• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Amalan Santau Guna Pelesit, Ketahui Belalang Pembawa Sihir Yang Perlu Diwaspadai

Oleh
Nazihah AN
2 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Amalan Santau Guna Pelesit, Ketahui Belalang Pembawa Sihir Yang Perlu Diwaspadai

Petua mengenal pasti Pelesit daripada belalang biasa

Amalan Santau Guna Pelesit, Ketahui Belalang Pembawa Sihir Yang Perlu Diwaspadai. Di zaman serba moden ini, masih terdapat segelintir masyarakat yang terbabit dengan amalan khurafat seperti santau. Amalan ini didorong oleh perasaan hasad dengki terhadap kejayaan orang lain.

Pelbagai teknik santau digunakan oleh pawang atau bomoh, namun yang paling kerap didengar adalah penggunaan pelesit.

Amalan Santau Guna Pelesit, Ketahui Belalang Pembawa Sihir Yang Perlu Diwaspadai

Amalan Santau Guna Pelesit, Ketahui Belalang ‘Puaka’ Yang Perlu Diwaspadai

Pelesit merupakan nama panggilan untuk belalang yang dimasukkan bahan santau untuk dijadikan medium penghantaran kepada mangsa yang dituju. Oleh itu, penting untuk mengenal pasti kehadiran pelesit di kawasan perumahan kita sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurut kongsian dari pemilik Facebook Nur Hasnifalina, yang kerap berkongsi ilmu perubatan tradisional, telah menjelaskan ciri-ciri untuk membezakan pelesit daripada belalang biasa:

1) Pelesit mempunyai kepala berbentuk bujur dan mempunyai tiga segi.
2) Mata pelesit berwarna putih atau oren.
3) Ada jarum di dalam badan apabila ditarik kepala pelesit itu.
4) Ada darah tukang sihir di perut pelesit.
5) Apabila dijumpai, pelesit akan berlakon mati seolah-olah belalang kering.
6) Ada rambut atau berbenang apabila dicabut kepala pelesit itu.

Hasnifalina mengingatkan agar tidak membunuh belalang daun atau rumput kerana mereka tidak bersalah dan merupakan makhluk ciptaan Tuhan. Namun, jika menemui pelesit, jangan disentuh dengan tangan. Sebaliknya, gunakan penyapu atau kayu untuk memukulnya sehingga mati atau membakarnya.

Beliau juga menasihatkan untuk mengamalkan ayat suci Al-Quran, seperti surah Al-Baqarah pada waktu petang atau malam sebagai pelindung daripada amalan seumpama ini. Selain belalang, haiwan seperti gagak, lipan, dan katak juga boleh dijadikan medium perantaraan untuk menghantar sihir.

Jadi, amat penting untuk kita sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan daripada terlibat dengan amalan santau yang boleh membahayakan nyawa.

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

Apa Sebenarnya Polong, Bebola Api Yang Dianggap Mistik Oleh Rakyat Malaysia

Ibarat Serkap Jarang, Wanita Dayak Ini Sekolahkan Ali Puteh Dedah Cara Santau Sebenar

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kes Gaduh Tengah Jalan Di Pending, Polis Kini Buru Dua Suspek Lelaki Kes Gaduh Tengah Jalan Di Pending, Polis Kini Buru Dua Suspek Lelaki
Next Article Adat Resam Dayak Dapat Menyumbang Perpaduan Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?