• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Mengandungi Bahan Berbahaya Untuk Kesihatan, KKM Batalkan Pendaftaran 14 Jenis Ubat Batuk Ini

Oleh
Nazihah AN
23 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Mengandungi Bahan Berbahaya Untuk Kesihatan, KKM Batalkan Pendaftaran 14 Jenis Ubat Batuk Ini

Kalau diambil dengan kerap, tanpa seliaan, kebarangkalian boleh menyebabkan alahan yang teruk

Mengandungi Bahan Berbahaya Untuk Kesihatan, KKM Batalkan Pendaftaran 14 Jenis Ubat Batuk Ini. Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini telah membatalkan pendaftaran 14 jenis ubat batuk yang mengandungi bahan berbahaya bagi kesihatan.

Tindakan ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

Mengandungi Bahan Berbahaya Untuk Kesihatan, KKM Batalkan Pendaftaran 14 Jenis Ubat Batuk Ini
Mengandungi Bahan Berbahaya Untuk Kesihatan, KKM Batalkan Pendaftaran 14 Jenis Ubat Batuk Ini

‘Difflam ni femes kot time covid dulu’- netizen

Menurut kenyataan rasmi dari Kementerian Kesihatan Malaysia, bahan berbahaya yang ditemui dalam ubat-ubatan ini ialah pholcodine.

Pholcodine merupakan ubat batuk opioid yang bertindak dengan menekan refleks batuk dalam sistem saraf pusat. Bahan ini boleh memberi kesan sampingan yang merbahaya kepada kesihatan manusia jika digunakan secara berlebihan atau tanpa pengawasan yang betul.

Manakala Agent Penghalang Neuromuskular (NMBAs) adalah bahan yang digunakan sebelum pembedahan untuk merehatkan otot-otot.

Mengandungi Bahan Berbahaya Untuk Kesihatan, KKM Batalkan Pendaftaran 14 Jenis Ubat Batuk Ini
Sumber: npra.gov.my

Pihak KKM telah membuat keputusan untuk menarik balik ubat yang mengandungi pholcodine daripada pasaran

Data yang ada menunjukkan bahawa penggunaan pholcodine dalam 12 bulan sebelum pembedahan adalah faktor risiko untuk kejadian alahan serius dengan penggunaan Agen Penghalang Neuromuskular.

Setelah mempertimbangkan bahawa tiada langkah meminimumkan risiko yang sesuai boleh diambil untuk mengurangkan risiko ini, pihak KKM telah membuat keputusan untuk menarik balik ubat yang mengandungi pholcodine daripada pasaran.

Berikut adalah senarai 14 jenis ubat batuk yang telah ditarik balik oleh KKM:

Mengandungi Bahan Berbahaya Untuk Kesihatan, KKM Batalkan Pendaftaran 14 Jenis Ubat Batuk Ini
Sumber: npra.gov.my

Oleh itu, pihak berkuasa menasihatkan masyarakat agar menghindari penggunaan ubat batuk yang tidak berdaftar dan memastikan untuk berbincang dengan doktor atau pakar perubatan sebelum memulakan sebarang rawatan.

Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa memantau keselamatan dan kualiti ubat-ubatan yang beredar di pasaran untuk memastikan ianya selamat dan berkesan bagi masyarakat. Oleh itu, masyarakat dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dalam memilih ubat-ubatan dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk menjaga kesihatan mereka.

Lagi artikel berkaitan, anda boleh baca di pautan bawah:

Punca Sawan, 8 Jenis Minyak Angin Ini Bahaya Untuk Kanak-Kanak Bawah Umur 2 Tahun
Marjerin Atau Mentega, Ketahui Mana Sebenarnya Lebih Baik Untuk Kesihatan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Taruh Nombor Plat Semua Kereta Milik Keluarga, Pemborong Ayam Menang RM23 Juta Taruh Nombor Plat Semua Kereta Milik Keluarga, Pemborong Ayam Menang RM23 Juta
Next Article Melepas Dapat Special Prize, Dr Sim Kecewa Nyaris 'Makan Besar' Menang Jackpot Melepas Dapat Special Prize, Dr Sim Kecewa Nyaris ‘Makan Besar’ Menang Jackpot

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?