanlah sesuatu yang mudah bagi pihak pengurusan Mita Cake House. Mereka sedar bahawa perubahan ini akan memberi kesan langsung kepada pelanggan setia mereka.

Namun, pihak pengurusan menegaskan bahawa mereka komited untuk terus menyediakan kek yang berkualiti tinggi dengan menggunakan bahan-bahan berkualiti.

“Keputusan ini adalah sangat mencabar bagi pasukan kami kerana kami sedar ia memberi kesan langsung kepada pelanggan setia kami. Namun begitu, kami ingin memastikan bahawa kami dapat terus menyediakan kek yang berkualiti tinggi dengan menggunakan bahan-bahan berkualiti,” tambah wakil tersebut.

Pihak Mita Cake House juga menyatakan penghargaan mereka terhadap pemahaman dan sokongan daripada pelanggan.

“Kami berterima kasih atas pemahaman dan sokongan anda,” kata pihak pengurusan.

Ini antara reaksi netizen

Pengumuman ini telah mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan netizen. Ada yang merasa kurang senang dengan peningkatan harga ini, terutamanya bagi mereka yang telah lama menyokong Mita Cake House.

“Semenjak viral, harga makin naik,” kata seorang pengguna media sosial.

Namun, terdapat juga netizen yang memahami situasi ekonomi semasa dan masih setia menyokong Mita Cake House.

“Takpalah. Ekonomi sekarang semakin meningkat, as long as rasanya still maintain sedap,” komen seorang lagi pengguna.

Pihak Mita Cake House berharap para pelanggan akan terus memberikan sokongan dan menikmati kek-kek yang dihasilkan dengan penuh kasih sayang dan kualiti tinggi.

Baca lagi artikel menarik:

Janna Nick Beri Pendapat Jujur Rasa Butter Kek Mita Biasa Saja, Siap Bagi Rate 3/10
Pengurus Dedah Rahsia Mengapa Kek Viral Mentega Keju Mita Unik Dan Wangi
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Petronas Umum Pengeluaran Gas Pertama Dari Lapangan Jerun Sarawak Petronas Umum Pengeluaran Gas Pertama Dari Lapangan Jerun Sarawak
Next Article Sarawak Tawar Pendidikan Percuma Kepada Pelajar Cemerlang SPM Di Universiti Teknologi Sarawak Sarawak Tawar Pendidikan Percuma Kepada Pelajar Cemerlang SPM Di Universiti Teknologi Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?