• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Ada Garis Panduan Sendiri, Sarawak Tak Ikut Peraturan Baharu Untuk Konsert Antarabangsa

Oleh
Nazihah AN
24 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Ada Garis Panduan Sendiri, Sarawak Tak Ikut Peraturan Baharu Untuk Konsert Antarabangsa

Karim berkata, Sarawak mempunyai garis panduan sendiri mengenai penganjuran konsert.

Agensi Pusat Permohonan Penggambaran dan Persembahan Artis Asing (PUSPAL) baru-baru ini mendedahkan satu set peraturan baharu yang perlu dipatuhi oleh artis asing yang berhasrat untuk membuat persembahan secara langsung di Malaysia.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzli, kemas kini itu dibuat untuk melindungi sensitiviti semua orang di Malaysia.

Ada Garis Panduan Sendiri, Sarawak Tak Ikut Peraturan Baharu Untuk Konsert Antarabangsa
Ada Garis Panduan Sendiri, Sarawak Tak Ikut Peraturan Baharu Untuk Konsert Antarabangsa. Sumber: BFM

Artis lelaki juga dilarang membuat persembahan dengan memakai pakaian wanita

Antara peraturan yang dikuatkuasakan adalah melarang artis antarabangsa mengadakan konsert besar pada malam dan ketika sambutan perayaan Islam. Artis lelaki juga dilarang membuat persembahan dengan memakai pakaian wanita, dan artis lelaki serta wanita dilarang membuka baju ketika di atas pentas.

Walau bagaimanapun Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Abdul Karim menyatakan bahawa Sarawak tidak melaksanakan peraturan baharu kerajaan persekutuan untuk artis antarabangsa.

Ada Garis Panduan Sendiri, Sarawak Tak Ikut Peraturan Baharu Untuk Konsert Antarabangsa
Sumber: BFM

“Ada beberapa peraturan yang perlu mereka patuhi, tetapi kita masih fleksibel” – Karim

Jelas beliau dalam sebuah kenyataan, Sarawak Sarawak mempunyai garis panduan sendiri mengenai penganjuran konsert.

“Tetapi sudah pasti, saya tidak mahu artis luar negara membuat persembahan dalam keadaan bogel di atas pentas. Ada beberapa peraturan yang perlu mereka patuhi, tetapi kita masih fleksibel”

Mereka tidak akan dapat mendapatkan permit untuk membuat persembahan di Kuala Lumpur. Namun di Sarawak, mereka diberi kebenaran untuk membuat persembahan tersebut.

Ada Garis Panduan Sendiri, Sarawak Tak Ikut Peraturan Baharu Untuk Konsert Antarabangsa

Ini menunjukkan bahawa pihak yang mengeluarkan kebenaran mempunyai kemerdekaan atau autonomi untuk membuat keputusan sendiri.

Garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan Sarawak ini akan menarik minat artis penghibur dari seluruh negara untuk berkunjung ke Sarawak.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca pautan di bawah:

Mengandungi Bahan Berbahaya Untuk Kesihatan, KKM Batalkan Pendaftaran 14 Jenis Ubat Batuk Ini
‘Semenanjung Can’t Relate’, Harga Sotong Di Sabah Ini Jadi Tumpuan Netizen
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berebut 'Gerek', Pergaduhan Cinta Tiga Segi Dirakam Di Miri Jadi Bualan Netizen Berebut ‘Gerek’, Pergaduhan Cinta Tiga Segi Dirakam Di Miri Jadi Bualan Netizen
Next Article Lampu Isyarat Di Bulatan Stutong Kini Beroperasi Bermula Hari Ini Lampu Isyarat Di Bulatan Stutong Kini Beroperasi Bermula Hari Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?