• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Kutuk Allahyarhamah Adibah Noor Tak Bertudung, Netizen Siasat Siapa ‘Ibnu Ahmad Ar-Rayyan’

Oleh
Ismail NA
20 Jun 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Kutuk Allahyarhamah Adibah Noor Tak Bertudung, Netizen Siasat Siapa 'Ibnu Ahmad Ar-Rayyan'
Kutuk Allahyarhamah Adibah Noor Tak Bertudung, Netizen Siasat Siapa 'Ibnu Ahmad Ar-Rayyan'

Tidak mencerminkan imej Muslim sebenar.

Kutuk Allahyarhamah Adibah Noor Tak Bertudung, Netizen Siasat Siapa ‘Ibnu Ahmad Ar-Rayyan’. Berita kematian seorang penyanyi dan pelakon tanah air, Adibah Noor pada Sabtu malam nyata mengejutkan ramai. Arwah yang popular dengan lagu ‘Terlalu Istimewa’ menghembuskan nafas terakhir pada petang Sabtu dan rata-rata netizen berasa pilu dengan pemergian beliau.

Isi Isi Penting
  • Tidak mencerminkan imej Muslim sebenar.
  • Tinggalkan komen kasar pada berita kematian allahyarhamah
  • Sekali netizen bongkar siapa Ibnu Ahmah Ar-Rayyan…
  • Bersembunyi di sebalik penampilan dan kata-kata alim
  • Kebaikan allahyarhamah pula sentiasa disebut-sebut
  • Arwah Adibah Noor sememangnya pencinta kucing. Selain sifat mereka yang comel, kucing juga merupakan haiwan yang mesra dengan manusia menyebabkan ramai yang jatuh cinta dengan mereka. Contohnya seperti ini:

Walau bagaimanapun, ada juga yang bertindak menulis komen yang kurang enak meskipun beliau sudah tiada. Menerusi tangkap layar yang tular di laman Facebook, seorang netizen yang bernama ‘Ibnu Ahmad Ar-Rayyan’ telah mengundang kemarahan netizen dengan mengutuk penampilan allahyarhamah yang tidak bertudung sehingga ke akhir hayatnya.

Kutuk Allahyarhamah Adibah Noor Tak Bertudung, Netizen Siasat Siapa 'Ibnu Ahmad Ar-Rayyan'
Kutuk Allahyarhamah Adibah Noor Tak Bertudung, Netizen Siasat Siapa ‘Ibnu Ahmad Ar-Rayyan’. Sumber: Facebook

Tinggalkan komen kasar pada berita kematian allahyarhamah

Menerusi komen yang ditaipnya pada ruangan komen Facebook akhbar tempatan, beliau mengutuk penampilan arwah yang tidak menutup aurat sedangkan ia adalah satu kewajipan bagi seorang Muslim. Malah, beliau turut menuduh arwah seorang yang keras kepala dan mempunyai hati yang keras dan berharap agar arwah dapat menjawab ‘persoalan’ di alam kubur.

Lelaki ini sempat menyelitkan kata-kata yang memohon agar keturunannya dihindarkan daripada perkara seperti itu dan mengucapkan selamat berjaya kepada allahyarhamah Adibah Noor di alam barzakh. Astaghfirullahalazim. Jahatnya mulut!

Sekali netizen bongkar siapa Ibnu Ahmah Ar-Rayyan…

Netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan mengaibkan Ibnu Ahmad ini cuba untuk membongkar siapakah sebenarnya identiti lelaki ini. Alangkah terkejutnya semua apabila mengetahui siapakah lelaki bernama Ibnu Ahmad Ar-Rayyan ini di laman Facebook!

Kutuk Allahyarhamah Adibah Noor Tak Bertudung, Netizen Siasat Siapa 'Ibnu Ahmad Ar-Rayyan'
Sumber: FB Lucas Frost

Bersembunyi di sebalik penampilan dan kata-kata alim

Pembongkaran yang dilakukan oleh netizen ini mendapati bahawa lelaki ini sebenarnya seorang bersembunyi di sebalik penampilannya yang alim. Kebanyakan hantaran di laman Facebook berkisarkan tentang aktiviti maksiat yang tidak mencerminkan nilai sebenar Islam.

Ibnu Ahmad ini juga tidak segan silu memaparkan foto-foto tidak senonoh dengan kapsyen ala Islamik, foto tidak berbaju dan berpelukan mesra dengan lelaki. Contohnya seperti berikut;

Kutuk Allahyarhamah Adibah Noor Tak Bertudung, Netizen Siasat Siapa 'Ibnu Ahmad Ar-Rayyan'
Kutuk Allahyarhamah Adibah Noor Tak Bertudung, Netizen Siasat Siapa 'Ibnu Ahmad Ar-Rayyan'
Kutuk Allahyarhamah Adibah Noor Tak Bertudung, Netizen Siasat Siapa 'Ibnu Ahmad Ar-Rayyan'

Ehem, bukankah aurat lelaki dari pusat hingga ke lutut? Tu aurat awak pun tak tutup, awak.

Kutuk Allahyarhamah Adibah Noor Tak Bertudung, Netizen Siasat Siapa 'Ibnu Ahmad Ar-Rayyan'
Ibnu Ahmad berpelukan mesra dengan seorang lelaki di Facebooknya.

Akibat ‘mulut celupar’ nya mengata tentang individu yang telah tiada, satu per satu pula aib Ibnu Ahmad ini dilondehkan oleh netizen dalam sekelip mata. Ramai netizen mengecamnya semula dan menasihatinya agar bermuhasabah diri. Akibat daripada itu, beliau telah menutup akaun Facebooknya.

Kebaikan allahyarhamah pula sentiasa disebut-sebut

Dalam pada masa yang sama, kebaikan allahyarhamah Adibah Noor sepanjang arwah hidup pula terus menerus didedahkan oleh netizen. Ramai yang terasa sedih dengan kehilangannya, apatah lagi sepanjang hidupnya arwah merupakan seorang pencinta kucing dan sanggup memelihara puluhan ekor kuching jalanan.

Untuk pengetahuan, allahyarhamah Adibah Noor meninggal dunia akibat kanser ovari tahap 4 yang dihidapinya.

Di kesempatan ini, marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah dan doa-doa yang baik buat arwah di alam sana. Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Arwah Adibah Noor sememangnya pencinta kucing. Selain sifat mereka yang comel, kucing juga merupakan haiwan yang mesra dengan manusia menyebabkan ramai yang jatuh cinta dengan mereka. Contohnya seperti ini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Disyaki Pembuli Jalanan Di Batu Kawa, Individu Didenda RM800 Atas Ugutan Jenayah Individu Tular Disyaki Pembuli Jalanan Di Batu Kawa Kini Diburu Polis
Next Article Ada Menu Vegan, Nikmati Makanan Unik Di Cafe ‘Aesthetic’ Indah House Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?