• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Mayat Disimpan Dalam Tempayan, Ini Adat Unik Kematian Kaum Murut Di Sabah

Oleh
Nazihah AN
24 Oktober 2023
Kongsi
4 Min Bacaan
Mayat Disimpan Dalam Tempayan, Ini Adat Unik Kematian Kaum Murut Di Sabah

Suku kaum Murut merupakan kaum ketiga terbesar di Sabah yang tinggal di pedalaman dan kawasan tenggara Sabah

Mayat Disimpan Dalam Tempayan, Ini Adat Unik Kematian Kaum Murut Di Sabah. Suku kaum Murut adalah antara penduduk asli Sabah yang terkenal dengan tradisi dan budayanya. Mereka tinggal di bahagian pedalaman seperti Tenom, Pensiangan, dan Keningau. Kaum Murut terbahagi kepada beberapa sub-kumpulan seperti Murut Tahol, Tidung, Timugon dan lain-lain.

Kaum Murut merupakan salah satu etnik Sabah yang kaya dengan adat dan budaya. Suku kaum Murut juga dikenali melalui budaya dan kesenian yang telah mereka warisi turun-temurun.

Salah satu tradisi yang menarik perhatian ialah cara mereka mengendalikan proses kematian. Dalam adat Murut, cara pengebumian bergantung pada sebab kematian seseorang. Mereka percaya dengan melakukan pengebumian dengan cara yang betul, ia dapat mengelakkan bencana.

Mayat Disimpan Dalam Tempayan, Ini Adat Unik Kematian Kaum Murut Di Sabah
Gambar illustrasi

Dalam masyarakat Murut, terdapat tiga proses pengebumian iaitu, semasa kematian, pengebumian dan selepas pengebumian.

Proses pertama:
Ketika seseorang meninggal, keluarganya akan memukul gong untuk memberitahu penduduk kampung. Semasa gong dibunyikan, semua orang perlu berhenti dari aktiviti mereka sebagai tanda hormat. Jika ada yang tidak patuh, mereka perlu memberi denda berupa seekor babi kepada keluarga si mati.

Mayat akan dibersihkan, dipakaikan pakaian cantik dan disimpan di dalam tajau (tempayan), yang merupakan bangkalan (tempat penyimpanan mayat) tradisional kaum Murut, selama dua hari.

Selepas di masukkan ke dalam tajau, tajau akan ditutup dengan papan kayu dan akan dinyalakan lampu kecil diatasnya bertujuan untuk menakutkan hantu atau syaitan yang cuba menganggu. 

Sebagai tanda menghormati malam terakhir si mati berada di rumah, keluarga si mati akan bersuka ria. Keesokan harinya, pada jam 12.00 tengah malam tajau akan dikeluarkan dan pada ketika itu semua ahli keluarga perlu menangis-nangis sambil mengelilingi tajau tersebut.

Mayat Disimpan Dalam Tempayan, Ini Adat Unik Kematian Kaum Murut Di Sabah
Gambar illustrasi

Proses kedua:
Tajau akan dihantar ke tapak pengebumian dan gong akan dibunyikan di sepanjang jalan yang dilalui sebagai tanpa penghormatan. Tajau tersebut akan dihiasi dengan beraneka manik yang berwarna dan dipaku dengan kayu yang diukir.

Suku Murut Nabai mengubur sepenuhnya tajau tersebut sedalam enam kaki bagi mengelak daripada diganggu binatang buas. Suku Murut Tagol pula menguburnya separuh sahaja supaya roh si mati dapat keluar dan dapat bertemu dengan keluarganya yang masih hidup.

Pada hari seterusnya pula, kaum lelaki akan pergi ke tanah perkuburan untuk membaiki rumah perkuburan sekiranya terdapat kerosakkan.

Proses terakhir:
Tiga potong bara akan diletakkan oleh ahli keluarga si mati setelah empat hari tajau dikebumikan.

Walau begitu, bara tersebut dikawal apinya oleh keluarga si mati supaya roh si mati tidak dapat meniup api tersebut kerana mereka percaya sekiranya si mati dapat meniup api sehingga menyala kemungkinan rumah si mati ditimpa bencana. Adat tolak bala diadakan bagi menandakan pantang larang adat kematian sudah selesai.

Walaupun tradisi ini mungkin terdengar asing bagi kita, ia adalah sebahagian daripada warisan dan kepercayaan kaum Murut. Adat ini masih dipegang teguh oleh beberapa sub-kumpulan Murut di Sabah, menunjukkan kekayaan dan keunikan budaya mereka.

Lagi sejarah menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

Pulau Ketiga Terbesar Di Dunia, Ketahui Sejarah Pulau Borneo
Ini Fakta-Fakta Menarik Tentang Orang Sabah Yang Anda Patut Tahu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Jadual Penuh Regatta Sarawak Dan Festival Waterfront Kuching 2023 Ini Jadual Penuh Regatta Sarawak Dan Festival Waterfront Kuching 2023
Next Article Nampak Gah Dan Berprestij, Majlis Dinner Pasaraya Sarawak Ini Jadi Bualan Hangat Netizen Nampak Gah Dan Berprestij, Majlis Dinner Pasaraya Sarawak Ini Jadi Bualan Hangat Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?