• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Ada Menu Vegan, Nikmati Makanan Unik Di Cafe ‘Aesthetic’ Indah House Kuching

Oleh
Husna Hazmi
20 Jun 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Jom cuba makanan sihat dan sedap di sini!

Ada Menu Vegan, Nikmati Makanan Unik Di Cafe ‘Aesthetic’ Indah House Kuching. Tahukah anda di Kuching terdapat sebuah kafe galeri seni yang menawarkan pelbagai menu makanan yang menarik dan unik?

Jom cuba makanan di sini!

Ada Menu Vegan, Nikmati Makanan Unik Di Cafe 'Aesthetic' Indah House Kuching
Ada Menu Vegan, Nikmati Makanan Unik Di Cafe ‘Aesthetic’ Indah House Kuching. Kredit gambar: Homeview

Mempunyai menu vegan

Indah House Kuching adalah sebuah cafe santai yang menghidangkan menu menarik dan mereka juga mempunyai menu vegan. Di Kuching, tak banyak cafe atau tempat makan yang menghidangkan menu vegan yang halal, jadi anda tak perlu risau lagi kerana anda boleh menikmati makanan sihat yang dijamin halal.

Indah House Kuching juga mempunyai homestay 2 bilik dan dilengkapi kemudahan asas bagi para tetamu. Homestay ini boleh memuatkan 8 orang tetamu dan mempunyai ruang dapur. Memang sesuai bagi mereka yang lebih gemar masak sendiri!

Ada Menu Vegan, Nikmati Makanan Unik Di Cafe 'Aesthetic' Indah House Kuching
Kredit gambar: @IndahHouseKuching

Menu istimewa yang anda boleh cuba di cafe ini adalah

Antara menu istimewa yang anda boleh cuba di cafe ini adalah, Plant-Based Nasi Lemak, Ubi-licious Keto Meal, Coffee Coconut Shake, Cold Soba, 100% Plant-Based Nutty Pesto Pasta, Ayam Masak Lemak Cili Api dan banyak lagi.

Kalau anda bukan vegan pun tak apa, sekali sekala cuba makanan sihat yang sedap apa salahnya kan? Sambil santai-santai makan di dalam cafe ini, anda juga boleh melihat beberapa seni lukisan bertemakan budaya di Sarawak!

Terletak di Carpenter Street, selepas anda selesai makan, boleh lah jalan-jalan dan ambil gamba ootd di sini!

Indah House Kuching Cafe

Lokasi: 38 Upper China Street, off Carpenter Street, Kuching, Sarawak 93000 Kuching

Waktu beroperasi: Setiap hari, 8 pagi hingga 8 malam

No. telefon: 012-388 6535

Lagi di sini port makan best di Kuching yang anda boleh cuba:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kutuk Allahyarhamah Adibah Noor Tak Bertudung, Netizen Siasat Siapa 'Ibnu Ahmad Ar-Rayyan' Kutuk Allahyarhamah Adibah Noor Tak Bertudung, Netizen Siasat Siapa ‘Ibnu Ahmad Ar-Rayyan’
Next Article Tak Perlu Beratur Panjang Lagi! Rotiboy Kini Sudah Buka Cawangan Kedua Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?