• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Adat Resam Dayak Dapat Menyumbang Perpaduan Di Sarawak

Oleh
Farisha
2 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Kepentingan menghargai kepelbagaian budaya dalam masyarakat majmuk

Adat Resam Dayak Dapat Menyumbang Perpaduan Di Sarawak. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kitang, Dato’ Lo Khere Chiang, adat resam dan tradisi masyarakat Dayak dapat menyumbang kepada semangat perpaduan di Sarawak.

Beliau berkata seperti perayaan lain di Malaysia, perayaan Gawai Dayak juga penting kerana ia dapat membina identiti etnik.

Adat Resam Dayak Dapat Menyumbang Perpaduan Di Sarawak
Adat Resam Dayak Dapat Menyumbang Perpaduan Di Sarawak. Sumber: Facebook

Gawai Bazaar, platform untuk mempromosikan keunikan budaya Dayak

Beliau memuji program Gawai Bazaar, kerana ia salah satu cara untuk mengukuhkan persaudaraan dan membangunkan suasana harmoni di negeri itu.

“Semoga dengan penganjuran ini, kita boleh berkongsi kegembiraan dan kegemaran Gawai Dayak tanpa mengira bangsa atau agama,” ujarnya menerusi laporan.

“Oleh itu, sebagai rakyat Bumi Kenyalang yang sentiasa menghargai keamanan dan keharmonian, kita amat bersyukur kerana masyarakat kita terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dapat meraikan perayaan mengikut agama dan tradisi masing-masing dengan aman,” kata beliau.

Rakyat Sarawak perlu bersatu antara satu sama lain agar kekal aman dan makmur

Beliau mengingatkan semua untuk sentiasa bersatu dalam apa jua situasi sama ada dari segi politik atau ekonomi untuk memastikan Sarawak kekal aman dan makmur.

Pengarah program Padila Jiahong berkata acara itu diadakan dari 1 hingga 12 Mei, dengan 35 gerai di dalam dan 11 gerai makanan di luar. Katanya, program ini bertujuan untuk mempromosikan keindahan, keunikan dan kepelbagaian budaya masyarakat di Sarawak.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Amalan Santau Guna Pelesit, Ketahui Belalang Pembawa Sihir Yang Perlu Diwaspadai Amalan Santau Guna Pelesit, Ketahui Belalang Pembawa Sihir Yang Perlu Diwaspadai
Next Article Lelaki Maut Terjatuh 4 Meter Dari Tebing Jalan Pan Borneo Lelaki Maut Terjatuh 4 Meter Dari Tebing Jalan Pan Borneo

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?